Pintu klinik yang dibuka membuatkan Nazwa dan Zulaikha mengangkat kepala. Figura yang berada di situ bersama air mata membuatkan mereka terkejut.
Laju sahaja mereka bangun dari duduk dan menuju ke arah Rina yang berterusan menangis di hadapan pintu.
"Aku teruk. Aku tak mampu dapatkan hati dia walaupun kami dah berkawan 12 tahun."
Zulaikha dan Nazwa memandang satu sama lain sebelum mengusap lembut belakang Rina. Ditarik gadis itu supaya duduk di atas sofa yang tersedia. Dia hanya mengikut tanpa bantahan. Lembik sahaja badannya ketika ini.
"Dia reject kau ke?" Soal Nazwa. Ingin kepastian. Rina menggeleng. Berkerut dahi mereka berdua.
"Habistu apa yang jadi?" Zulaikha pula bertanya.
"Dia minta tolong aku untuk dapatkan Farah untuk dia. Kawan baik aku sendiri. Tak sempat langsung untuk aku luahkan dan dia luahkan dulu."
Nazwa menelan liur pahit. Dia melihat Rina yang menangis itu pun sudah cukup membuatkan dia terasa sakitnya. Apatah lagi bahu yang merasakan sendiri kesakitan itu.
"Bertahun - tahun aku pendam perasaan aku. Kalau aku tahu ini je balasan yang aku dapat, aku tak minta pun perasaan ini muncul dalam hati aku. Aku takkan minta pun untuk jatuh hati dengan kawan baik aku sendiri." Luah Rina. Air mata dari tadi tidak berhenti turun. Sungguh sakit apa yang dia rasakan ketika ini.
"Rina, ni bukan salah kau. Hati kita ni Allah yang pegang, dia yang munculkan dan hilangkan perasaan tu." Pujuk Nazwa. Tangannya tak henti - henti mengusap belakang Rina. Cuba untuk memberikan ketenangan.
"Tapi aku teruk Naz, Zu, kami bina hubungan kawan baik tapi aku nakkan hubungan lebih dari tu. Teruknya aku."
Nazwa dan Zulaikha kehilangan kata - kata. Diam. Mereka memberikan masa kepada Rina.
"Kau balik dan kau solat. Tenangkan fikiran kau. Lupakan tentang hal tadi." Pujuk Nazwa. Rina hanya mengangguk.
Dia bangun dari duduknya lalu melangkah longlai ke arah pintu. Ditarik nafas dalam lalu dihembuskan. Dia ingin ketenangan. Ketenangan yang hanya bakal dia dapat ketika memohon kepada Dia.
***
Pintu diketuk. Lama sebelum dibuka oleh kak Lestari, pembantu rumahnya."Rina, mari minum petang." Panggil Puan Sri Azalia dari taman bunganya. Terdapat puan Sri Azalia dan Khairul abang keduanya di situ.
"Tolong bagitahu mama, rina tak nak diganggu sepanjang hari ni. Malam nanti tak perlu panggil Rina turun, Rina tak nak makan." Pesan Rina kepada kak Lestari. Kak lestari hanya mengangguk faham. Tidak mahu bertanya banyak atau cik muda ini akan mengamuk.
Tangga dipijak satu persatu. Lemah. Sungguh dia merasakan dirinya seorang yang lemah ketika ini.
Aku tak kuat Ya Allah. Aku hanya hambaMu yang lemah. Aku tak cukup kuat untuk menerima kenyataan ini.
Sebaik diloloskan dirinya ke dalam bilik, pintu terus dikunci. Tak mahu dirinya diganggu.
Bilik air yang memang khas tersedia untuk biliknya pantas dituju. Dibersihkan dirinya lalu diambil wuduk.
Sejadah dibentang menghadap kiblat. Dipakaikan telekung pada dirinya. Wajahnya yang sembap diperhatikan sekilas pada cermin.
Didirikan dirinya menghadap kiblat, niat dilafaz dan takbir diangkat.
Sahaja aku solat Asar 4 rakaat tunai kerana Allah ta'ala.
Wirid dan tasbih dibaca sesudah selesai solat. Dari kedudukan tahiyat akhir, dia ubah kepada kedudukan tahiyat awal. Tangan ditadah dan difokuskan pandanganya kepada tangan.
"Ya Allah, ampunilah dosaku, ibu bapaku, sahabat - sahabatku dan semua muslimin dan muslimat di dunia ini Ya Allah. Kau permudahkanlah segala urusan kami Ya Allah. Kau bimbinglah kami ke jalan yang lurus.
Kau jauhilah kami dari jalan yang menyesatkan. Ya Allah, kau kuatkanlah kami untuk menghadapi segala ujian dan dugaan dariMu. Sesungguhnya kami hanya hambaMu yang lemah."
Mutiara jernih mulai gugur dari matanya. Tidak dihiraukan air mata yang tidak henti turun, dia meneruskan doanya.
"Kau kurniakanlah rezeki kepada kami Ya Allah. Jauhilah kami dari terus melakukan kemungkaran padaMu Ya Allah. Sesungguhnya kami hanya hambaMu yang tidak lari dari melakukan kesalahan. DariMu tempat kami memohon Ya Allah. Sesungguhnya hanya kepadaMu tempat kami meluah. Kau perkenankanlah doa hambaMu ini.
Rabbana aatina fiddunya hasanah wa fill aakhirati hasanah waqina 'aza bannar."
Tangannya disapukan ke muka. Dihalakan pandangannya ke arah satu almari kecil. Dia bangun dari duduknya lalu dituju ke arah almari itu. Dibuka dan satu Al - Quran menjamah pandangan.
"Dugaan yang Allah berikan adalah supaya kita semakin dekat dengan Dia. Bukannya makin jauh dari Dia." Gumamnya sendirian sebelum mencapai senaskah Al- Quran itu.
"Bismillahirrahmanirrahim.."
YOU ARE READING
Cinta Yang Terpendam✔
عشوائي((COMPLETED)) Andai pengorbanan yang diperlukan dalam sesebuah percintaan, aku sanggup berkorban demi melihat senyuman di wajah kau Aidil. - Khairina Ya , dia sanggup berkorban demi orang yang dia cinta. Walau banyak cinta yang mendatang, tidak satu...