Bab 15 : night walk

171 10 0
                                    

Rina perhatikan sekilas jam digital di atas meja sisinya. Dah 3.27 pagi dan di atas katil ini dia masih belum mampu melelapkan matanya. Ini semua kerana kejadian minggu lalu. Sudah seminggu dia sukar untuk tidur selepas saja terjaga dari pengsannya di hospital tempoh hari.

Aidil. Lelaki itu menghuru harakan perasaannya. Lelaki itu menyiksa hatinya.

Dia perhatikan pakaiannya ketika ini, baju tshirt lengan pendek bersama seluar tidur. Diperhatikan pula balkoninya yang tidak ditutup dengan langsir. Langit yang gelap hanya ditemani dengan bulan tanpa bintang menarik minatnya.

"Night walk." Gumam Rina sendirian sebelum dia terjun dari katil dan menuju ke almari. Tudung dan sweaternya dicapai.

***
Rina menghentikan keretanya di tepi tasik itu. Sunyi. Diperhatikan jam tangannya. 3.40 pagi, memang tak ada siapa nak datang tepi tasik pukul 3 pagi, kecuali seseorang yang cukup gila sepertinya.

Bangku yang sama didudukinya bersama Aidil tempoh hari ketika hari lahirnya diduduki . sejuk yang mencengkam tubuhnya sedikitpun tidak dihiraukan.

Biarlah dia jatuh sakit, dia tidak kisah lagi. Biarkan penyakit dia semakin teruk, dia tidak ambil peduli. Dia terasa seperti hatinya ditoreh - toreh dengan kata - kata Aidil.

"Sebab kau aku sanggup abaikan Farah , tapi kau, kau kata apa eh semalam? Erm, aku baru lega demamlah, nanti berjangkit pula dengan kau. And now you're here with this person that i don't even know who he is. Kau letak mana nilai persahabatan kita? Dekat tapak kaki ke? Ke dalam tong sampah je?"

Selepas sahaja Aidil berlalu meninggalkan dia bersama Dr Irwan, langsung tiada mesej masuk dari lelaki itu seperti selalu sehinggalah malam ini. Tiada satu pun kata maaf dari lelaki itu, mungkin dia memang maksudkan kata - katanya.

Rina tersenyum hambar, Aidil dah nak kahwin bersama buah hatinya. Hujung bulan ini, yang berbaki hanya beberapa hari saja lagi.

Rina buka pouch bagnya. Gambar polaroid yang memaparkan gambarnya bersama Aidil dipandang.

We keep this love in a photograph
We made this memory for ourselves
Where our eyes are never closing
Hearts are never broken
Times forever frozen still

So you can keep me
Inside the pocket of your ripped jeans
Holding me closer till our eyes meet
You won't ever be alone
Wait for me to come home

Airmata yang menitis diseka. Gambar itu diperhatikan lama, wajah aidil yang tersenyum.

Dia akan tenang kalau wajah itu yang terpamer ketika kali terakhir dia bersua muka dengan Aidil, tapi wajah yang kecewa yang ditonjolkan ketika kali terakhir mereka bersua.

Gambar tadi disimpan dan diganti pula dengan kad jemputan. Aidil dan Farah.

Mimpinya menjadi realiti. Tidak 100% mengikut mimpinya, tapi sebahagian darinya. Air mata setia menemaninya ketika ini.

Dia penat. Penat dengan permainan dunia. Penat untuk menjaga hati orang lain ketika hatinya sendiri tenat. Penat dengan sakitnya yang sering membuatkan dia terasa dirinya insan yang sangat lemah. Sungguh dia penat.

"Jangan putus harapan Rina. Allah tu tempat mengadu. Allah tu yang menentukan segala yang terjadi dalam hidup kau selama ni. Kau hanya hamba, kau tak layak persoalkan apa yang ditakdirkan untuk kau."

Matanya redup memandang bulan di langit. Tetap bercahaya walaupun hanya dikelilingi oleh kegelapan.

"Dari Allah kau datang dan kepada Allah juga kau kembali. Percayalah bahawa setiap yang bernyawa akan menemui mati." Gumamnya sendirian. Ayat itulah yang sering dipegangnya sejak mendapat tahu tentang penyakitnya.

Rina bangun dari duduknya lalu jalan bersebelahan tasik sambil memeluk diri.

Air mata yang dari tadi tidak henti turun dibiarkan. Biar malam ini dia hamburkan semua tangisannya.

Even a superwoman deserves to cry.

Kata - kata Aryan membuat Rina tersenyum. He is such a good listener and motivater.

Jam tangan diperhatikan. 4.28 pagi. Lebih baik dia pulang sebelum ada yang sedar ketiadaannya di rumah.

***
Rina perhatikan kalendar. Esok Aidil dan Farah akan bernikah. Rina tarik nafas dalam, penat dia rasakan walaupun hanya untuk bernafas.

Air mata yang sudah penat mengalir tidak lagi mengalir. Dia redha, bukan jodohnya bersama Aidil. Dilihat lagi keadaan dirinya ketika ini, sungguh menyedihkan. Wajahnya sudah hilang seri, dari berwajah bulat kini mencengkung. Badanya juga berkurang beratnya.

Ya Allah, biarlah aku sempat melihat rakan baikku melafazkan akadnya. Andai waktu itu kau ingin tarik nyawaku, aku rela Ya Allah.

Baju yang sudah elok dia seterika dipandang. Dia tidak sabar, meskipun hubungan mereka sudah renggang tetapi lelaki itu tetap mengingatkannya supaya datang.

Aidil tak bencikannya. Mungkin kecewa yang membuatkan lelaki itu berjauh hati dengannya. Atau mungkin kerana lelaki itu sibuk menyediakan persiapan majlis.

Nafas dihela berat. Ya, dia redha.

Cinta Yang Terpendam✔Where stories live. Discover now