Prolog

384 19 0
                                    

"Farah!" Tubuh gadis itu dipeluk. Lamanya tak jumpa roommatenya di universiti dahulu.

Nasiblah tak lost contact. Kalau tidak , tak dapatlah dia bertemu dengan Farah di hari persandingan abangnya hari ini, Khairil.

"Long time no see. I miss you." Rina bersuara. Dipandang setiap inci wajah gadis di hadapannya ini. Memang tidak dinafikan, dari dulu lagi dia mengagumi dengan kecantikan roommatenya ini. Bertambah insecure dia apabila mengetahui Farah merupakan darah campuran melayu dan british.

"Hey pretty, miss you too. It is about two years we did not meet each other."

Farah bersuara disertai senyuman. Alahai , aku yang perempuan pun cair dengan senyuman dia, inikan pula lelaki.

"Ehemmm."

Rina memandang sebelah. Ha, baru je kata tadi! Pantang nampak perempuan lawa , memang sibuk je dia ni.

"Tak nak kenalkan dekat aku ke?" Soalnya berbisik. Ew, sejak bila Muhammad Aidil Razmin suka bisik bisik ni. Double ew bila dia nak aku kenalkan dia dengan Farah. Dasar lelaki!

Farah yang berada di situ sudah mengerutkan kening. Terkejut mungkin aku buat muka toya dekat lelaki sebelah ni.

"Farah Halina, this is Aidil Razmin, my enemy..."

Dipandang sekilas wajah Aidil. Speechless mamat sebelah ni. Gila ke apa kenalkan dia sebagai enemy.

"His bestfriend, not enemy."

Aidil cuba membetulkan fakta yang diberitahu Rina tadi. Fakta ke? Nahh, abaikan je. Senyuman seikhlas hati dihadiahkan kepada kenalan baru.

Farah hanya ketawa mendengar pembetulan dari rakan baik Rina itu. Aidil terasa dirinya bagaikan aiskrim di bawah matahari yang terik, menunggu masa untuk cair je melihat ketawa gadis itu. Alahai ayunya.

Kalau Rina? Orang yang tidur mati pun boleh terjaga dari tidur dengar dia ketawa.

Melihatkan Aidil yang bagaikan termasuk dalam dunia khayalan sendiri, Rina sudah merancang untuk menarik Farah dari situ.

Takut juga andai Farah merupakan calon seterusnya yang ditarget oleh Aidil untuk dijadikan bakal isteri. Aku yang depan mata ni tak nak ambil pula. Eh?

"Just ignore this man. Entah apalah dia termenung. Jomlah makan, semua dah terhidang tu." Ditarik Farah meninggalkan Aidil sendirian.

"What the heck Rina? How could you?" Gumam Aidil sendirian sambil memandang dua wanita itu berlalu pergi. Farah Halina? I'll always remember that name.

🌸🌸🌸

Rina berjalan ke arah rak buku yang menempatkan buku - buku yang telah dikumpul sejak zaman sekolah menengahnya. Sejak memulakan kerja 5 bulan lalu, tak sempat langsung untuk dia menghidupkan hobinya itu.

Diperhatikan satu persatu buku yang tersusun. Bosan melihat buku yang berkaitan dengan pekerjaannya, diperhatikan pula deretan novel.

Satu novel menarik perhatiannya. Novel pemberian Aidil pada hari lahirnya yang ke-17. Tahu sangat Aidil dengan hobinya yang satu ini.

Katil dituju lalu dilambungkan tubuhnya ke situ. Novel itu dibuka. Melorot jatuh sekeping gambar.

Gambar mereka berdua ketika dipaksa menjadi pengapit kepada kakak dan abang ipar Aidil, sebaik sahaja dia pulang selepas menamatkan pelajaran. Rina tersenyum sendirian teringatkan memori itu.

"Aidil, Rina, ma nak minta tolong sikit boleh tak?"

Cinta Yang Terpendam✔Where stories live. Discover now