KERETA HITAM

139 22 2
                                    

"Mak, apa nama budak tu?" tanya Farhan untuk mendapatkan kepastian.

"Iman. Kenapa tiba-tiba tanya nama dia pulak? Bukan engkau tak suka dia ke?" jawab aunty Lily selamba.

"Memang sah dia yang bunuh kekasih aku." bisik hatinya lalu segera mendapatkan kunci motornya. Dia menghidupkan enjin motornya. 

"Tapi ke mana pulak aku nak pergi sekarang ni?" Farhan soal dirinya. Farhan yang kelihatan agak buntu bertanya kepada ibunya "mak, ke mana budak itu pergi?".

"Entahlah, dia bagi tahu mak yang dia nak ke stesen bas hadapan sekolahnya itu" jawab ibunya lalu melelapkan matanya untuk tidur.

Farhan terus memecut ke arah stesen bas sekolah Iman. Dia menggunakan laluan belakang rumahnya untuk mengelakkan Iman daripada melihatnya. Lagipun jarak antara stesen bas sekolah Iman melalui laluan belakang rumahnya itu lebih pendek berbanding jalan utama.

"Aku kena selamatkan kawan dia daripada menjadi mangsa Iman" bisik hatinya sambil menekan pedal minyak motornya.

________________________________________________________________________

"Aik, cepatnya Lydia sampai ke stesen bas! Siapa pulak lelaki yang sedang bercakap dengan Lydia tu?" Iman yang berdiri sejauh 50 meter daripada stesen bas itu tidak dapat melihat muka lelaki itu dengan jelas. Iman mula melangkah ke hadapan sedikit demi sedikit tetapi dengan slow motion.

"Farhan? Apa yang dia sedang buat kat sini? Macam mana dia kenal Lydia?" Iman mula keliru. Dia mengeluarkan sampul surat yang diterimanya lalu membaca semula isinya. 

"Orang 5 huruf? Adakah orang 5 huruf itu Farhan? Eh, Farhan 6 huruf lah! Tapi kenapa kat surat ni ada 5 je space kosong? Dia salah tulis kot. Tu lah selepas kekasih mati semuanya jadi terbalik." bisik hati Iman sambil senyum berseorangan seperti orang gila.

"So macam mana sekarang ni? Takkan nak pergi join mereka. Aku rasa macam tak nak lah. Mesti si Farhan tu ada plan dia tersendiri. Dia mesti nak tahu siapa sebenarnya Iman sebab tu dia hantar surat macam tu." kata Iman kepada hatinya lalu berputus untuk berpatah balik ke rumah.

________________________________________________________________________________

"Dengar cakap abang. Si Iman tu nak ke sini untuk bunuh adik. Lebih baik kalau adik beredar dari sini" Farhan cuba menjelaskan tentang identiti sebenar Iman kepada Lydia.

Lydia yang sudah pun mengetahui tentang identiti sebenar Iman hanya mendiamkan dirinya. Dalam hatinya dia mahu sangat si Farhan tu meninggalkan tempat tu. Dia tidak mahu rancangannya pada kali ini musnah dengan sebegitu sahaja.

"Boleh tak kalau abang tinggalkan adik berseorangan kat sini. Adik tak suka lah kalau ada orang nasihatkan adik sebegini." kata Lydia lalu memalingkan mukanya ke arah jalan utama.

"Adik jangan kurang ajar boleh tak. Abang cakap ni bukan untuk kebaikan abang tetapi untuk adik. Lagi beberapa minit lagi dia akan datang ke sini. Kalau betul adik nak mati, abang tak kisah." kata Farhan tegas lalu menghidupkan enjin motornya.

"Eh, Farhan dah nak balik lah! Dia dah tahu kot yang Iman takkan datang. Hahaha." gelak Iman sambil menendang daun-daun kering yang bertaburan atas tanah.

Dari jauh kelihatan sebuah kereta hitam berjenama Porsche  memecut laju ke arah stesen bas dimana Farhan dan Lydia berada. Iman yang sudah perasan akan kehadiran kereta hitam itu segera berlindung di belakang pokok besar. Dia tidak mahu air takungan kotor pada jalan yang berlubang itu kena padanya.

"Wow, laju gila kereta hitam ni!! Confirm kelajuannya mencecah 190 km/h. Tapi siapa pulak nak pandu kereta selaju ni dekat kawasan sebegini." Iman mula mengaru kepalanya yang tidak gatal.

Kelajuan kereta hitam itu mula berkurang dan akhirnya berhenti betul-betul di hadapan stesen bas itu. Malangnya, kesemua bahagian cermin kereta hitam itu black tinted, so orang dari luar tidak boleh melihat orang yang berada di dalam kereta itu.

"Kereta siapa pulak ni. Woi, tepilah aku nak keluar!!" jerit Farhan sambil menekan hon motornya. Memandangkan tiada tindak balas, Farhan menuruni daripada motornya lalu menghampiri ke arah cermin hadapan kereta tersebut. Dia mula mengetuk cermin hadapan kereta hitam itu berkali-kali. Iman hanya memerhati gelagat Farhan dari jarak jauh.Begitu juga dengan Lydia. Beberapa saat kemudian, cermin kereta hadapan itu mula turun sedikit demi sedikit.

"Aku nak keluar lah, parkir kat tepilah kereta kau tu!" marah Farhan sebaik sahaja cermin hadapan kereta itu turun 100%.

"Hahahaha, misi korang berdua sudah berakhir. So tak guna korang berdua hidup lagi." kata pemandu kereta hitam itu lalu melepaskan dua das tembakan ke arah Farhan dan Lydia. Salah satu peluru mengenai dahi Farhan manakala lagi satu mengenai leher Lydia.

Kereta hitam itu segera meninggalkan stesen bas itu sebaik sahaja dua das tembakan dilepaskan. Iman yang hanya memerhati kejadian tersebut segera berlari ke arah stesen bas itu. Mujurlah dia dapat melihat nombor plat kereta hitam itu.

____________________________________________________________________________

"Hello boss."

"Hello, ni siapa"

"Saya Iman boss. Tadi..." Iman mula menceritakan tentang kejadian yang menimpa Lydia dari A to Z  kepada boss nya dengan teliti.

"Oh, yea ke. Nanti aku uruskan. Engkau jangan beritahu sesiapa tentang kejadian ni." jawab boss nya pendek.

"Cis, aku tembak orang salah lah!" jerit boss nya kepada orang bawahan nya itu selepas mematikan talian telefonnya itu.

"Kenapa boss?" tanya salah seorang daripada orang bawahan nya itu.

"Iman masih hidup" jerit boss  nya lalu membaling telefonnya menghempas lantai marmar.



JANGAN*Where stories live. Discover now