Bab 13 : Deserves to cry

160 9 0
                                    

Rina perhatikan Aryan yang berada di sebelah. Entah apa yang merasuk lelaki itu tiba - tiba je ajak dia keluar. Siap nak berjemput bagai.

Diam. Tiada tanda dia hendak bercakap.

"Dah sampai." Rina perhatikan luar. Tasik, tempat yang sama dia berbual dengan Aidil ketika hari lahirnya.

"Jom." Pintunya telah terbuka. Eh bila Aryan keluar?

Tanpa banyak soal dia keluar dari kereta Nissan Almera itu. Satu kawasan yang telah dihias cantik menarik minatnya.

Tikar yang terbentang bersama canopy kecil terletak elok di tepi tasik itu. Kawasan yang gelap itu dicerahi dengan fairylight yang melingkari canopy kecil itu. Yang paling menarik minatnya adalah makanan yang tersedia di atas tikar itu. Argh excited.

Mereka berdua berjalan ke tempat yang tersedia itu lalu dilabuhkan punggung mereka di situ.

"Aryan, kenapa awak buat semua ni?" Soal Rina. Tolonglah apa yang dikatakan oleh Aryana sebelum ini hanya andaian gadis itu. Tolonglah jangan kata Aryan memang menyimpan perasaan dekat dia.

"Sebab awak special."

Satu ayat itu sahaja membuatkan Rina keras membatu. Tak, dia tak bersedia untuk menerima kenyataan ini.

"Jomlah makan." Ajak Aryan bila melihat Rina membatu. Ya dia tahu keputusannya ini terlalu cepat, dia tak sempat kenal dengan lebih mendalam pun gadis itu.

Tak salah berkenalan lebih mendalam lepas dah ada hubungan kan?

Sepanjang mereka menjamah makanan yang ada, sepi menyelubungi mereka. Hanya dengar bunyi kunyahan masing - masing sahaja. Tiada satu perkataan pun keluar dari mulut mereka.

"Sedap. Siapa masak?" Soal Rina memulakan bicara bila dia terasa keadaan mereka sangat krik - krik.

"Saya dengan Yana, excited dia tu nak menolong." Kata Aryan sambil tersenyum. Terhibur mengingatkan sikap adiknya itu.

"Hiasan ni semua?" Soal Rina lagi. Kalau Aryan mengatakan dirinya melakukan semua ini Rina pasti akan mengaguminya.

"Suprise planner."

Rina tarik balik kata - katanya. Bila difikirkan balik, dia perhatikan kawasan yang terhias indah tu.

"Awak sanggup tempah suprise planner untuk night picnic kita ni?" Soal Rina sambil ketawa kecil. Kelakar juga night picnic tepi tasik ni.

Anggukan diterima sebagai jawapan. Rina terharu, walaupun mereka tidak mengenali satu sama lain lelaki itu sanggup berhabis duit hanya untuk satu malam ini. Satu malam yang mungkin dia akan rosakkan sekejap lagi.

"Rina."

Rina yang tadinya sibuk memandang tasik pantas memandang ke arah empunya suara itu.

Aryan mengeluarkan sebentuk cincin di hadapan Rina. Dari duduk silanya tadi, dia melutut. Rina terpaku, terulang semula apa yang difikirkannya tadi. Dia akan rosakkan malam ini.

"I know this is quite fast for us because we don't know each other."

Jeda.

"Would you be the one who will always there with me through thick and thin?"

Nafas ditarik dalam. Rina tidak suka hendak melakukan ini tapi dia terpaksa.

"I'm sorry." Itu sahaja yang terpacul keluar dari mulutnya. Sungguh dia tak sanggup untuk meneruskan kata - katanya.

Aryan yang sepertinya bersedia untuk jawapan itu pantas menarik senyum hambar. Cincinnya tadi dimasukkan ke dalam poket seluar semula.

"Saya faham. Saya takkan paksa. If there anything you would like to share, I'm here, lending my ears for you, as a friend."

Cinta Yang Terpendam✔Where stories live. Discover now