Tanah kubur yang masih merah itu dipandang. Danial menyeka air mata yang mengalir, moga kau tenang di sana.
Bahu lelaki yang berada di atas kerusi roda itu dia tepuk perlahan. Cuba memberikan semangat.
"Aku tak sempat jumpa dia pun. Lepas je aku terjaga dari koma, dia dah tak ada."
Jeda. Air mata yang mengalir dibiar tanpa diseka.
"Aku tak sempat pun minta maaf dekat dia. Aku tak sempat jumpa dia dan tarik balik kata - kata aku." Katanya lemah. Sukar untuk menerima kenyataan bahawa Rina sudah tiada.
"Dia dah maafkan kau kan? Jangan fikir sangat. Tak baik untuk keadaan kau yang baru sedar dari koma." Pesan Danial. Keadaan Aidil yang berkerusi roda itu dia pandang simpati.
Hanya kerana ingin mengejar masa untuk berjumpa dengan arwah Rina, lelaki di sebelahnya ini kemalangan dan patah kakinya. Lama juga masa yang diperlukan untuk sembuh sepenuhnya.
"Aku bagi kau masa, aku tunggu dekat kereta. Bila dah sudah nanti, kau mesej aku." Kata Danial sebelum berlalu pergi.
Aidil perhatikan nama yang tertera di atas batu nisan itu. Nur Khairina Afisa.
"Baru semalam aku terjaga dari koma, aku dapat berita kau dah tak ada . sumpah, aku menyesal gila. Aku menyesal sebab tak cakap baik - baik dengan kau waktu dekat hospital tu. Aku tak sangka tu kali terakhir kita akan berjumpa, serius aku tak sangka." Air matanya diseka. Berat untuk diterima, rakan baik yang merupakan pengganti adiknya itu juga telah pergi meninggalkan dia.
"Kenapa kau tinggalkan aku? Kau nak ikut jejak adik aku ke?" Sayu saja dia menyoal. Kenyataan yang sungguh berat untuk dia terima. Dua orang yang dia sayang pergi meninggalkan dia.
"Aku tahu kau penat. Kau berehatlah Khairina. Tunggu aku dekat sana." Sambungnya lagi. Air mata yang tak henti turun diseka.
"Nanti aku datang lawat lagi ye. Assalamualaikum Rina."
***
Hai sengal!
Aku tak tahu nak mula dari mana tapi aku mula jelah k.First of all, aku nak minta maaf sebab aku rahsiakan penyakit aku dari kau. Bukan niat aku macam tu tapi aku tak nak ganggu kebahagiaan kau dengan Farah. Aku taknak kau abaikan Farah untuk aku Aidil. Aku harap kau faham apa yang aku maksudkan.
Aidil, kenapa kau tak bagitahu aku yang kau dah rancang kau nak kahwin dengan dia? Aku tak penting ke untuk kau sampai kau abaikan aku? Tapi kau jangan risau k, aku okay je. Not a big problem pun.
YOU ARE READING
Cinta Yang Terpendam✔
Random((COMPLETED)) Andai pengorbanan yang diperlukan dalam sesebuah percintaan, aku sanggup berkorban demi melihat senyuman di wajah kau Aidil. - Khairina Ya , dia sanggup berkorban demi orang yang dia cinta. Walau banyak cinta yang mendatang, tidak satu...