Cik Rina dah sampai hospital ke? Saya minta maaf , saya lewat sikit. Terbangun lewat tadi.
Whatsapp dari Dr Irwan Rina pandang sekilas. Enjin kereta dimatikan sebelum dia keluar dan mengunci keretanya itu.
Perlahan - lahan dia mengatur langkah masuk ke dalam hospital itu.
"Doktor." Panggil Rina ketika ternampak kelibat doktor muda itu. Dr Irwan yang sangat tidak asing dengan suara patient nya itu pantas berpusing.
"Eh saya ingatkan Cik Rina dah lama sampai, tak sangka pula datang sama waktu." Kata Dr Irwan ramah.
"Doktor ingat doktor je ke boleh terbangun lewat? Saya pun boleh la." Balas Rina juga. Lalu ketawa mereka berdua terhambur. Faktor usia yang sebaya mungkin membuatkan mereka cepat selesa antara satu sama lain.
"Erm so how today? Ready for the chemotherapy?" Soal Dr Irwan bersemangat. Rina hanya tersenyum sambil mengangguk lemah.
"Doc, is it normal if we just had a small cut but too many blood came out from it?" Soal Rina. Hairan juga , jarinya hanya terkena sedikit hirisan pisau tetapi darahnya terlalu banyak.
"It is normal untuk penghidap leukemia. That's why untuk penghidap leukemia macam Cik Rina kena ikut arahan kami supaya tak buat kerja - kerja berat. Susah sangat ke nak ikut, Cik Rina?" Senyuman diberikan. Bukan senyuman ikhlas tetapi lebih kepada untuk memerli gadis yang berjalan beriringan dengannya ketika ini.
Rina tersengih sambil menggaru kepala yang tidak gatal. Tiada jawapan yang hendak diberikan untuk doktor muda itu.
Pap! Pap! Pap!
Mereka berdua beralih ke punca bunyi itu. Rina terlopong. Aidil. Lelaki itu sedang bertepuk tngan sambil memandang sinis ke arahnya. Emm nope, bukan ke arahnya, tetapi ke arah dia dan doktor irwan.
Dia teringat kembali perbualannya bersama Aidil semalam. Dia mengatakan bahawa dia tidak sihat kepada lelaki itu. Tambahan pula dia berduaan dengan dokfor irwan. Aduh mampus.
"Ada lagi benda yang kau tipu tapi aku tak tahu? Kalau ada bagithu sekarang , aku sedia meminjamkan telinga aku." Mukanya serius smbil matanya tajam menikam mata milik Rina. Langsung tidak dihiraukan jururawat dan pelawat yang fokus kepada mereka berdua.
"Err, I can explain this." Langkahnya didekatkan dengan lelaki itu. Cuma jarak dua tapak saja dari lelaki itu.
"Explain apa benda? Demam? I call your brother just now untuk tahu perkembangan kesihatan kau, tapi apa yang aku dapat sebagai jawapan? Demam? Sejak bila dia demam, tak silap aku tadi dia keluar." Balas Aidil. Ditiru juga intonasi Khairul ketika dia menelefon beberapa minit lalu.
Rina kehilangan kata - kata. Adakah dia patut berterus terang tentang sakitnya?
"Sebab kau aku sanggup abaikan Farah , tapi kau, kau kata apa eh semalam? Erm, aku baru lega demamlah, nanti berjangkit pula dengan kau. And now you're here with this person that i don't even know who he is. Kau letak mana nilai persahabatan kita? Dekat tapak kaki ke? Ke dalam tong sampah je?"
Rina menggengam penumbuknya. Ingin sahaja dia tampar mulut lelaki itu ketika ini kerana sesuka hati menuduhnya dengan tuduhan yang langsung tak berasas. Tak pernah sekali pun dia rendahkan nilai persahabatan mereka. Tak pernah , walau sekali pun.
"Aku kecewa dengan kau Rina. Serius, aku kecewa." Rina pandang tepat mata itu. Ya, Aidil kecewa dengan dirinya. Jelas ditunjukkan oleh matanya.
Diam. Rina tak membalas walau sepatah. Hatinya terluka, terluka dengan kata - kata rakan baiknya yang selama ini bersamanya hampir 12 tahun.
"Aku nak kau ada waktu tu." Lemah sahaja suara Aidil sambil menghulurkan sampul surat yang tadinya dikeluarkan dari pouch bag. Seperti orang pasrah, hilang harapan saja dia berkata.
Sebaik Rina menerima huluran sampul surat itu, Aidil melangkah pergi dan langsung tidak berpaling.
Sampul surat itu dibuka perlahan - lahan, tidak dihiraukan Dr Irwan yang menunggunya di situ. Mimpinya malam itu mula menjenguk minda, tolonglah jangan kata mimpi tu jadi kenyataan.
Walimatul urus Aidil dan Farah.
Badan Rina melorot jatuh menyembah bumi. Lemah.
"Nurse." Jerit Dr Irwan bila melihatkan Rina yang sudah terbaring di situ.
***
"Macam mana boleh pengsan sampai kena postpone kemo ni?" Soal Danial. Sungguh dia terkejut bila datang saja diberitahu bahawa Rina dimasukkan ke dalam wad kerana pengsan."Dia jumpa Aidil, if I'm not mistaken his name."
Dengar sahaja nama itu Danial terdiam. Rina yang terbaring lemah di atas katil itu dipandang.
"Apa yang jadi?" Soal Danial perlahan sambil matanya tetap fokus kepada Rina yang terpejam saja matanya.
"They had a fight. Maybe Rina tipu dia. Kalau tak silap, Rina elak untuk jumpa dia cause harini ada kemo." Danial mengangguk faham. Cuma salah faham.
"Takkan sebab tu je?" Soal Danial lagi. Tak mungkin hanya kerana salah faham itu Rina terbaring lemah di atas katil hospital itu ketika ini.
"Ni." Sekeping sampul surat dihulur. Sebaik diterima pantas dia membuka isi sampul surat itu.
"Astaghfirullahalazim." Mukanya diraup. Patutlah terus lemah keadaan Rina. Kad tadi dimasukkan semula ke dalam sampulnya lalu diletakkan di atas meja sisi katil.
"Kalau tak ada apa - apa you may leave. I want to be here." Dr Irwan hanya mengangguk sebelum melangkah keluar dari bilik yang menempatkan Rina itu.
"Kesian kau Rina. Kenapalah Aidil tak pernah sedar betapa sayang dan cintanya kau dekat dia." Kata Danial sendirian. Jatuh simpatinya kepada gadis itu.
You'll be okay and I'll always be there for you.
YOU ARE READING
Cinta Yang Terpendam✔
Random((COMPLETED)) Andai pengorbanan yang diperlukan dalam sesebuah percintaan, aku sanggup berkorban demi melihat senyuman di wajah kau Aidil. - Khairina Ya , dia sanggup berkorban demi orang yang dia cinta. Walau banyak cinta yang mendatang, tidak satu...