Siling diperhatikan sambil otaknya sibuk mengingati semula kata - kata Nazwa minggu lepas.
"Kau tak nak luahkan perasaan kau ke? Aku takut kau melepas je."
Senyuman di bibir Rina hilang. Luahkan?
"Apa guna aku luahkan perasaan aku kalau dia tak ada perasaan yang sama? Aku dapat berdiri di sisi dia waktu susah dan senang pun dah buat aku bahagia."
Nazwa mengeluh. Persahabatan yang tercipta di antara Rina dan Aidil hampir mencapai genap 12 tahun, tak mungkin tiada sikit pun perasaan Aidil kepada Rina.
"Kalau tak cuba kita takkan tahu. At least cubalah. Aku tahu kau pendam sakit hati kau bila kau nampak Aidil dengan perempuan lain dan aku tak nak kau rasa lagi kesakitan tu kalau Aidil dengan orang lain. Aku akan sentiasa sokong kau dari belakang." Tangan Rina dipegang sambil senyuman di bibir. Cuba memberi semangat.
"Kebahagiaan dia adalah kebahagiaan aku juga. Kalau dia dah jumpa orang yang betul dia sayang dan dapat bahagiakan dia, itu pun dah buat aku bahagia walaupun orang itu bukan aku. Tak semestinya mencintai akan memiliki, kan?" Senyuman tawar diberikan. Membayangkan Aidil bersama wanita lain pun dah membuatkan dia sakit, inikan pula melihat lelaki itu mendirikan rumah tangga bersama wanita lain.
"Aku tak tahu kenapa tapi Khairina yang aku kenal bukan seorang yang cepat mengalah, cepat biar orang lain melebihi dia. Tapi kau mula lemah bila ia berkaitan dengan Aidil. Kenapa Rina?
Tak salah kan kau cuba luahkan perasaan kau? Tak salah kan kau cuba pertahankan perasaan kau dan halang dia dari cari orang lain? Tak salah kan?"
"Tak salah kan?" Ulang Rina semula. Cuba memberikan keyakinan pada diri sendiri.
I'd climb every mountain
And swim every ocean
"Siapa pula yang call?" Gumam Rina sendirian. Telefon disebelah dicapai. Malas hendak melihat nama pemanggilnya, terus dileretkan butang hijau lalu dilekapkan ke telinganya.
"Helo."
"Helo. Ni Khairina kan?"
Rina jarakkan telefon dari telinganya lalu melihat nombor pemanggil. Nombor siapa pula dah ni?
"Ye saya Khairina. Ni siapa eh?" Berkerut - kerut dahinya cuba mengingati suara itu. Macam kenal.
"Saya ni Aryan. Kawan Farah tu."
Rina mengetuk dahinya. Aduh, macam manalah boleh lupa dengan suara mamat ni.
"Ouh ye. Ya saya ingat awak."
"Sorrylah ganggu awak malam - malam ni. Awak busy ke? Kalau busy saya tamatkan panggilan ni."
Rina berfikir sekejap. Dia busy ke sekarang? Dipandang jam dinding sekilas. Nak tidur, baru pukul 9.15 malam. Layan ajelah.
"Tak busy pun. Awak tu, tak ada fly pergi mana ke?"
Soalnya. Dah tak ada topik, masuk jelah topik apa pun.
"Tak ada pun. Duduk mereput dekat rumah jelah. Housemate pun tak ada." Luah Aryan. Tersenyum dia berbual dengan gadis itu, peramah juga. Ingatkan pendiam.
"Ouh."
Dan suasana krik - krik membelenggu mereka berdua.
"Erm awak kerja apa eh?"
Aryan menepuk dahi sendiri. Randomnya soalan.
"Saya doktor haiwan je. Tak sibuk kerja bawah orang. Haiwan sakit je , rawat. Tapi kadang kerja ni ganggu emosi jugalah.
I am a pet lover, so when I can't save haiwan yang orang hantar untuk dirawat, saya akan kurungkan diri dalam bilik seharian menangis je. Nampak lawak tapi itulah kebenaran seorang insan bernama Nur Khairina Afisa ni."
Cerita Rina panjang lebar. Entah mengapa selesa berbual dengan lelaki itu walaupun hanya melalui telefon sahaja.
"Tak lawak pun for me. Well a pet lover like us memang tak boleh tengok haiwan mati. It hurts us a lot, right? Walaupun haiwan yang mati tu hanya haiwan terbiar tepi jalan."
Tenang Aryan berbual. Terasa seperti sejiwa pula dengan Rina.
"Finally , I've found someone like me. Sebelum ni kalau saya nangis sebab haiwan mati, ramai yang akan kata saya cengeng. But not for you, I really appreciate it."
Aryan tersenyum lagi. This girl keep make me smile! And I'm gonna make her mine one fine day. Siapa suruh buat dia rasa angau sekarang?
"Small matter Khairina. I'm just sharing about my feeling as a pet lover. Same like you! One day kalau my Jeremy and Tinny sakit, saya akan hantar dekat awak tau."
"No problem. Awak nak tolong hantarkan kucing jiran pun saya terima je."
Balas Rina lalu terhambur tawanya. Aryan yang mendengar kata - kata gadis itu juga ketawa. Alahai Khairina.
"Alright Miss Khairina or I should call Airin. Saya tahu Rina panggilan untuk orang lain, tak salah kan kalau saya nak panggil awak dengan nama special sikit."
"Terserahlah captain Aryan. I'm going to sleep now. Goodnight and sweetdream. Jangan lupa baca doa tidur."
"Aip aip captain."
Rina tersenyum sebelum menamatkan panggilan. Dia selesa dengan Aryan, tapi selesa hanya sebagai kawan. Nama Aidil kembali menjengah kotak mindanya.
"Aidil..."
YOU ARE READING
Cinta Yang Terpendam✔
Random((COMPLETED)) Andai pengorbanan yang diperlukan dalam sesebuah percintaan, aku sanggup berkorban demi melihat senyuman di wajah kau Aidil. - Khairina Ya , dia sanggup berkorban demi orang yang dia cinta. Walau banyak cinta yang mendatang, tidak satu...