Bab 10 : suprise

155 11 0
                                    

Rina berjalan sambil memerhati merpati dua sejoli di hadapannya itu. Perlu ke ajak dia keluar dating? Sakit tahu tak, sakit! Bukan sakit fizikal tapi hati dia ni.

Bila ditanya kenapa ajak dia, jawapan yang sangattt memuaskan hati diberikan.

Yela , mana baik dating berdua nanti ada yang ketiga. So kami bawalah kau, supaya kau jadi yang ketiga.

Korang jalan berdua depan aku, pastu dibiarkan aku jalan seorang dekat belakang. Bawa yang ketiga sangatlah.

"Aku nak pergi tandas jap. Korang pergilah jalan berdua dulu." Farah yang tiba - tiba bersuara membuatkan Rina terpinga - pinga. Gila ke apa suruh aku jalan dengan pakwe dia yang sengal ni?

"Rina, aku berterima kasih sangat dekat kau. Sebab atas bantuan kau, aku dah dapat dia." Tutur Aidil dengan senyuman di wajah setelah Farah hilang dari pandangan. Dapat dilihat kebahagiaan terpancar di wajah itu.

Rina hanya senyum sambil mengangguk. Malas hendak berkata - kata.

"Jom pergi kedai makan tu, kejap lagi aku whatsapp Farah bagitahu kita dekat situ."

Rina hanya menurut langkah lelaki itu memasuki restoran itu. Restoran baru mungkin, sebelum ni tak pernah pula dia lihat.

Masuk sahaja ke dalam restoran itu, sunyi. Pekerja tiada, malah pelanggan pun tiada.

"Aidil, mana pekerja? Seorang pun tak ada." Rina bersuara meluahkan kehairanan di dalam hati.

"Entah." Aidil menyimpan senyum. Rancangannya perlu terus dijalankan walaupun wajah Rina sudah berkerut seribu.

Sebaik terpandang figura yang berada di luar restoran itu pantas Aidil mengangguk. Rancangannya yang telah dirancang selama 2 minggu itu perlu dilaksanakan dengan jayanya.

"Suprise!!!"

Rina tergamam. Dia perhatikan sekeliling, farah bersama kek di tangannya. Bukan sahaja Farah, tapi juga semua ahli keluarganya dan ahli keluarga Aidil berada di situ. Di tangan setiap orang memegang belon helium yang memenuhi ruangan itu.

"Korang berdua tipu aku! Aku ingatkan korang dah lupa. Semalaman aku tunggu korang wish, tapi tak ada satu pun dari korang." Marah Rina sambil mengesat air mata yang sudah tumpah. Terharu!

"Kenalah tipu, barulah menjadi suprise ni." Balas Aidil sambil ketawa. Kepala Rina diusap, tak mungkin dia akan lupakan hari lahir kesayangannya ini. Farah yang berada di situ hanya tersenyum, dia dah biasa dengan kemesraan mereka.

"Amboi - amboi, mesra nampak." Tegur Puan Sri Azalia. Sengaja ditegur walaupun dia tahu sangat kemesraan di antara mereka berdua.

Aidil dan Rina hanya tersenyum. Dia bahagia dapat meluangkan masa bersama ahli keluarga dan yang tersayang.

"For your information, ni restoran baru aku dengan Farah. My share partner. Memang tak ada pekerja lagi, saja buat suprise birthday kau dekat sini, upacara merasmikan kononnya." Bisik Aidil bila teringatkan soalan Rina tadi.

Rina hanya mengangguk. Patutlah sepi sangat.

"Hey birthday girl, datang potong kek."

***
Rina dan Aidil duduk berduaan di tepi tasik itu. Cari ketenangan dan dibiarkan ahli keluarga mereka berbual di dalam restoran itu.

"Bila aku tengok tasik ni kan, aku teringat cerita heart." Rina memulakan perbualan. Heart, cerita kegemarannya dijadikan topik perbualan.

"Bila Farel naik sampan dengan luna, Rachel cuma mampu tengok dari jauh sambil tahan sakit hati dia. Dia sakit tengok kebahagiaan diorang tapi dia  pentingkan kebahagiaan  Farel berbanding kebahagiaan dia sendiri." Sambungnya lagi.

Diluahkan perasannya namun tidak secara terus terang. Tasik yang damai itu dipandang kosong. Andai sahaja Aidil sedar bahawa dia meletakkan drinya di tempat Rachel itu.

"Kau ni memang addicted sangat dengan cerita indonesia tu kan?" Kata Aidil sambil ketawa kecil. Walaupun dah berpuluh kali Rina menonton cerita itu, berpuluh kali juga dia akan menangis.

"Iyelah, sebab aku rasa aku macam duduk dekat tempat Rachel." Bila tersedar dia terlepas kata, pantas dia mengemam bibirnya. Harap lelaki itu tidak sedar akan kata - katanya.

"Duduk dekat tempat Rachel?"

Argh, mampus. Apa dia nak tipu ni?

"Iyelah, Rachel kan macam kasar, rapat dengan lelaki, sama macam aku, kan?"

Fuhh. Nasib ada idea nak bohong.

"Ouh. Ha'ah betul tu. Tapi sebab tulah aku selesa dengan kau." Kata Aidil sambil tersenyum. Tak pernah bosan dia pandang wajah itu walaupun sudah berbelas tahun.

"Aidil, andai satu hari nanti aku dah tak ada, kau sedih tak?" Entah mengapa tiba - tiba saja soalan itu terpancul dari mulutnya. Aidil yang tadinya memandang tasik kini mengalihkan pandangannya kepada Rina, tajam.

"Kau dah kenapa cakap macam ni? Kau tahu kan aku tak suka kehilangan?" Suaranya naik seoktaf. Geram. Melihatkan wajah Rina yang bersahaja membuatkan dia lagi geram.

"Setiap nyawa akan merasai mati , Aidil. Mana tahu hari ni kita boleh borak sama - sama, hari esok kau kena datang melawat kubur aku." Kata Rina tak beriak. Senyuman hambar dia pamerkan.

"Nur Khairina Afisa, drop this topic. Aku tak nak dengar." Wajahnya ketat. Dia maksudkan kata - katanya.

"Aku cakap benda betul Aidil. Jodoh, ajal dan maut semua dekat tangan Allah. Kalau satu hari nanti aku tak ada, aku tak nak kau sedih. " lembut suaranya. Malas hendak bertekak dengan lelaki itu.

Aidil terdiam. Suara Rina seperti...pasrah?

"Kenapa tiba - tiba je kau cakap macam ni?" Soal Aidil. Tidak mahu marah gadis itu, dia mahu gadis itu bahagia pada hari lahirnya.

"Sebab kita tak tahu kita hidup sampai bila." Satu ayat memberi maksud yang mendalam bagi Rina. Senyum dia lemparkan kepada tasik.

Aidil memandang wajah Rina dari tepi, tersenyum saja gadis itu memandang tasik.

Rina, jangan buat aku risau.

Cinta Yang Terpendam✔Where stories live. Discover now