SWEATER HITAM

195 28 3
                                    

''Jasmine engkau pergi mana tu'' tanya Anip yang baru sahaja habis tugas rondaanya.

''Stesen bas depan sekolah tu. Kenapa tiba-tiba tanya soalan macam tu?'' Jasmine mula musykil.

''Aku tanya je sebab aku nampak engkau macam kelam-kabut je.''

''Mana ada kelam-kabut. Sekarang ni aku nak pergi jumpa si Heykal tu lah. Dia dah minta maaf kat aku dan dia cakap nak bagi tahu aku kesemuanya tentang apa yang berlaku hari itu'' jawab Jasmine lalu meninggalkan Anip berseorangan.

''Eh, bila pulak si Heykal tu datang sekolah harini.Sewel lah si Jasmine ni'' Anip bermonolog dalaman lalu meninggalkan kawasan sekolah.

______________________________________________________________________________

''Farhan, kenapa engkau jerit macam orang gila ni'' tanya ibunya dari luar biliknya.

''Mak jangan sibuk boleh tak!!'' tengking Farhan lalu menghentam pintu biliknya dengan kuat. Dia mengambil kunci motornya dan segera menghidupkannya enjin motornya lalu meninggalkan rumahnya.

''Kenapa dengan dia ni? Masalah betul lah!'' keluh Lily berseorangan.

Selepas beberapa minit kemudian, Iman tiba di rumah.

''Kenapa harini balik rumah lambat sangat?'' soal aunty Lily

''Tadi Iman berbual dengan Lydia pasal kerja tuisyen, sebab tulah Iman lambat sangat mak cik.'' jawab Iman perlahan.

''Ooooh yea ke. Tapi kenapa pakai sweater hitam tu? Harini bukan sejuk pun?'' aunty Lily bersoal lagi.

''Iman demamlah mak cik. Tadi Iman berbual dengan Lydia pun pasal inilah mak cik. Iman beritahu dia yang Iman tak boleh datang tuisyen malam ni'' jawab Iman lagi dengan suara yang sayu.

''Ooo, kalau macam tu, jom makan dulu nanti Iman ambil rest.'' nasihat aunty Lily sambil menyediakan lauk-pauk untuk dimakan.

Dari belakang, Iman melemparkan senyuman sinisnya ke arah aunty Lily.

''Senang jugak orang tua ni terpedaya dengan alasan aku'' gelak Iman dalam hatinya.

______________________________________________________________________________

''Jasmineeeeee!!! jerit Farhan sekuat hatinya apabila melihat keadaan mayat kekasihnya yang berlumuran  dengan darah.

''Aku nak tahu siapa yang bunuh dia'' Farhan mula melolong ayat yang sama berkali-kali.

Anip yang berada di sebalik seman-samun hanya dapat memerhatikan gerak-geri Farhan.Dia tidak dapat membuat apa-apa melainkan menumpang kesedihan Farhan.

________________________________________________________________________________

''Weh Raj, aku rasa kali kita akan kena tangkap lah'' rungut Aiman berkali-kali.

''Engkau ni badan je sado tapi benda-benda kecil macam ni pun takut. Dah 3 tahun kita buat benda yang sama tapi tak pernah sekali kita kena tangkap.'' jawab Raj yang tidak dapat menahan telatah Aiman lagi.

''Tapi pengawas tu nampak lah kita dua tadi"

"Engkau ni banyak masalah lah. Masa tu mana ada orang kat sana.'' Raj cuba untuk menyakinkan diri Aiman.

"Siapa cakap takde. Aku nampak pengawas itu dengan kedua-dua mata aku lah." Aiman ingin membuktikan kebenarannya.

"Kisah apa. Kalau pengawas tu nampak ke tak nampak, dia bukan akan report pun kat cikgu. Engkau kena faham satu benda. Kita dua ni hero bagi sekolah ni. Takde orang yang boleh menyaingi kita dua ni" Raj membuat acah-acah gangster untuk memulihkan perasaan kawannya itu.

"So, bila rancangan seterusnya.'' Aiman yang asyik mendiamkan diri tiba-tiba bersuara.

''Hah, macam tulah kawan. Kan best kalau engkau selalu macam ni. Tak perlu lah aku berleteh nanti.'' Raj mula bangga dengan improvement Aiman.

_______________________________________________________________________________

Secara kebetulan, selepas Jasmine meninggalkan Anip berseorangan. Anip mula mengekorinya dari arah belakang.

''Siapa pulak yang si Jasmine nak jumpa sekarang ni?'' Anip mula keliru. Dia mula memperlahankan langkahnya lalu mencari tempat untuk bersembunyi di sebalik semak-samun.

Selepas mencari tempat bersembunyi yang selesa, Anip terus membaringkan badannya ke atas tanah lalu kembali memerhatikan gerak-geri Jasmine di stesen bas itu. Selepas beberapa minit kemudian, datang seorang budak ke arah Jasmine.

''Eh, siapa pulak budak yang berpakaian sweater hitam tu? Macam Robin Hood pulak. Budak tu lelaki ke perempuan? Adakah itu Heykal?" Anip mula mengorak langkah ke hadapan untuk melihat muka budak itu dengan jelas.



JANGAN*Where stories live. Discover now