Bab18

7K 216 26
                                        

"kita tunggu ibu bapa kamu berdua sampai" ujar seorang lelaki yang merupakan ahli jabatan agama islam.

Airisz dan Mikael menunggu dengan hati yang berdebar - debar.

Airisz menangis teresak - esak.Malu weh kena tangkap basah. Mikael tu dah la anak Dato'. Semoga umi dan abah percaya bila aku cerita perkara sebenar.

"Dah buat benda tak elok , pastu baru reti nak menangis" kata seorang wanita berumur lingkungan 40an pada rakan sebelahnya yang perwatakannya seperti seorang penyapu sampah memakai uniform bertulis 'cleaner' di belakang bajunya. (Ada eh ? Hahah bantai jela)

Airisz memandang tajam ke arah wanita itu. Eyy , makcik ni elok kau boleh balik berjalan jadi mengesot kang. Aku tibai kang. Masalahnya , aku tak buat benda tak elok punnnn !

"Biarkan dia Airisz. We know the truth.Mesti ada hikmah" mikael memujuk. Walaupun hakikatnya ingin sahaja memaki hamun orang JAIS ini , terang lagi bersuluh mereka tak buat apa2 tapi dia perlu be professional.

Airisz tersenyum hambar bersama esakan.
"Awak ni chill je , ke awak yang buat report semua ni ?" Airisz mula berfikir negatif pada Mikael.

"Only god know what i feel. Paling penting , its not me Airisz. I will never do this stupid thing. If I want you , terus je hantar meminang kat aunty Fatimah dengan Uncle Man" Mikael balas riak wajah yang cuba di kawal. Dia pun risau. Siapa tak risau kena macam ni ?

"Yelah tu , awak ri..rilek je" Airisz memandang Mikael yang berada di hadapannya dengan tajam.

"Kalau saya menangis teresak - esak pun , benda dah jadi Airisz. Selagi saya mampu kawal saya kawal. Saya pun ada hati dan perasaan. Tapi , apa boleh buat ?" Jawab Mikael dengan getaran.

Airisz terkedu , lalu cuba berhenti menangis. Kalau Mikael boleh kawal takkan aku tak boleh ? Aku kena kuat ! Aku kena tunjukkan yang aku tak bersalah ! Stop it mata !

"Lagipun , kalau saya nangis. Habis lah sifat maskulin saya. Buat malu je lelaki menangis. Jatuh maruah saya" sambung Mikael lagi.

Airisz mengelap air matanya dan menggulingkan bebola matanya. Baru Airisz ingin kagum dengan Mikael. Ceh , control macho tul mamat ni.

Mikael ketawa kecil melihat perbuatan Airisz. Hilang debarnya seketika.

Airisz mengerut dahi. Aku perli dia kot. Dia gelak ?

"Lagi better control macho kan dari menangis beria macam orang tu"

Airisz memandang hambar. Jebon , cane dia tahu aku kata dia control macho ? Aku cakap kuat ke tadi ? Takkan. Siap perli pulak tu , mangkuk tul.

Baru Airisz ingin membalas ,

"Mika , apa jadi ni ?" Soal Dato' Rahman termengah - mengah akibat berjalan laju. Terkejut dia apabila Mikael menelefonnya beritahu dia berada di mahkamah kerana ditangkap khalwat.

Datin Naira menangis sambil menggenggam tangan Dato'Rahman untuk mendapat kekuatan. Dia tak sangka perkara ini terjadi. Mikael takkan buat perkara terkutuk itu ! Dia tahu anaknya macam mana.
"Mika , ka..kamu tak sa..salahkan sayang ?"

Airisz tertunduk. Mesti Aunty dgn uncle pandang rendah pada aku.

"Mika tak.." belum sempat Mikael ingin membalas.

"Ai..Airisz !! Apa ni ? Kamu tak buatkan benda ni ?" Jerit Puan Fatimah pula. Juga bersama tangisan.

Encik Azman yang bersama Puan Fatimah hanya diam.

Airisz tahu , abahnya kalau marah dengan mereka. Dia takkan bercakap dengan anak yang dimarahnya. Kalau di tanya , sepatah sahaja di jawab. Takpun tidak dijawab. Umpama macam orang yang dimarahi tidak wujud di depannya.

...Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang