Bab 23

8.4K 213 60
                                        

"macam mana life dah ada orang rumah ?" Soal Harraz.

"Hm , so far good." Balas Mikael bersahaja sambil melayan telefonnya.

"Asal macam tak ikhlas?"

"Entah lah. Dia still tak cerita benda2 penting kat aku. Aku suami dia."

"Contoh ?"

"Kau tahu kan pasal mamat yang  aku cerita suka kacau Airisz tu ?"

"Ohh yang kau cerita tu kan. Aku perhati juga dalam kelas. Tapi aku tak selalu nampak Adam tu kacau Airisz dalam kelas aku."

"Dalam kelas memang tak. Tapi member dia cakap jantan tu selalu kacau Airisz lepas habis kelas."

"Airisz tak cakap pape kat kau ?"

Mikael menggeleng.
"Benda penting kan ?"

"Awal - awal lagi. Dia segan kot"

Mikael mengangkat bahu bersama keluhan perlahan.

"Kau sayang dia ?"

"Isteri ? Siapa tak sayang ?"

"Cinta ?"

"Awal lagi"

"Jangan ego Mika. Lain jadi nya nanti." Harraz menepuk bahu Mikael dengan wajah yang serius.

"Okaylah , aku nak tengok dorang. Aku datang sini nak ambik kotak ni je. Buatlah bilik aku ni macam bilik sendiri ya." Kata Harraz lagi.

"Macam biasa ah bro. Cara cakap macam first time aku bertandang kat sini. Lecturer2 kat sini pun aku dah hafal nama" tempat dia selalu meluangkan masa dengan Harraz dan meluah perasaan jika tiada masa untuk keluar kemana mana. Takkan dia tak biasa.

Harraz mengangkat keningnya.
"Kak mah yang mana satu ?"

"Alah senang. Yang dua mata satu hidung satu mulut tu kan" kata Mikael dengan riaknya.

"Ha ahh yang tulahhhhh. Wowww tahu bhaii" Harraz memerli.

Mikael tersengih sambil mendabik dada.

"Eh dah la. Aku layan kau , kesian budak2 aku tak cukup barang nak buat props. Kay chaww" sempat Harraz menunjal kepala Mikael.

"Tengokkan bini aku oii. Jangan tengok Mira je" Mikael tersenyum senget.

Harraz yang mahu menutup pintu biliknya menunjuk penumbuknya.

Mikael menghamburkan tawanya perlahan. Bosan juga sebenarnya duduk dibilik itu. Sejak dia balik tukar pakaian kerjanya , terus dia datang ke situ. Senang nak ambil Airisz. Alang - alang Harraz pun terlibat untuk uruskan mereka.
__________________________________

"Mira tolong ambilkan gunting"

"Mira tolong sini kejap"

"Mira cat kotak yang ni jap"

Amira mengukir wajah hambar di hadapan Airisz dan Najlaa apabila asyik namanya sahaja di petik setelah siap melakukan kerja yang disuruh Harraz .

Airisz dan Najlaa mengamburkan tawa.

"Tulah , siapa suruh tak berlakon. Tengok kitorang" kata Najlaa.

"Takdelah , orang lain ramai lagi kot. Nak aku juga" bebel Amira melepaskan geramnya.

"Kau kena faham , sir Harraz tu nampak kau je." Ujar Airisz sambil berhigh-five dengan Najlaa.

Amira menggulingkan matanya.

"Kau perasan tak risz. Bila sir Harraz panggil Mira. Mesti kerja yang dia suruh tu yang dorang kena duduk rapat. Macam Mira akan tak lari dari pandangan dia lah" ujar Najlaa setelah  meminum air.

...Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang