''Heykal siapa dalam talian tu?'' tanya ibunya dengan hairan.
Heykal tidak mengendahkan pertanyaan ibunya lalu segera lari keluar dari rumahnya. Persoalannya siapakah yang callnya tadi dan adakah betul adikku dibunuh? Walaupun jarak di antara rumahnya dengan stesen bas adalah 2km, Heykal tidak memperdulikan tentang hal tersebut, baginya dia mahu selamatkan adiknya jua. Biasalah bagi olahragawan sekolah 2km hanya jarak yang pendek je.
''Adiiiikkkkkk'' jerit Heykal sekuat hatinya apabila tiba ke stesen bas tersebut.
Stesen bas yang sebelumnya cantik berseri kini berlumuran dengan darah adiknya. Heykal yang tidak dapat menahan bau busuk bangkai adiknya, segera menutup hidungnya dengan tangan kanannya. Kepalanya mula terasa pening.
Krik!!!
''Bunyi apa tu?'' Heykal segera menoleh ke arah semak-samun di belakang stesen bas itu.
Krikk!! Krikk!!
''Oooo, ni mesti si Jasmine tu. Dia nak bunuh aku sekali kot?'' Heykal segera mendapatkan sebatang kayu dan membalingnya ke arah semak-samun tersebut.
''Ahhhhhhhhhhhhh''
''Itu macam suara perempuan je. Memang sah itu Jasmine.'' Heykal yang sudah menyangka siapa pembunuh adiknya dengan pantasnya segera menuju ke arah semak-samun tersebut.
_______________________________________________________________________________
Pada keesokan harinya, selepas tamat waktu persekolahan, Heykal dengan segera menuju ke Gate A untuk berjumpa dengan Jasmine. Gate A merupakan port dimana Jasmine dan boyfriendnya, Farhan selalu berdating. Hampir setiap hari Farhan akan berkunjung girlfriendnya.
''Jasmineee, sampai hati, engkau buat macam tu kat adik aku! Apa salah yang dia buat kat engkau? Tak berhati perut langsung.'' Heykal yang tidak dapat menahan kemarahannya, melontarkan kata-kata kesat kepadanya.
''Heykal jaga sikit mulut engkau, apa yang aku buat kat adik kau?'' Jasmine cuba untuk meninggikan suaranya kerana para pelajar sudah mula mengerumuni mereka bertiga.
''Oooo, engkau jangan nak perbodohkan aku sekali lagi. Engkau dah buat semua, sekarang engkau tanya aku apa engkau buat haah.'' mata Heykal mula menjadi merah dan dia mula menjerit.
''Heykal, kalau engkau nak cakap apa-apa nanti kita boleh berbincang sesama sendiri. Tak perlu nak buat masalah sekarang. Faham tak!'' Jasmine cuba memperlahankan suaranya untuk menenangkan perasaan Heykal.
''Bincang!! Engkau nak aku bincang dengan pembunuh ke? Engkau lebih baik beritahu aku kenapa engkau bunuh adik aku? Engkau ingat engkau ni boleh terlepas daripada aku ke hahh.'' jerit Heykal sambil menggenggam tangannya.
Prap!!!
Jasmine yang tidak dapat menahan rasa pedih pada pipinya terus meletakkan telapak tangannya pada pipinya.
''Woi, engkau jaga sikit tangan engkau tu. Jangan sampai aku ambil terus tangan kau!!'' jerit Farhan yang dari tadi asyik membisu lalu menghampiri Heykal dan mencekiknya.
Heykal yang mahir dalam ilmu persilatan berjaya menahan tangan Farhan daripada mencekiknya.
''Engkau jangan ingat aku tak tahu semua ini angkara siapa.Ini semua suruhan si Iman tu kan?Kalau engkau suka sangat dengan dia tu, pergilah dengan dia. Jangan nak berpura-pura depan semua orang boleh tak!! Perempuan sundal'' tengking Heykal lalu membetulkan rambutnya yang sudah dua bulan tidak dipotong.
Secara kebetulan, pada masa itu Anip sedang melakukan rondaan terakhirnya sebelum balik.Anip merupakan ketua pengawas bagi tingkatan tiga.
''Bunyi apa kat luar tu'' Anip segera menghampiri ke arah Gate A
''Eh, itu Heykal dengan Jasmine kan. Siapa pulak lelaki tu?'' tanpa berfikir panjang, Anip menuju ke arah mereka bertiga dan membawa Heykal masuk ke dalam sekolah semula.
''Apa masalah engkau dengan Jasmine? Yang lelaki tu boyfriend Jasmine ke?'' tanya Anip kepada Heykal selepas memasuki pekarangan sekolah.
''Yea, dia tu Farhan, boyfriend Jasmine. Dia dah habis sekolah dah. Jasmine dah bunuh adik aku'' sambung Heykal yang tidak bermaya lagi.
''Apa? Engkau biar betul Heykal, takkan dia nak bunuh adik kau!'' tanya Anip yang kurang pasti.
Heykal mula menceritakan tentang surat yang diterima olehnya dan hingga ke suara perempuan yang didengar olehnya.
''Setahu aku, semalam aku, Iman dan Jasmine ada buat study group kat PSS sekolah sampai pukul 4 petang. Tetapi pada pukul 2 petang Iman kata dia nak balik awal sebab dia sakit perut'' Anip berterus-terang kepada Heykal untuk mengorek lebih banyak rahsia daripadanya.
''Suara yang engkau dengar dalam telefon tu lelaki ke perempuan?'' tanya Anip ingin kepastian.
YOU ARE READING
JANGAN*
Mystery / ThrillerMengisahkan cerita seorang pelajar perempuan yang ingin membalas dendam seorang pelajar lelaki atas kematian adik saudaranya, Maya. Rancangan demi rancangan mula dibuat olehnya tetapi semuanya gagal. Tibalah suatu hari di mana pelajar lelaki tersebu...