Seperti biasa , setiap kali semester baru bermula pasti Nurul Airisz Amelia akan di hantar oleh ibubapanya ke Universiti. Disebabkan kali ini merupakan semester akhir untuk Airisz berada di u ini, lagi panjang lebarlah bebelan daripada abah dan umi tersayang.
"Ingat pesan umi, barang2 kamu jangan biar bersepah. Belajar elok2."
"Ya, umi. Adik janji sem ni takde barang hilang dah, adik dah pandai jaga dah" balas Airisz sambil tersengih dengan pesanan khidmat masyarakat Puan Fatimah. Secara jujurnya, sekali saja barangnya hilang itupun cuma pengecas telefon kerana dia tergesa-gesa ingin pulang ke rumah pada semester lepas. Sebabnya? Sudah lama tidak berjumpa anak buah kesayangannya seorang itu. Mungkin tercicir di tangga kampus, entahlah.
"Yelah tu , kamu tu kalau tak barang hilang tak sah. Kalau ada suami, suami pun boleh hilang agaknya." perli Puan Fatimah.
"Eh umi ni, kalau suami adik pandai lah jaga. Takpe banyak lagi masa nak belajar tak hilang suami, adik tak jumpa lagi lelaki yang adik nak." jawab Airisz selamba. Ha dari pasal barang hilang tiba-tiba pasal jodoh. Reda sajalah Airisz.
"Nak umi carikan ke?" Balas Puan Fatimah dengan teruja. Memandangkan anak dara seorangnya ini tidak pernah membawa mana-mana lelaki berjumpa dengan dia dan suaminya, kali ini biarkan saja dia menolong. Risau juga anaknya jadi loner berjaya hingga meningkat usia.
"Boleh jugak umi, cari yang hensem tau pastu caring pastu bekerjaya pastu pandai jaga hati pastu boleh imamkan solat pastu...."
"Sudah la tu Airisz , tak payah nak berangan. Entah ada ke tidak calonnya, macam tak kenal umi kamu yang kawan-kawannya semua sudah bermenantu." ujar Encik Azman sambil memandang isterinya.
"Sebab tu kakak saja suruh umi carikan hihi." ujar Airisz dengan mencomelkan wajah memandang uminya. Takut juga kalau uminya berubah menjadi harimau.
"Eh abang ni, kalau saya jumpa calon karang abang jangan terkejut pulak ya." balas Puan Fatimah, tidak mahu kalah.
"Hm yela mah." balas Encik Azman. Malas mahu buat drama di parking yang berhadapan dengan rumah sewa anak dara dan rakan-rakan seperjuangannya itu.
Airisz hanya tersengih melibat ayahnya yang malas mahu besarkan hal begini. Nak tahu kenapa? Sebab ayahnya masih menganggap dia kecil lagi. Anak bongsu lah katakan.
"Dah, Airisz belajar rajin-rajin, jaga solat dan baca quran. Abah tahu kamu tahu membezakan yang mana baik yang mana buruk, jadi jagalah diri baik-baik, ingat umi abah kemanapun kamu pergi ya? Kalau boleh dapatkan dekan lagi ya macam sebelum ni ? Kalau nak duit belanja bagitau abah" pesanan demi pesanan dari Encik Azman sambil memeluk anak daranya seorang itu.
Airisz yang membalas pelukan ayahnya hanya mengangguk.
Setelah siap bersalaman dengan ahli keluarganya seperti biasa, Airisz melambai tangan sambil melihat kereta abahnya berlalu dan terus masuk ke dalam rumah sewa. Dia sudah tidak menangis lagi, tetapi Puan Fatimah? Nangis. Mana tidaknya, tempat untul melepaskan bebelan hilang seorang lagi. Tinggal suami tersayangnya saja, anaknya seorang sudah berkahwin sudah pasti duduk di rumah sendiri manakala seorang lagi sentiasa sibuk dengan kerjanya.***
"Weh, malam ni nak makan apa ? Nak makan luar ke macam mana." tanya Amira yang merupakan sahabat baik Airisz.
Airisz dan sahabat baiknya 2 orang itu, Amira dan Najlaa tinggal bertiga di rumah sewa mereka. Mereka bagaikan adik beradik , sejak kenal dari semester 1 ketika mereka diploma sehinggalah sekarang mereka semester terakhir untuk degree. Tak logikkan? Tetapi rezeki mereka begitu. Itulah kawannya untuk bergaduh, menangis, ke kuliah dan sebagainya.
YOU ARE READING
Mr.CEO Itu Suami Aku
Romancepertemuan seorang lelaki dan seorang perempuan di sebuah restoran telah meninggal kan kenangan yang buruk bagi mereka berdua.Namun takdir yang menemukan mereka berdua membuatkan mereka perlu untuk kekal bersama tanpa rela tetapi masing - masing meny...