Bab 2: Luahkan

137 10 0
                                    

Sunyi. Tiada satu perkataan pun terluah dari mulut Azlan. Masing - masing hanya fokuskan pandangan pada televisyen.

Kalau aku tak bagitahu, selagi tu dia takkan tahu. Kalau dia tahu dari mulut orang lain, mampus aku.

"Kau dah kenapa muka macam suami hilang bini je. Nak kata hilang betul, kau kahwin pun belum." Terhambur tawa Aryan. Melihatkan wajah serius milik kawannya itu, pantas dihentikan tawa.

"Bro, kau ada problem ke? Kalau ada, don't mind to share?" Soal Aryan lagi. Langsung dia tidak ingat tentang apa yang hendak diberitahu oleh Azlan petang tadi.

"Kau ingat tak aku ada nak bagitahu kau something petang tadi?" Soal Azlan semula. Aryan yang baru sahaja teringatkan perkata itu pantas mengangguk sambil memerhatikan wajah rakannya itu. Menunggu sambungan dari Azlan.

"Betty datang lepas dua hari kau outstation..."

Jeda. Tak sanggup untuk meneruskan kata - katanya.

"Lepas tu dia bagitahu yang dia dah putuskan tunang , kan?"

Soal Aryan. Azlan yang mendengar, melopong. Dia dah tahu?

"Kau tak payah risaulah, aku takkan marah. Memang patut pun perempuan tak guna macam dia putuskan tunang dengan aku."

"Apa maksud kau?" Hairan. Seorang Aryan Nafees yang sangat sayangkan tunang dia, sekarang maki hamun tunang dia? Hairan!

Telefon yang berada di dalam poket seluarnya dicari. Sebaik dijumpai telefonnya, dicari sesuatu di dalam telefonnya terus diserahkan kepada Azlan.

"Astaghfirullahalazim. Betul ke ni?"

Gambar yang terdapat di dalam telefon tu dipandang berkali - kali.

"Betullah. Setiap kali aku outstation, itulah kerja dia. Dia minta putus sebab laki tu sendiri datang jumpa aku, katanya lepas kami putus, dia akan masuk meminang. Datang jumpa aku dekat airport pula tu, elok je lepas aku baru habis kerja."

Tenang. Tiada riak langsung yang ditunjukkan. Cekalnya hati seorang insan bernama Aryan. Telefon dihulurkan semula dan disambut oleh pemiliknya.

"Kau mesti pelik kenapa aku tenang je walaupun putus tunang dengan orang yang aku sayang, kan?"

Diam. Nafas dihela panjang serta senyuman tersungging di bibir Aryan.

"Tak ada guna aku bersedih dan berharap dekat orang yang langsung tak tahu nak hargai aku. Buang masa aku je. Penat juga jaga jodoh orang." Luah Aryan lalu tertawa kecil.

Azlan tersenyum tawar. Tawa kecil itu sangat fake dimatanya. Dia kenal dengan lelaki ni sejak remaja lagi. Lagi awal sebelum lelaki ini bercinta dengan Batrisya yang kini sanggup meinggalkannya untuk lelaki lain.

"Kau takpayah bohong akulah. Aku tahu kau terluka tapi kau tinggikan ego kau. Kau pergilah rehat, jangan fikirkan sangat perempuan tu."

Azlan bangun dari duduknya lalu menepuk bahu Aryan, menyalurkan semangat.

"Aku naik tidur dulu. Ingat, jangan fikir sangat perempuan tu."

***

"Dari tadi aku tengok kau perhati je gambar tu. Rindu ke?"

Rina mengalihkan pandangannnya ke arah Nazwa. Kacau je mood orang nak rindu si sengal tu. Frame gambar itu diletakkan semula di tempatnya. Gambar selfienya bersama Aidil yang telah dibingkaikan memang diletakkan di atas meja kerja. Boleh dijadikan sebagai penghilang stress kononnya.

"Ha'ah memang rindu pun. Tak salah kan?" Balas Rina tenang sambil tersenyum manis. Kali terakhir dia jumpa Aidil, ketika lelaki itu datang ke rumahnya untuk makan puding roti. Selepas itu, terus lelaki itu sibuk dengan kerjanya sampai tak sempat nak lepak. Alahai.

"Aku nak tanya sikit boleh tak?"

Rina mengangkat kepalanya. Dipandang tepat mata hitam pekat milik Nazwa bersama senyuman di bibir. Nasiblah sekarang tak ada orang datang, dapatlah diorang berborak kejap.

"Kau tak nak luahkan perasaan kau ke? Aku takut kau melepas je."

Senyuman di bibir Rina hilang. Luahkan?

"Apa guna aku luahkan perasaan aku kalau dia tak ada perasaan yang sama? Aku dapat berdiri di sisi dia waktu susah dan senang pun dah buat aku bahagia."

Nazwa mengeluh. Persahabatan yang tercipta di antara Rina dan Aidil hampir mencapai genap 12 tahun, tak mungkin tiada sikit pun perasaan Aidil kepada Rina.

"Kalau tak cuba kita takkan tahu. At least cubalah. Aku tahu kau pendam sakit hati kau bila kau nampak Aidil dengan perempuan lain dan aku tak nak kau rasa lagi kesakitan tu kalau Aidil dengan orang lain. Aku akan sentiasa sokong kau dari belakang." Tangan Rina dipegang sambil senyuman di bibir. Cuba memberi semangat.

"Kebahagiaan dia adalah kebahagiaan aku juga. Kalau dia dah jumpa orang yang betul dia sayang dan dapat bahagiakan dia, itu pun dah buat aku bahagia walaupun orang itu bukan aku. Tak semestinya mencintai akan memiliki, kan?"

Senyuman tawar diberikan. Membayangkan Aidil bersama wanita lain pun dah membuatkan dia sakit, inikan pula melihat lelaki itu mendirikan rumah tangga bersama wanita lain.

"Aku tak tahu kenapa tapi Khairina yang aku kenal bukan seorang yang cepat mengalah, cepat biar orang lain melebihi dia. Tapi kau mula lemah bila ia berkaitan dengan Aidil. Kenapa Rina?

Tak salah kan kau cuba luahkan perasaan kau? Tak salah kan kau cuba pertahankan perasaan kau dan halang dia dari cari orang lain? Tak salah kan?"

Rina terdiam. Tidak tahu bagaimana hendak membalas soalan yang bertubi - tubi dari Nazwa.

Melihatkan reaksi Rina, Nazwa menyimpan senyum. Pasti Rina termakan dengan kata - katanya.

"Aku tahu tak mudah untuk meluahkan perasaan, tambahan lagi kau perempuan. Memang susah, aku faham. Tapi kau mesti pertahankan perasaan kau dekat dia."

Rina senyum sambil mengangguk. Mula termakan dengan kata - kata Nazwa.

"Nanti aku cuba."

Cinta Yang Terpendam✔Where stories live. Discover now