"Engkau tak perlu berlakon dah. Aku dah tahu semuanya." gelak Raj lalu mengacukan pistolnya itu ke arah Aiman yang berada di sisinya itu.
Aiman yang dalam keadaan kelam-kabut dengan perlahan menolak kerusinya ke belakang. Dia tahu yang sebarang tindakan yang bodoh akan mengundang kepada kematiannya. Dia mula memerah otaknya. Selepas berfikir panjang, Aiman teringat pula akan benda yang dicurinya pada waktu rehat tadi.
"Raj ohhhh Raj! Engkau ni kawan yang paling lawak lah yang aku pernah jumpa." kali ini Aiman pula yang gelak. Dengan slow motion Aiman mengangkat kaki kanannya lalu meletakkannya di atas paha kaki kirinya itu. Dengan acah gangster sekali Aiman mengarahkan Raj untuk menembaknya. Dengan adanya pengubahsuaian silent mode pada pistol Raj, Raj tidak takut sangat untuk menembak rakannya itu.
Kringg!!!!!!!!
Loceng sekolah berbunyi menandakan waktu persekolahan sudah pun tamat. Inilah masa yang dinanti-nantikan oleh Raj. Tanpa membazir masa, Raj menekan trigger rapat ke penghujungnya.
Clik!!
"Apa pulak ni?" Raj tekan semula trigger rapat ke penghujungnya. Kali ini dia menekan 3 kali.
Clik!! Clik!! Clik!!
"Hahahahahahaha" ketawa Aiman panjang lalu membuka genggaman tangan kanannya itu.
"Macam mana engkau ambil?" Raj mula panik.
"Tu semua engkau tak perlu tahu. Sekarang aku nak tahu siapa David. Adakah dia tu ayah engkau?" Aiman yang dari tadi dalam mood yang baik mula bengang apabila kawan baiknya itu sanggup berkelakuan begitu terhadapnya. Butir-butir peluru dalam genggaman tangannya itu dilepaskan satu demi satu sebelum menghempas lantai.
Dap! Dap! Dap! Dap!
"Errrr. Ya, tu nama ayah aku. Macam mana engkau boleh tahu nama sebenar ayah aku?" tanya Raj sambil melangkah ke belakang dengan perlahan.
"Arrrrrggghhhhhhh!!!!!!!!!!!
"Well, ini last day aku bersekolah di sini. Jadi aku tak kisah sangat pasal engkau."
"Dalam masa 5 minit lagi, aku rasa nyawa engkau akan meninggalkan badan engkau yang berhati busuk ni. Dalam andaian aku, takkan ada seorang pun yang akan datang selamatkan engkau dalam lingkungan 5 minit ini. Bye kawan tak guna."
Aiman melangkah keluar dari kelasnya dengan segera. Kedua-dua pintu pada bahagian hadapan dan belakang kelasnya dibiarkan ternganga sebegitu.
____________________________________________________________________________
"Mama, betul ke kita akan pindah rumah hujung tahun ni?'
"Iya Aiman. Kenapa? Rindu sangat ke sekolah?"
"Errrr. Mana ada mama. Sekolah baru mesti lagi best punya."
"Dah pukul 11 malam dah Aiman. Tak tidur lagi ke.? Selalunya pukul 10 dah tidur dah." tanya Puan Hamidah kepada Aiman.
"Tak dapat tidur lah mama."
"Adik engkau tu boleh je tidur nyenyak. Engkau ni songeh betul lah." balas ibunya lalu memasuki biliknya untuk tidur.
"Abang macam mana dengan si Raj tu? Dah beres ke? Betul ke ayah dia David?" tanya Iman ingin kepastian.
"Yea" Aiman mula menceritakan tentang apa yang berlaku kat Jeyaraj petang semalam.
"Macam mana adik tahu nama sebenar ayah Jeyaraj? Macam mana pulak adik kenal Jeyaraj?"
"Adik stalk account Facebook dia. Masa dia beri tugas bagi adik dan Lydia, dia beritahu adik supaya memanggilnya boss. Tapi selepas berkenalan dengan anak dia, Jeyaraj, melalui Fb adik mendapat tahu nama sebenar ayah dia tu." Iman berterus-terang kepada abangnya.
"Oooo. Masa Jeyaraj cerita kat abang semalam, Jeyaraj tak ungkit pun pasal sampul surat dengan 5 space kosong yang adik terima tu."
"Dia mana tahu pasal sampul surat tu abang. Semua itu plan adik lah abang. Adik yang tulis semua tu." senyum Iman lebar.
YOU ARE READING
JANGAN*
Mystery / ThrillerMengisahkan cerita seorang pelajar perempuan yang ingin membalas dendam seorang pelajar lelaki atas kematian adik saudaranya, Maya. Rancangan demi rancangan mula dibuat olehnya tetapi semuanya gagal. Tibalah suatu hari di mana pelajar lelaki tersebu...