"Mika amik kau kat rumah sewa kita kan." Ujar Najlaa yang sedang memandu untuk pulang ke rumah sewa.
"Hm." Airisz mengangguk.
Radio berkumandang lagu Sufian Suhaimi iaitu di mata mu.
Dan tak seharusnya aku ,
Bertemu dirimu di dunia ini.Sedang Airisz melayan perasaan tiba - tiba telefon bimbitnya berbunyi menandakan ada mesej masuk.
Adam sewel :
Video.Berkerut dahi Airisz melihat mesej tersebut.
"Korang." Airisz menyuakan telefonnya pada kawan baiknya 2 orang itu.
"Apa tu ? Aku takleh fokus drive ni." Kata Najlaa bersama kerutan di dahi.
"Adam hantar video. Taktahu video apa." Balas Airisz.
"Dengar sini Airisz , kita tengok tapi kau jangan percaya terus. Aku rasa dia saja je ni nak kacau rumah tangga kau." Kata Amira tegas.
Airisz memainkan video tersebut. Alangkah terkejutnya apabila di dalam video tersebut Mikael sedang memeluk Naddy setelah tersenyum memandang antara satu sama lain. Airisz terkesima. Apa semua ni Mika ? Awak tak buat kannn. Kenapa aku rasa sakit ni ?
"No no. Kau bluetick je chat dia Risz. Lagi kau balas lagi dia seronok." Arah Amira.
"Ey bila nak sampai rumah ni. Geram pula aku tak boleh tengok." Bebel Najlaa yang sedang memandu.
"Aku taktahu aku rasa apa sekarang." Ujar Airisz perlahan. Ya Allah tolong beri petunjuk untuk semua ni. Aku tak nak nangis benda yang tak sahih.
"Ya aku tahu hati kau tengah sakit Airisz. But , Mika bukan macam tu weh." Kata Amira sambil mengusap lengan Airisz memberi kekuatan.
"Don't put trust for someone 100% Airisz. Lagi - lagi orang luar macam Adam tu. Tengok boleh percaya jangan." Kata Najlaa.
Airisz mengangguk lemah.
"Finally sampai. Mana video tu ?" Soal Najlaa tanpa tunggu lama.
Airisz menyuakan telefonnya pada Najlaa.
Najlaa menggeleng - geleng kepala melihat video tersebut.
"Something wrong here. Aku rasa something tengok video ni."Airisz mengangkat bahunya. Tahan mata tahan ! Jangan nangis.
"Jom lah masuk dulu." Kata Amira sambil membawa barang - barangnya untuk di bawa masuk ke dalam rumah.
Belum sempat Airisz menjejakkan kaki ke dalam rumah itu ,
Pin pinnn. Bunyi hon di hadapan rumah sewa mereka.Serentak 3 orang perempuan itu menoleh.
Kereta pegeot 3008 suv Mikael sudah berada di hadapan rumah sewa mereka.
Airisz memberi senyuman janggal pada kawan - kawannya. Mereka mula salam dan berlaga pipi seperti biasa.
"Ingat pesan kitorang. Tanya elok - elok. Aku percaya Mika bukan macam tu." Kata Najlaa dan memberi pelukan untuk menyalurkan kekuatan pada Airisz.
"Inn sha Allah." Airisz membalas pelukan itu.
"Everything gonna be alright Risz !" Amira juga memeluk Airisz.
"Okay aku gerak dulu. Korang take care okay duduk rumah." Pesan Airisz dan melangkah untuk memasuki perut kereta Mikael.
Najlaa dan Amira menunjuk jari tanda 'ok' dan melambai tangan pada Airisz.
__________________________________
YOU ARE READING
Mr.CEO Itu Suami Aku
Roman d'amourpertemuan seorang lelaki dan seorang perempuan di sebuah restoran telah meninggal kan kenangan yang buruk bagi mereka berdua.Namun takdir yang menemukan mereka berdua membuatkan mereka perlu untuk kekal bersama tanpa rela tetapi masing - masing meny...