Bab 1 : Aku sayang kau!

182 9 0
                                    

"Morning." Sapa Rina sebelum dilabuhkan duduknya di sebelah Khairul, abang keduanya.

"Kerja ke harini Rina?" Puan Sri Azalia menyoal. Sandwich buatannya disuap ke dalam mulut sambil matanya tetap memandang satu - satunya anak perempuannya itu. Hairan juga Rina hanya mengenakan t- shirt ringkas bersama legging sahaja.

"Tak. Cuti dua hari. Penat Rina asyik hadap haiwan je, nak juga hadap lama - lama muka mama." Terlepas ketawa kecil. Tugasnya sebagai doktor haiwan tidak pernah dia rasakan bosan, mungkin kerana sikapnya yang memang sayangkan haiwan dan tidak suka melihat haiwan dalam keadaan sakit.

"Aku yang nikah kau yang ambil cuti." Khairil menyampuk dengan nada geram. Terhambur tawa Rina. Terlupa pula encik pengantin baru ni perlu siapkan tugasan dekat office, papa kata kena siapkan apa yang perlu sebelum cuti panjang untuk honeymoon. Ehem!

Tan Sri Hamdan tersedak mendengar kata - kata anaknya itu , laju sahaja tangan Puan Sri Azalia mengurut belakang suaminya. Mahu tak tersedak kalau dialah orang yang tidak meluluskan cuti anak sulungnya itu.

Rina sudah menunjukkan jari telunjuk ke arah Khairil sambil kata 'Ja ja tak tahu' tanpa mengeluarkan suara. Wani yang merupakan isteri Khairil yang sah kelmarin hanya ketawa kecil melihat gelagat dua beradik itu.

Dia lagi suka melihat gelagat suaminya bersama Rina berbanding bersama Khairul, langsung tak sekepala!

"Dahlah, papa nak gerak dulu. Khairil jangan lambat, siapkan dulu semua kerja baru papa luluskan cuti."

Khairil hanya mengangguk sambil tersengih. Rina yang melihat respon abang sulungnya itu menghamburkan tawa apabila papanya sudah beredar dan diikuti mama. Bergema tawa seorang wanita bernama Nur Khairina Afisa.

**

I'd climb every mountain

And swim every ocean

Korus lagu you are the reason nyanyian calcum scott berbunyi menyedarkan Rina dari lamunannya.

"Siapa pula call? Aku baru je berangan majlis kahwin ala - ala tema garden."

Telefon yang terletak di atas meja sisi katil dicapai. Tanpa melihat siapa pemanggil, terus ditolak butang hijau lalu ditekan loudspeaker dan diletakkan di atas katil. Malas nak pegang!

"Haluuuuu Rina!"

Rina dah buat roll eyes. Kenal sangat suara ni!

"Ye haluuuuu Aidil. Wassup?" Balas Rina. Kalau nak ajak keluar best juga, lagipun dia tengah bosan dekat rumah ni.

"Kau sekarang tengah cuti kan? Busy tak?" Mata Rina mula bersinar. Harapan dia meninggi mngharapkan lelaki itu mengajak dia keluar, bosan dia asyik mereput je dekat rumah.

"Ha'ah aku cuti. Tak busy pun, kenapa? Nak ajak aku keluar ke?"

"Tak. Jangan perasan please."

Rina memuncungkan bibir. Biarlah si Aidil tu tak dapat tengok pun, dahlah bosan, tak ada orang nak ajak keluar pula tu. Hm..

"Aku nak minta tolong ni."

Bersuara lagi orang di sana. Patutlah call, nak minta tolong rupanya. Asal nak minta tolong je, aku orangnya! Nak minta hati tak nak pula dekat aku, eh!

Cinta Yang Terpendam✔Where stories live. Discover now