''Sampul apa pulak ini kat atas meja aku ni'' Haikal yang agak keliru, segera mengambilnya lalu mengeluarkan isinya.
''Haikal engkau baca surat apa itu'' sampuk Heykal yang baru sahaja memasuki kelas selepas ke tandas.
Hi Haikal&Heykal,
Aku ada benda nak cerita kat korang dua.... Nanti kalau boleh, tunggu aku kat stesen bas di hadapan sekolah itu.. Korang confirm excited punya....
From:Jasmine
_______________________________________________________________________________
''Hi mak cik, boleh saya masuk?'' tanya Iman yang baru sahaja habis hari pertama persekolahannya sambil berdiri di hadapan rumah aunty Lily.
''Oooo, kamu Iman eh? Dah besar dah kamu ini. Dah lah tu jom masuk dalam, jangan berdiri lama-lama kat luar tu'' jawab aunty Lily dengan nada yang lembut.
''Mak cik tinggal kat sini seorang je ke?''
''Mak cik tinggal dengan Farhan, anak mak cik. Dia tu baru je habis persekolahan sedang tunggu result SPM nye. Nanti kalau dia dah berkerja,mak cik seorang jelah kat sini''
''Mana dia sekarang mak cik''
''Entahlah keluar dengan kawan dia kut'' jawab aunty Lily yang kurang pasti akan kemana anaknya telah pergi.
Selepas makan tengah hari, Iman membuat kerja rumahnya. Ada sesekali dia akan ke taman dengan Anip. Selepas maghrib pula, dia akan ke tuisyen ataupun menyambung kerja rumahnya yang belum diselesaikannya pada waktu petang. Beginilah rutin harian Iman pada setiap hari persekolahan. Pada hujung minggu dan cuti persekolahan pula, dia akan kerumahnya.
_______________________________________________________________________________
''Adik, macam mana sekolah baru adik. Best tak?''
''Best gila abang. Kalau abang sekolah sama dengan adik confirm lagi best. Macam mana pula sekolah abang?''
''Pasal sekolah abang, adik tak perlu tanya. Sebab kat sekolah tu, abang dengan Jeyaraj lah hero'' acah Aiman macam gangster.
''Gembira pulak mama tengok kamu berdua begini'' kata Puan Hamidah sambil menghidangkan makanan malam bagi kedua-dua anaknya.
''Mak, anak aunty Lily tu sombonglah. Dia langsung tak suka Iman. Hari masa Iman nak cakap dengan dia, dia cakap Iman ni pengacau kegembiraan bagi keluarga dia'' rungut Iman kepada ibunya.
''Tak perlu risau lah Iman, lagi 2 tahun je kan. Nanti sekolah habis juga.'' support ibunya.
''Tapi mak, masa first day Iman cakap dengan dia, dia okay je. Selepas Iman masuk Form 2, dia mula tak suka Iman. Anip ada bagi tahu Iman yang girlfriend nya suka pada Iman tapi Iman taklah percaya sangat pada dia.''
''Tulah Iman, kalau lahir handsome inilah masalahnya'' sampuk Aiman yang dari tadi asyik diam je.
Gelak-tawa mereka bertiga memecahkan kesunyian rumah mereka. Aiman dan Iman selalu menghabiskan masa mereka dengan berbual berkaitan hal-hal sekolah mereka. Walaupun begitu, ibunya tidak pernah diketepikan oleh mereka semasa perbualan. Kesemua hal yang berlaku di sekolah semuanya diketahui oleh ibunya.
_______________________________________________________________________
''Mana si Jasmine ni, dah satu setengah jam kita tunggu ni. Dia nak perbodohkan kita kot'' Heykal yang tidak dapat bersabar lagi melepaskan kemarahannya.
''Sabarlah brother, dia kan pernah banyak tolong kita. Aku rasa dia dah jumpa kot orang keenam bagi kita enjoy ni'' Haikal cuba untuk menenangkan kemarahan Heykal.
Walaupun Haikal berusaha bersungguh-sungguh untuk menenangkan hati abangnya tetapi hasilnya tidak membuahkan apa-apa.
''Dah lah tu Haikal, aku nak balik jalan kaki jelah''
''Engkau ni takkan tak boleh tunggu sekejap pun. Dah lahtu, kalau engkau nak balik, baliklah. Hati-hati.''
''Yea, jumpa kat rumah nanti. Jangan lupa bagi tahu aku apa benda yang dia nak ceritakan itu.''
''Yelah, yelah''
_____________________________________________________________________________
''Mana Haikal?' 'tanya ibunya apabila melihat hanya Heykal sahaja yang pulang ke rumah.
''Dia tunggu si Jasmine tu kat stesen bas hadapan sekolah tu'' jawab Heykal yang kepenatan.
''Heykal dua minit lalu, ada orang call engkau lah.''
''Siapa pulak mak, yang nak call saya.'' tanya Heykal yang kekeliruan.
''Pergilah check''
''Aih unknown number!!!!. Siapa pulak ini?'' Heykal mula panik.
Ringggggggg
''Hello, ini siapa?''
''Hahahahahahaha, engkau tak perlu tahu siapa aku. Datang kutip mayat adik kau kat stesen bas ini..."
YOU ARE READING
JANGAN*
Mystery / ThrillerMengisahkan cerita seorang pelajar perempuan yang ingin membalas dendam seorang pelajar lelaki atas kematian adik saudaranya, Maya. Rancangan demi rancangan mula dibuat olehnya tetapi semuanya gagal. Tibalah suatu hari di mana pelajar lelaki tersebu...