Bab 7 : pengorbanan

163 10 0
                                    

"Hai Rina!"

Rina mengangkat kepalanya. Dia kenal suara itu. Orang yang telah membuatkan Aidil jatuh cinta. Rina tersenyum hambar.

"Ye Farah. Nak ajak aku keluar ke?" Jam dipandang sekilas sebelum dipandang semula wajah Farah. Patutlah ajak keluar, dah 5.27. 3 minit je lagi sebelum dia tukar syif dengan Nazwa.

"Iye, aku penatlah kena hadap kertas dengan laptop je dari pagi tadi. Dahlah boss aku bagi dua projek serentak dekat aku suruh aku handle. Gila ke apa?" Luah Farah sebelum dilabuhkan punggungnya bertentangan dengan Rina.

"Kau kan baru naik pangkat. Memanglah bos kau kerjakan kau teruk - teruk." Balas Rina lalu tertawa kecil. Simpati dan lawak terasa serentak. Baru je dua hari naik pangkat terus kena kaw kaw dengan bos. Haih nasiblah.

"Kau ni, aku datang mengadu harapkan kau pujuk aku, tenangkan aku. Ini tak, kau gelakkan aku pula." Farah sengaja membuat suara seperti berjauh hati namun Rina sudah bantai gelak. Bukannya dia tidak tahu Farah sengaja berbuat begitu untuk menarik perhatiannya, namun Khairina tak cepat terkena perangkap okay.

"Kau nak aku pujuk kau ke? Memang taklah." Dan terhambur lagi tawa Rina. Farah sudah tarik muka masam.

"Alahai cik Farah jangan jadi mulut itik dekat sini please."

Farah mencebik. Ada ke patut kata aku buat mulut itik?

Melihat reaksi Farah membuatkan Rina ketawa lagi. Alahai.

"Kau tunggu dekat luar dulu eh, aku nak kemas meja jap." Arah Rina. Farah hanya mengangguk sebelum pergi.

Telefon yang berada di dalam sling bagnya dicapai lalu nombor Aidil dicari sebaik bayang Farah sudah tidak kelihatan.

Aku dengan Farah nak keluar lepak. Kau nak try dia tak?

Whatsapp dihantar. Dua tick. Meja dikemaskan. Tak perlu menunggu lama , Aidil pantas membalas.

Naklah. Peluang keemasan tu. Rugi kalau aku tolak.

Rina menjulingkan mata ke atas. Orang tanya nak ke tidak je, dia jawab panjang lebar. Sayangnya kau dekat dia. Kan bagus kalau aku jadi Farah, kan?

Rina menggeleng sendirian. Tak baik menyalahkan takdir Nur Khairina Afisa.

Japgi aku send location

Telefon dimatikan lalu dimasukkan semula ke dalam sling bagnya.

"Kebahagiaan dia buat aku bahagia juga." Gumam Rina sendirian sebelum melangkah keluar dan bergerak ke keretanya.

***
Rina memerhatikan sekeliling , mencari insan yang ditunggu - tunggunya. Whatsappnya ditengok berulang kali, chat tadi kata dah on the way, takkan tak sampai - sampai lagi.

"Rina, kau okay tak? Macam something wrong somewhere je. Ada problem ke?" Soal Farah. Hairan melihat Rina yang dah macam cacing kepanasan.

Rina menggeleng perlahan. Tidak mahu Farah mengesyakinya.

Terlihat figura yang ditunggu - tunggu Rina menghembus nafas lega.

"Farah, aku nak pergi tandas kejap eh." Tanpa menunggu balasan dari Farah pantas dia bangun dan berlalu pergi ke arah Aidil yang sedang menunggu. Sling bagnya tidak ditinggalkan, dia perlu melaksanakan rancangannya.

"Aku bagi chance ni, guna sebaiknya." Pesan Rina sambil tersenyum sebaik bertentangan mata dengan Aidil.

"Kaulah kawan baik aku dunia akhirat Rina. Aku takkan pernah lupakan bantuan kau sampai aku mati. Kalau aku dapat dia, aku belanja kau makan. Kau nak melantak 5 buah restoran pun aku tak kisah." Balas Aidil dengan senyuman lebar. Sungguh dia berbangga mempunyai Rina sebagai kawan baiknya.

"Well, itulah peranan aku sebagai kawan baik kau kan? Small matterlah, aku tolong ikhlas tapi kalau dah orang nak bagi takkan aku nak tolak kan. Rezeki tu." Senyuman seikhlas hati diberikan. Ya, dia gembira melihat senyuman di wajah Aidil.

"Kalaulah aku boleh peluk kau , nak je aku peluk kau sekarang. Nak tunjuk betapa berterima kasihnya aku dengan kau. Nasib harammm je." Kata Aidil sambil tersengih. Tak sabar nak jumpa pencuri hati ni.

"Amboi melebih eh kau. Dahlah pergi sana, kesian dia seorang dekat situ." Ditolak bahu Aidil yang berlapik baju.

"Thankyou." Senyuman itu. Rina mengangguk sambil membalas senyuman itu. Dia gembira dapat membantu lelaki yang disayanginya itu menguntumkan senyum walaupun bukan dia wanita yang bakal mendampingi lelaki itu.

Aidil yang perlahan - lahan bergerak ke arah Farah diperhatikan oleh Rina. Andai pengorbanan yang diperlukan dalam sesebuah percintaan, aku sanggup berkorban demi melihat senyuman di wajah kau Aidil.

Dia menyorok di sebalik dinding. Memerhatikan Aidil menyapa Farah. Melihatkan kemesraan mereka berdua, dia sakit. Sakit untuk menerima kenyataan itu.

Senyuman Farah yang berseri. Senyuman Aidil yang menunjukkan dirinya sangat bahagia. Rina tersenyum hambar.

"Aku gembira dapat buat kau bahagia Aidil." Gumam Rina sendirian.

Telefon diambil dari dalam beg. Nombor Farah dicari.

Aku terpaksa balik dulu. Tiba - tiba badan terasa letih. Aku nak bagitahu kau, tengok kau rancak borak dengan Aidil, aku tak nak ganggu. Sorry.

Love , Khairina.

Send. Rina perhatikan buat kali terakhir pasangan bahagia itu. Badan yang memang terasa letih dipaksa melangkah keluar dari pusat membeli belah itu. Kebelakangan ini badannya cepat terasa letih, mungkin kerana terlalu sibuk dengan kerja. Mungkin.

Cinta Yang Terpendam✔Where stories live. Discover now