Bab 11: love at first sight?

144 10 0
                                    

Rina memerhatikan baju yang tersarung di bajunya. Baju kurung cotton bercorak bunga warna merah jambu dipadankan dengan bawal berwarna peach.

Langsir di dalam biliknya diselak, diperhatikan kenduri tahlil jiran yang bertentangan dengan rumahnya sudah ramai tetamu hadir.

Diperhatikan sekali lagi dirinya di cermin. Sebaik memastikan dirinya sudah sempurna, pintu bilik dituju.

"Rina, dah siap?" Soal Puan Sri Azalia sebaik saja melihat puterinya itu turun. Anggukan dari Rina , menjawab persoalannya.

"Mama nak minta maaf, tiba - tiba dapat call dari resort kata ada masalah. I need to go there, papa sekali. Boleh tak Rina wakilkan family kita?"

Rina melopong. Dia dahlah tak suka menghadirkan diri ke kenduri, ini pun kena paksa. Tiba - tiba pula kena pergi seorang, she's gonna be crazy alone.

"Please. Tak baiklah tak ada wakil." Sekali lagi Puan Sri Azalia memujuk.

"Iyelah." Balas Rina malas.

"Thankyou." Rina dituju dan dihadiahkan ciuman di dahi anak perempuannya.

" mama pergi dulu. Papa dah tunggu dalam kereta." Rina hanya mengangguk lalu dicapai tangan wanita itu dan dicium.

___

Rina memandang kereta itu hingga hilang dari pandangan. Kini pandangannya dituju ke jiran bertentangan rumahnya.

Nafas dihela berat. Argh malas.

Sandalnya disarung, lalu pintu rumah dikunci. Perlahan - lahan dia melangkah. Baru sahaja selangkah dia ingin melangkah masuk kawasan rumah itu, terdengar namanya dipanggil.

"Rina?"

Rina mengalihkan pandangan ke arah suara itu. Eh!

"Aryan." Langkahnya dihentikan. Senyuman dihadiahkan kepada lelaki itu yang segak berbaju kurta biru gelap dan wanita di sebelahnya. Adik mungkin kerana wajah mereka seiras.

"Seorang?" Soal Aryan. Rina hanya mengangguk.

"Ni Khairina kan?" Bisik Aryana di sebelah. Aryan yang mendengar kata - kata adiknya itu pantas menunjal dahi gadis itu. Sibuk je! Nasib Rina tak dengar.

Selepas saja kejadian di pusat membeli - belah haritu, Aryana sering mengejeknya dengan nama Khairina.

"Tak nak kenalkan ke?" Soal Rina bila melihat dua beradik itu seperti hendak bergaduh. Aryana yang berada di sebelah tersenyum kemenangan.

"Ni Aryana Nafeesa, my sister. My annoying sister actually." Aryana melopong. Kasarnya cara kenalkan dia. Khairina hanya ketawa, teringat ketika dia memperkenalkan Aidil kepada Farah.

"Khairina, just call me Rina. " Tangan dihulurkan, Aryana pantas menyambut huluran tangan itu dengan senyuman.

"Dahlah, sampai bila kita nak berbual dekat pagar ni?" Tegur Aryan. Rina yang seakan tersedar tentang keberadaan mereka itu  pantas mengajak dua beradik itu masuk.

***
"Kak Rina, dah lama ke kenal dengan abang Aryan?" Soal Aryana sebaik saja Aryan meminta diri untuk ke tandas.  Kesempatan yang ada harus digunakan sebaiknya. Sengaja digelarkan kak Rina, lebih sopan katanya.

"Taklah. Baru kenal berapa minggu lepas, sebab dia kawan kepada kawan akak." Ramah Rina membalas. Bersyukur dia ada juga peneman, tak adalah dia berseorangan di kenduri itu.

"Ouh tapi gaya macam lama dah kenal." Rina mengerutkan dahi.

"Nampak macam dah kenal lama?" Soal Rina. Soalan itu dibalas anggukan.

"Abang Aryan ni, dia jenis susah nak rapat dengan orang sebenarnya. Tambah pula lepas dia dah putus tunang dengan kak Betty, memang susah betul dia nak ngam dengan orang."

Jeda. Rina mengerutkan dahi. Susah nak rapat dengan orang? Setiap malam mesej dia pun susah nak rapat dengan orang ke?

"Tapi dengan Kak Rina lain. Dia nampak selesa dengan Kak Rina. Macam ada something kinda weird with my brother when he see you." Sambung Aryana lagi.

Rina pantas menggeleng sambil tertawa kecil. Baru kenal beberapa minggu tak mungkin lelaki itu menyukainya.

"This is our second meet. There's nothing between me and your brother." Kata Rina, cuba meyakinkan gadis itu. Aryana tersenyum, mungkin gadis di hadapannya itu tidak faham.

"Yana tak kata yang Kak Rina dengan Abang Yan ada something. Yana maksudkan, abang ada perasaan dekat kak Rina, since your first meet." Berterus terang. Tiada langsung berselindung gadis itu meluahkan.

Rina ketawa kecil. Impossible! Sekali jumpa dah suka, gila!

"That is impossible Yana, abang yana tu baru jumpa akak untuk kali kedua, tak mungkin semudah tu jatuh cinta." Rina cuba menidakkan. Sungguh, dia tak selesa.

"I know him well. I can see that he is so in love with you. Trust me." Aryana tidak mengalah. Dia ingin gadis di hadapannya ini percaya dengan kata - katanya.

"Do you believe in love at first sight?" Soal Aryana apabila Rina hany mendiamkan diri. Gelengan diterima sebagai jawapan. Aryana mula mengangguk faham. Dia tahu mengapa gadis itu tidak setuju dengan kata - katanya.

"That is the reason you don't believe that Abang Yan has feeling towards you."

Rina terdiam. Wujud ke love at first sight?

Cinta Yang Terpendam✔Where stories live. Discover now