"Bukan boss tembak dua orang ke tadi tu?" tanya orang bawahan nya sekali lagi.
"Memang dua orang tetapi lelaki yang aku tembak tu bukan Iman. Sekarang ni, Iman tu dah catat dah nombor plat kereta kita. Aku rasa dia mungkin akan buat laporan polis ni. Kita kena bertindak dengan segera." arah boss nya kepada orang bawahan nya itu.
"Ayah, kenapa ayah panik sangat ni? Suruh jelah abang ayah tu tutup kes ni. Dia tu polis berpangkat tinggi kan. Bukan dia yang tolong ayah ke untuk tutup kes pembunuhan Haikal, Heykal dan Jasmine yang dibuat oleh Iman dan Lydia tu ke." Raj yang dari tadi asyik membisu, memberikan pendapatnya.
"Abang ayah sekarang ni kat hospital lah Raj. Dia diwadkan untuk dua bulan kerana menghidapi demam denggi tahap kritikal. Jadi buat masa ini orang lain telah mengambil alih jawatannya." jawab ayahnya dengan tenang.
Selepas beberapa minit kemudian, telefon Nokia milik ayahnya berdering. Selalunya tiada sesiapapun yang akan memanggilnya menerusi telefon tersebut selain Raj dan ibunya. Telefon tersebut memang khas untuk mereka bertiga sahaja. Selepas menjawab panggilan tersebut, ayahnya segera bangun lalu keluar meninggalkan Raj bersendirian. Diikuti pula dengan orang bawahan nya dari belakang.
_____________________________________________________________________________
"Boleh tak adik terangkan apa yang berlaku kat mereka berdua ni tadi?" tanya inspektor Fahmi dengan nada yang lembut.
Iman yang trauma dengan kejadian yang berlaku di hadapan matanya itu, agak keberatan untuk memberikan keterangan kepada pihak polis. Namun begitu, Iman tahu yang hanya pihak polis sahaja yang boleh membantunya untuk mencari pembunuh kawannya itu. Jadi, Iman mula menerangkan tentang kejadian yang menimpa Farhan dan Lydia itu dengan panjang lebar. Iman juga tidak lupa untuk memberikan nombor plat kereta hitam yang telah dicatat olehnya.
Mukanya yang bengkak pada bahagian bawah mata itu menyakinkan inspektor Fahmi bahawa Iman masih trauma dengan kejadian tersebut dan penerangan yang diberi olehnya adalah benar.
"Iman, mak cik rasa lebih baik kalau Iman pergi tinggal dengan emak Iman. Mak cik sekarang ni dah tiada tenaga dah untuk jaga Iman. Mak cik tak nak perkara sama ini berlaku pada Iman. Mak cik tak larat nak tengok semua ni Man." kata aunty Lily kepada Iman sambil mengesat air matanya.
___________________________________________________________________________
"Raj kenapa dengan engkau ni? Bukan selalu engkau bergembira ke? Ada apa-apa yang boleh aku tolong ke?" tanya Aiman kepada Raj yang kelihatan murung sahaja.
"Aku kena pindah sekolah tahun hadapan."
"Pindah sekolah? Aku pun akan pindah sekolah lah tahun hadapan tapi aku gembira je."
"Engkau nak pindah ke sekolah yang mana satu Aiman?" tanya Raj.
"Sekolah Menengah Bunga Raya lah sebab sekolah tu yang paling dekat dengan rumah baharu aku nanti. Engkau pulak nak pindah ke sekolah yang mana satu? Kenapa tiba-tiba nak pindah? Bukan engkau pegang sekolah ni ke?" Aiman cuba untuk mengorek sebab Raj ingin berpindah.
"Sekolah yang sama dengan engkau jugak. Aku terpaksa pindah kerana ayah aku ditangkap polis. Semua ni pasal budak tu lah. Dia yang buat semua masalah ini tapi last-last ayah aku jugak yang kena tangkap. Aku akan kerjakan budak tu habis-habis. Aku tak nak ayah aku mendapat hukuman bagi kesalahan yang tidak dibuat olehnya." Jeyaraj berterus terang kepada kawan baiknya itu.
"Apa nama budak tu. Kurang ajar jugak budak tu."
"Nama dia Iman"
"Iman?"
YOU ARE READING
JANGAN*
Mystery / ThrillerMengisahkan cerita seorang pelajar perempuan yang ingin membalas dendam seorang pelajar lelaki atas kematian adik saudaranya, Maya. Rancangan demi rancangan mula dibuat olehnya tetapi semuanya gagal. Tibalah suatu hari di mana pelajar lelaki tersebu...