Bab 5 : Doktor Danial

137 10 0
                                    

Kafe yang dahulunya tempat lepak dia dengan Aidil, kini hanya dia berseorangan. Lelaki itu terlalu sibuk dengan kerjanya hingga tidak dapat lepak seperti dulu.

Kek coklat moist kegemarannya disuapkan ke dalam mulut. Kalau Aidil ada dekat sini, meriahlah sikit.

"Ehem. Hai baby."

Rina memandang lelaki yang berdiri di sebelahnya itu. Dengan berpakaian kemeja biru muda bersama seluar slack, serta kaca mata langsung tidak memudarkan kacaknya.

"Hai baby kepala mangkuk kau! Duduklah."

Lelaki itu hanya tertawa kecil sebelum melabuhkan punggungnya bertentangan dengan Rina. Tak pasal - pasal kena kepala mangkuk.

Danial. Kawan baiknya juga dan tidak putus berhubungan antara satu sama lain. Cuma dia tak mempunyai perasaan kepada Danial seperti perasaannya kepada Aidil.

"Seorang je ke? Bukan selalu kau datang lepak dengan Aidil ke?"

Danial memandang sekeliling. Manalah tahu kalau secara tiba - tiba muncul figura Aidil di situ.

"Sekarang dah jaranglah. Dia sibuk fokus dengan kerja." Balas Rina sambil tersenyum hambar. Terasa jugalah kerana rakan baiknya itu melebihkan kerja berbanding dirinya.

"Kau lek jelah Rina. Dia tu kan memang macam tu. Aku pun ada juga ajak dia keluar, banyak kali dah sebenarnya tapi jawapan dia tetap sama, busy dengan kerja."

Rina hanya mengangguk. Malas hendak meneruskan topik berkaitan Aidil, dia cuba mencari topik baru. Yelah lama tak jumpa rakan baiknya ini, sebelum ini Danial ditugaskan di hospital di Sarawak.

Ini pun baru dapat pindah, nasiblah dia bagitahu. Kalau tidak sampai ke sudah tak dapat jumpa.

"Danial or I should call Doctor Danial, macam mana hospital baru? Keadaan? Pesakit? Nurse? Okay tak?"

Danial ketawa kecil. Perli ke apa panggil doktor Danial pula budak ni.

"Kau ni melebih je kan acah - acah nak panggil aku doktor Danial bagai."

Tawa mereka berdua terhambur. Danial tersenyum, dari dahulu Rina memang jenis suka mengusik. Sebab itulah dia lebih senang berkawan rapat dengan lelaki seperti Aidil dan Danial.

Sikap Rina yang bersahaja, itulah menyebabkan dia suka gadis itu namun dipendam kerana dia tahu Rina menaruh perasaan kepada Aidil. Entah mengapa dia sendiri hairan, Aidil langsung tidak sedar akan perasaan Rina kepadanya.

Dia sukakan Rina tapi tak salah mengalah demi kawan baik sendiri kan?

"Soalan aku kau tak jawab pun. Ok tak dengan keadaan hospital baru ni? Berhantu ke?"

Soal Rina lagi. Amboi soalan.

"Kau mulut memang tak boleh masin lagi kan. Aku dahlah syif malam." Marah Danial. Kalau berhantu betul mampuslah dia.

"Kau dengan sifat penakut kau tu dari dulu memang tak boleh pisah kan?" Soal Rina sambil ketawa. Danial hanya tersenyum sambil menggeleng, tak nak ngaku.

Rina mencapai cawan kopinya. Cawan yang tidak kuat genggamannya membuatkan cawan itu jatuh dan menumpahkan air kopinya.

"Danial sorry." Berkerut dahinya, takut lelaki itu marah. Mahunya tak takut habis kopi miliknya terkena pakaian Danial.

"No, it's okay. Are you okay Rina?" Danial sudah risau. Dari tadi dia ingin menegur wajah pucat gadis itu dan juga tangannya yang dipenuhi bintik - bintuk merah. Tak mungkin bintik - bintik biasa.

Rina mengerutkan dahi. Hampir bercantum keningnya apabila dia mengerutkan dahi sebegitu. Kopi terkena baju dia tapi dia tanya aku ok ke tidak? Pelik!

"Aku okay je. Kenapa kau tanya?"

Muka serius Danial membuatkan dia takut. Dia nak marah ke apa ni?

"Tadi aku datang aku nampak muka kau pucat. And just now, kau nampak lemah dan tak berdaya. Even nak pegang cawan kopi tu pun kau tak cukup kuat. And lagi satu yang aku sedar, bintik - bintik merah dekat tangan kau tu." Terang Danial satu persatu. Rina mula hairan, apa yang cuba Danial beritahu.

"Bintik - bintik merah dekat tangan aku ni ruam je lah. Pucat? Maybe sebab aku kepenatan sikit."

"Khairina, kalau ada kelapangan please come and meet me at hospital. I wanna make a regular check up on you. Anytime just call and I'm gonna set it for you." Serius. Tiada riak melawak di wajah seorang Doktor Danial ketika ini.

"That face make me scare. Don't be too serious Doktor Danial."

Rina cuba menyedapkan hati sendiri. Tidak mahu terlalu berfikir.

"Jangan takut dengan akulah. Bukannya aku nak makan kau pun." Katanya lalu tertawa kecil. Dalam hatinya tak berhenti berdetak hebat. Takut jika andaiannya betul. Harapnya tidaklah.

My Khairina will be okay. Hopefully she will be fine.

***
"Wah sedapnya." Rina bersuara sambil menghidu bau masakan yang dimasak oleh mamanya dan kak Lestari. Sambal Udang dengan kangkung goreng belacan. Makanan fav tu!

"Cepatlah duduk. Takkan nak tercegat berdiri dekat situ je." Tegur Khairil. Hanya Tan Sri Hamdan, Puan Sri Azalia , Khairil dan Rina hari ini. Khairul dan Wani telah bercuti honeymoon ke Paris.

Sebaik selesai Khairul membacakan doa makan pantas Rina mengambil lauk dan diletakkan di atas nasinya.

"Kejap lagi tambah berpinggan - pingganlah dia tu." Tegur Tan Sri Hamdan. Rina hanya sengih memandang Tan Sri Hamdan. Macam tahu - tahu je.

Satu suap. Dua suap. Tiga suap.

"Rina dah kenyang."

Tan sri Hamdan dan Puan Sri Azalia pantas memandang antra satu sama lain. Nasi yang tadinya banyak kelihatan seperti tidak terusik langsung.

"Rina, kebelakangan ni mama perasan badan Rina makin kuruslah. Rina tak sihat ke? Tangan Rina pun macam naik bintik - bintik merah tu, risau mama." Soal Puan Sri Azalia. Ibu mana yang tidak risau melihat keadaan anaknya seperti tidak sihat.

"Tak adalah ma. Tangan Rina ni ruam sikit. Tak perlu risaula." Dia bangun dari duduknya. Pinggan di bawa ke singki.

Tangannya yang penuh bintik merah diperhatikan.

Aku sakit ke?

Keluhan dilepaskan.

Everything is going to be just fine.

***
"Rina!"

Rina sudah menjulingkan matanya. Ada ke patut jerit tengah - tengah orang ramai ni.

"Seorang?" Rina mengangguk sambil memandang Aidil yang berada di sebelahnya.

"Kenapa tak ajak aku je keluar?" Soal aidil. Eh dia tanya pula.

"Selalunya kalau aku ajak keluar kau mesti kata kau busy so aku malas nak ajak kau keluar." Balas Rina membuatkan Aidil terasa. Ya, selalunya memang dia akan beri jawapan dia busy kerana kebelakangan ni memang banyak kerja di syarikat ayahnya.

"Erm Rina." Panggil Aidil bila terlalu lama mereka berdiam. Rina tidak membalas, hanya matanya kini memandang lelaki itu, menunggu sambungan.

"Aku nak minta tolong."

"Tolong apa?"

"Tolong aku dapatkan Farah."

Rina terdiam. Wajah lelaki itu dipandang, serius, tiada riak melawak langsung.

"Untuk?" Sengaja ditanya. Mahu memastikan bahawa apa yang berada di dalam kepalanya sekarang adalah tidak benar.

"Aku rasa aku jatuh cinta dengan dia."

Cinta Yang Terpendam✔Where stories live. Discover now