Aidil memandang dirinya melalui pantulan cermin. Baju melayu serba putih yang tersarung di tubuhnya membuatkan perasaan berdebarnya semakin meninggi.
"Goodluck bro." Adha adiknya bersuara. Aidil hanya mengangguk sambil tersenyum. Cuba membuag jauh - jauh perasaan debarnya.
"Along." Aqmal pula bersuara. Aidil pantas mengalihkan pandangan ke arah adik bongsunya itu.
"Rina datang?" Soalnya. Dia tahu perihal pergaduhan abangnya bersama sahabat baiknya itu, tambahan pula memang dia rapat dengan Rina.
"Kau dah kenapa tiba - tiba tanya pasal orang yang dah tipu along? Rosak mood kau tahu tak." Marah Adha namun langsung tak diendahkan oleh Aqmal.
"Along, kau tak jawab soalan aku pun." Aidil menghela nafas berat. Macam mana dia nak tahu kalau chat yang dihantar olehnya malam semalam untuk mengingatkan gadis itu tentang majlisnya hanya mendapat balasan bluetick sahaja.
Aidil hanya mengangkat bahu. Malas hendak menjawab.
"Along, dah siap? Jom."
***
"Aku terima nikahnya Farah Halina binti Hazwan dengan maskahwinnya 300 ringgit tunai.""Sah?"
"Sah."
"Sah?"
"Sah."
Tangan ditadah berdoa. Aidil berpusing ke belakang melihat Farah sekilas sebelum dia memerhati sekeliling. Mencari di mana empunya diri yang ditunggunya.
Tiada.
***
Air mata Danial jatuh. Badan Rina yang berselirat dengan wayar itu meruntun hatinya. Keadaan gadis itu sangat lemah ketika mereka dalam perjalanan ke rumah keluarga Farah."Rina, tolong kuat. Lawan sakit kau. Aku sakit tengok kau sakit Rina." Katanya sambil air matanya tak henti jatuh. Dia seorang yang lemah bila berdepan dengan Rina, ya hanya dengan Rina membuatkan dia lemah.
Rina hanya mendengar sambil matanya terbuka kecil. Dia tahu itu Danial, sedang menangis untuknya.
"Da..nia..al."
Danial pantas mendekatkan dirinya dengan Rina. Hendak dengar dengan lebih jelas.
"Am...bi...ikk sam..pul surat da..lam..beg.. Bagi Aidil." Lemah. Nak bercakap pun dia merasakan dirinya tak kuat.
Beg tangan yang dari tadi berada di atas meja sisi katil dia ambil lalu dicari sampul surat yang dimaksudkan. Sebaik menjumpai surat yang diberikan Pantas dia mengeluarkan dari beg tangan itu.
"Aku bagi nanti eh. Bila kau dah stabil." Rina menggeleng. Dia tak mahu lengahkan masa.
"Sekarr...rang."
Danial mengangguk. Tidak mahu Rina menggunakan tenaganya yag tinggal hanya untuk bergaduh dengan dirinya.
***
"Ha datang pun kau." Kata Aidil smbil tersenyum apabila melihat Danial munculkan diri di hadapannya."Aku tak nak muncul punlah dekat sini. Aku datang pun bersebab." Serius. Nada lelaki itu seperti marah membuatkan Aidil bengang.
"Kau dah kenapa nak marah?" Suaranya naik seoktaf tapi masih dikawal kerana masih ada segelintir saudara - maranya yang belum pulang meskipun majlis sudah tamat.
"Kau tanya aku kenapa nak marah - marah? Sebab kau! Sebab kau Rina jadi macam tu."
Aidil mengerutkan dahi sebelum ketawa sinis.
"Jadi apa? Pembohong? Tipu aku kononnya demam padahal keluar jalan berdua dengan jantan lain. Dekat hospital pula tu! Entah drama apa yang dia buat." Katanya lagi sambil merengus.
Danial mengetap rahangnya. Nasiblah Farah tak ada dekat sini, kalau tidak dapatlah dia tengok suami dia berubah jadi syaitan!
"Nur Khairina Afisa penghidap Chronic Mieloid Leukemia stage 4. Dia tipu kau hari tu sebab dia pergi hospital untuk kemoterapi, bukannya lebihkan jantan lain lebih dari sahabat sendiri yang macam kau tuduh tu. Lelaki yang kau nampak tu Doktor irwan, doktor yang menguruskan dan merawat dia.
Kau tahu tak, tak cukup dengan dia tahan sakit yang berpunca dari penyakit dia tu, dia kena tahan lagi sakit dekat dalam ni. Sakit bila sahabat yang dia percaya, yang dia harapkan selalu ada untuk dia ni akan percayakan dia tapi tak, kau tuduh dia melulu." Danial menunjuk dadanya. Mahu lelaki itu memahami maksudnya.
Air mata lelaki danial jatuh. Sungguh, dia tak mampu bayangkan betapa kuatnya seorang gadis seperti Rina masih menyayangi lelaki di hadapannya ini meskipun terlalu banyak kali lelaki itu menyakitkannya.
"Kau tahu tak betapa hancurnya hati aku tengok dia menangis sambil dia cerita, kau langsung tak bagitahu dia yang kau rancang nak kahwin. Kau tak bagitahu dia langsung walau dia orang yang bantu kau dapatkan Farah.
Kau tak rasa bersalah ke? Tak rasa sekelumit pun bersalah ke belakangkan orang yang selalu tolong kau tu." Ditunjal kasar dada Aidil. Lelaki itu diam, matanya berair. Menerima sahaja tolakan kasar dari sahabat baiknya dulu.
"Betapa terlukanya hati dia. Tambah lagi bila kau baling tuduhan tak berasas dekat dia. Kau kata dia tak hargai dan abaikan persahabatan korang tapi kau bagitahu sapa yang abaikan siapa sekarang? Siapa yang belakangkan siapa sekarang?" Suaranya tidak lagi dapat dikawal. Sungguh dia kecewa. Kecewa kerana menganggap Aidil akan melayan Rina dengan baik, tetapi tidak! Pandangan orang yang berada di sekeliling mereka, langsung tidak dia hirau.
"Kalau betul dia tak belakangkan persabahatan kami, kenapa dia tak bagitahu aku dia sakit?" Soal Aidil dalam sedu. Air matanya galak turun, langsung tak berhenti. Walaupun dia kecewa Rina menipunya tapi perasaan sayangnya terhadap rina tidak pernah berkurangan.
"Sebab dia tak nak ganggu kebahagiaan kau dengan Farah. Dia tak nak kau lebihkan dia dari Farah walaupun hati dia sakit tengok kau dengan Farah.
Kau tak sedar ke perasaan dia terhadap kau selama ni? Buta ke kau tengok cara dia layan kau, cara dia tolong kau, cara dia habiskan hari - hari dia dengan kau. Buta ke kau langsung tak sedar semua tu?" Lirih Danial bersuara. Dia tidak mahu bergaduh. Bergaduh bukanlah cara terbaik untuk selesaikan semua ni.
"Dia bagi dekat kau." Sampul surat itu dihulur dan dicapai oleh penerima. Tidak betah lagi dia di situ.
"Rina dalam keadaan tak stabil sekarang. Kalau kau rasa kau nak tengok dia lagi, pergi sekarang. Hospital Jaya tingkat 3 , bilik no 21."
Tanpa menunggu sambungan pantas dia lari meninggalkan rumah itu. Langsung tidak diendahkan panggilan ahli keluarganya. Rina lebih penting ketika ini. Keretanya meluncur laju di atas jalan raya. Langsung tidak dihirau keselamatannya ketika ini.
Pin!!!
"Argghh!" Kereta yang hilang kawalan itu terus merempuh tiang lampu.
YOU ARE READING
Cinta Yang Terpendam✔
Losowe((COMPLETED)) Andai pengorbanan yang diperlukan dalam sesebuah percintaan, aku sanggup berkorban demi melihat senyuman di wajah kau Aidil. - Khairina Ya , dia sanggup berkorban demi orang yang dia cinta. Walau banyak cinta yang mendatang, tidak satu...