Bab 4

8.5K 179 3
                                        

"heyy , habis baju aku" suara lelaki yg terkena sabun itu kedengaran dingin.

Airisz yang gelabah terus menarik tisu disebelahnya dan cuba untuk mengelap baju lelaki tadi tanpa memandang wajah lelaki tersebut.

Mikael yang menahan marah terus menghamburkan amarahnya dengan menolak pertolongan wanita yang menyebabkan bajunya kotor "ehh dh tak payah sibuk nak tolong bagai , first time guna sabun kat kedai ke ye pun excited takpayah la sampai nak kena kat orang" sambil memandang perempuan di hadapannya itu. 'muka lawa dh , tapi pahal cari pasal dgn aku. Wait , muka dia mcm aku pernah tengok. Sape eh ? Ahhh lantaklah yg penting dia dh kotorkan baju aku' getus hati mikhael sambil memandang tajam ke arah perempuan itu. Pantang betul dia kalau orang kotorkan bajunya.

'eh aku macam budak2 ke tadi ? Terkinja kinja ke nak guna sabun tu ey mamat ni kang. Aku sula kang. Kena sikit je pun. Macam la aku tuang sabun tu kat baju dia. Over lebih' kutuk Airisz di dalam hati.
"Err , maafkan saya pakcik saya mengaku saya salah" ujar Airisz sambil membuat muka comelnya dengan harapan lelaki tersebut menerima maafnya. Well dh kita buat salah kena la mintak even benda sikit dh kita salah.

"Hello , abah kauu nk panggil aku pakcik. Aku yg banyak punya hensem ni kau panggil aku pakcik. And , takpayah nak buat muka comel fikir comel ke please la ergh" ujar Mikael sambil membasuh bajunya yg terkena sabun itu sambil menjeling wanita dihadapannya. 'ye memang comel, tapi aku pantang kalau baju aku kotor kau salah time la budak comel nak buat muka tu' kata mika dalam hatinya.

"Oh sorry Encik harimau , eh Encik hehe. Saya mintak maaf eh ? Err , tapi for your information mmg saya excited nak guna sabun ni tadi yela kat rumah saya takde bekas mcm ni biasa pakai sabun 'buku' tu je. Sorry sampai terkena encik pulak almaklumlah excited maaf ya ?"kata Airisz sambil tersengih. Fuhh sejak bila Airisz pandai bagi ayat macam ni dekat lelaki biasanya dia lemah lembut je.

"Hish apa2 jelah , kang jadi hal besar pulak aku malas nak besarkan.Ye pun jakun jgn la tunjuk sangat" ujar Mikael dengan wajah sinisnya lalu terus beredar ke meja selepas siap membasuh tangannya.

'apa masalah mamat ni , heish aku buat kerja gila kang aku belum pernah buat idea jahat yang sentiasa masuk kat kepala aku ni' ujar Airisz di dalam hati sambil membasuh tangannya menggunakan sabun yang penyebab pergaduhan tadi berlaku. ''haih sabun, sbb kau la jadi macam ni cuba senangkan kerja org takpayah la nak susah sangat keluar kan dh kena baju mamat gila tu. Ye pun nak kena, kena la kat baju jodoh aku ke kan baik tu takde nak marah2 kat aku macam ni. Jodoh aku kan baik orgnya.Benda kecik chill la" bebel Airisz sambil menyumpah seranah pada sabun yg tidak bernyawa itu. Nasib baik tempat basuh tangan itu jauh dari orang , agak tersorok kalau tak mesti dia dah jadi pelakon terkenal dengan fans2 di kedai tersebut menyaksikan pelakonan hebat dari dia dan mamat sengal tadi.

__________________________________

Setelah Mikael sampai di mejanya tadi dia terus duduk dengan muka bengang di tayangkan. Terserlah jawline nya.

"Eh bro apa jadi , pahal ni baju basah. Muka kau yang tak hensem lagi tambah tak hensem dh nii. Why ?!" soal Danish dengan memandang pelik pada Mikael.

Harraz yg tergelak sikit dengan ayat Danish , juga menunggu jawapn dari Mikael.

"Ada monyet kat tempat basuh tangan tadi , habis baju aku" ujar Mikael sambil tunjuk bajunya yang basah.

"Monyet mana pulak kau ni ? Aku tengok kat sini semua badan takde pun yang berbulu" soal Danish , pelik.

Baru Harraz ingin membalas
tiba2...

Mikael terasa ada cecair di kepala dan wajahnya. 'Shit'.

"Ni makannya, cakap aku monyet bagai. Eh brader benda tadi takde pun besar sangat. Kena sikit jekan. Ha hambik kau nak sangat baju kotor. Ni aku dh bagi ni, puas tak ? Ke nak lagi ?" Ujar Airisz yang tangannya mempunyai air tembikai laici yg di pesannya tadi. Pada mulanya Airisz ingin melupakan pergaduhan tadi tetapi bila dengar Mikael kata begitu fuhhh memang teringin idea jahat dia. Woww, sejak bila berani sangat ni Airisz. Jangan sangka air yang jernih tiada buaya. Eh author karut apa ni.

Mira dan Najlaa yang sedang melahap makanan itu terus pergi ke arah Airisz , mereka sangat terkejut. Airisz tak pernah buat begini , macam dah kena sampuk dah kawan baik mereka itu.
"Woo wooo , pahal ni risz" soal Najlaa sambil memegang itu dengan matanya terarah ke lelaki yang mencari pasal dengan member nya. 'ni mamat hensem tadikan duhh , apa dia buat ni sampai airisz naik angin gini' bingung Najlaa.

"Shit , ey monyet betul manusia ni. Habis rambut aku gilaaa" jerit Mikael dan terus bangun untuk membalas dendam. Tangannya sudah menyambar air kepunyaan Danish.

"Ehh bro , rilek aa ni perempuan wei lawa ni. Benda boleh settle. Air aku ni wei ye pun amik air kau" Ujar Danish cuba menarik air kepunyaannya di tangan Mikael. Ciss , dh kalau kaki perempuan tu nampak je perempuan lawa. Ni la lelaki , ehh author pulak over😂 okay2 taktak.

"Wait2 , Mira ?" Harraz menegur studentnya. Nama Mira jugak yang naik. Amboi Harraz.

"Err , sir Harraz ?" Balas Mira sambil matanya melilau pandang ke arah 3 jejaka di hadapannya. 'kau gaduh dengan member Sir do Airisz atoto bkn ashe2' bisik Mira di hatinya.

"Ha bagus la , dorang ni student kau raz. Boleh la kau ajar sikit monyet ni eyy"tempik Mikael sambil membetul betulkan rambutnya yang melekit dengan kasar.

"Hak alah kau harimau jadian , ingatkan nak kotor banyak aku bagi la. Ni marah jugak adumak" jerit Airisz sambil memandang tajam ke arah lelaki tersebut. 'aishh pahal comel pulak aku tengok mamat ni bila ceni' amboi Airisz tengah marah boleh lagi tu puji.

Danish dan Najlaa hanya menyaksikan mereka.

"Ahhh dh la aku nak balik jom raz , nish." Ujar Mikael dengan letakkan duit rm100 di atas meja itu. Lalu , terus memulakan langkahnya untuk ke tempat parking kereta. Hilang moodnya untuk menonton wayang.

"Sorry ya Airisz , Mikael tu memang tak boleh bawak bincang pasal barang dia kalau kotor" Harraz memohon maaf bagi pihak kawan baiknya.

Airisz hanya diam. Dia dah sedar dia sudah terlanjur melakukan idea jahatnya. Rasa seperti ada orang lain yang mengawal dirinya tadi. Tapi , nasi dah jadi bubur nak keraskan pun tak boleh nanti tak sedap ye dokkk. Lalu, dia hanya mengangguk dan tersenyum hambar.

"Kami mintak maaf juga ya Sir Harraz." Ujar Najlaa pada pensyarahnya dengan senyuman yang menampakkan lesung pipitnya.

Danish yang ingin beredar terhenti apabila nampak lesung pipit Najlaa. Haih Danish nii mata tuu cocok satgi.
"Issokay, lupakan je pasal tadi takde apa yg perlu diperbesarkan pun. Actually, awak yang cakap sorry tadi. Cantik lesung pipit , we got to go bye. Hope we will meet again"gedik betul Danish ni membalas.

Selepas menggeleng dengan ayat Danish Harraz menyambung"Okay girls, saya gerak dulu. Take care." sambil matanya terarah ke arah Mira dengan senyuman terukir. Lalu, dia pun memulakan langkahnya ke parking kereta. Harraz ni pun, dh berjangkit dengan Danish ke nii.

Mereka bertiga hanya mengangguk dan membalas senyuman.

"Weh asal do Airisz cuba cerita kat kitorg" kata Mira sambil menarik tangan Airisz untuk duduk dimeja mereka tadi. Nasib baik pekerja kedai ini tidak menghalau mereka.

"Nanti aku cerita, jom blah balik rumah aku tak selesa"ujar Airisz sambil menarik tangan 2 kawan baiknya. Merah mukanya menahan malu. Ye, tadi memang dia tak jadi pelakon. Tapi sekarang, dia seolah olah heroin yang sedang bergaduh dengan heronya secara tidak sengaja dan terus disaksikan dengan 'fans2' baru mereka. Kesilapan besar yang dia pernah buat seumur hidup .
__________________________________

"Lorhhh memang patutla mamat tadi tu kena gitu" ujar Mira selepas mendengar penjelasan dari Airisz.

"Arghh, tapi aku bodoh kenapa sampai buat dia macam tu. Kenapa aku boleh hilang sabar tadi ? Haih" Airisz menghamburkan keluhan.

"Ehh , tapi srs do aku tak sangka cane kau boleh jadi centu do tadi Airisz. Selama ni kau tak berani" ujar Najlaa.

"Tah la doo , sian mamat tu. Aku rasa nak minta maaf la kat dia. Cane eh ?" Airisz mula ingin menangis. Dia rasa dia malu dengan diri sendiri.

"Takpe la weh , esok cer try tanya sir Harraz tu. Tu kan member dia. Kau cakap la kat Sir kau nak jumpa mamat tu. Nak mintak maaf" Najlaa memberi idea sambil menggosok belakang badan Airisz. Mira hanya mengangguk, setuju dengan cadangan Najlaa.

"Ehh ha ah kan ? Esok korang teman aku eh?" Muka Airisz ada sinyum lepas mendengar cadangan Najlaa.

"Tadehal ayang" serentak Najlaa dan Mira membalas.

Airisz terus hilang rasa ingin menangis tadi.

...Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang