''Wow besar gila sekolah ini. Tak sangka pula aku. Sekolah rendah taklah sebesar ini'' ternganga mulut Iman apabila melihat bangunan sekolah yang tersergam megah di atas bukit itu.
''Adik, adik boleh check kelas adik kat board disana'' tegur seorang pengawas sambil menunjukkan ke arah whiteboard yang penuh dengan tampalan kertas-kertas A4.
''Ok abang, terima kasih''
''Ahhh, takkan aku dapat kelas kedua pulak. Bukan selalunya 5A punya student dapat kelas pertama??'' bisik hati kecil Iman
''Abang pengawas boleh tunjukkan pada saya tak mana letaknya kelas 1B'' tanya Iman yang agak keliru dengan pelan sekolah itu.
''Boleh adik. Adik naik tangga di sebelah kiri itu dan terus tuju ke tingkat paling atas'' jawab salah seorang pengawas dengan suara yang sopan.
''Terima kasih abang''
''Bapak ah banyak gila tangga yang aku kena naik ni. Penatnya'' keluh Iman perlahan.
''Hah ini pun kelas aku. Alamak aku paling last lah. Macam mana nak masuk ni'' Iman hanya berdiri di pintu belakang kelas 1C sambil berfikir sama ada untuk masuk ataupun tunggu di luar.
''Yes, can I know why are you standing outside here'' tergamam Iman apabila melihat seorang cikgu berdiri betul-betul di belakangnya.
''Errrrrrr...... sa.... sa... saya..... da.... da... datang lambat, sebab tu takut nak masuk''
''Why are you so scared, come let's go in'' lalu membawa Iman memasuki kelas tersebut.
''Okay class, saya Puan Hasnah dan saya merupakan guru kelas bagi kelas ini pada tahun ini. Yang paling interesting adalah saya merupakan guru subjek bahasa inggeris kamu semua''
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
''Wow besar jugak sekolah ini. Tak sangka pula aku. Sekolah rendah mana ada besar ini'' ternganga mulut Aiman apabila melihat bangunan sekolah yang tersergam megah di hadapan apartment mewah itu.
''Mana pulak nak cari kelas aku, banyaknya orang. Aku ingat aku seorang je bodoh tapi ramai jugak. Bolehlah nanti buat gang dengan mereka semua ni'' bisik hati Aiman
''Ahhh, itu pun papan putih, mesti ada information pasal kelas semua pelajar Form 1 ini. Tak sabar lah pulak nak check kelas aku ini. Confirm yang terbaik punya aku dapat'' gurau Aiman dalam hatinya.
''Haaaah, takkan aku dapat kelas nombor 6 pulak. 3A pun dapat kelas nombor 6, apa punya sekolahlah.. Dalam goggle, boleh pulak diorang tulis 2A dan ke atas tapi kat sini semuanya nampak bodoh. Sabar jelah Aiman, nanti engkau boleh bangkit punya.'' Aiman bermonolog dalaman.
''Adik, kelas adik terletak di sana. Adik tak perlu naik tangga. Hanya top 5 classes je kat atas'' tegur seorang pengawas apabila melihat Aiman menaiki tangga menuju ke atas.
''Dia nak panggil aku bodohlah tu tapi guna bahasa sopan pulak. Siap engkau, nanti aku tubuhkan gang dan engkau adalah mangsa pertama aku. Kurang asam punya budak.'' marah Aiman dalam hatinya sambil mengetap bibirnya.
Aiman segera menuju ke kelasnya dan duduk di bahagian yang paling belakang. Mujurlah dia datang awal sedikit, so ada tempat kosong di belakang kelas. Selepas beberapa minit, masuk seorang budak lalu duduk di sebelahnya.
''Siapa pulak yang duduk tepi aku ni? Handsome juga dia ni.''
''Hi,boleh saya berkenalan dengan awak?
''Sudah pasti. Nama saya Aiman.''
''Ooo. Hi Aiman, nama saya Jeyaraj. Boleh panggil saya Raj.''
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
''Hi, nama saya Anip. Boleh saya berkenalan dengan awak?''
''Oooooo. Hi Anip, nama saya Iman''
Dari jauh dia dapat mendengar kesemua intipati perbualan antara Anip dengan Iman dengan teliti.Dia mencatat kesemua details mereka berdua ke dalam diarinya.
''Masa aku untuk kenakan korang berdua semakin hampir, hahahahahah. Tak sabar aku nak tengok korang berdua menderita''
''WAIT AND SEE''
![](https://img.wattpad.com/cover/166579495-288-k521149.jpg)
YOU ARE READING
JANGAN*
Mystery / ThrillerMengisahkan cerita seorang pelajar perempuan yang ingin membalas dendam seorang pelajar lelaki atas kematian adik saudaranya, Maya. Rancangan demi rancangan mula dibuat olehnya tetapi semuanya gagal. Tibalah suatu hari di mana pelajar lelaki tersebu...