"2hari Airisz , mama tgk asyik bengkak je mata tu" Datin Naira mengusap lengan Airisz yang sedang duduk menghadap televisyen di ruangan tamu tingkat atas rumah ummi dan abahnya tetapi fikiran menerawang ke tempat lain.
Airisz tersedar dari lamunannya , "Aunty tahu kan susah untuk Airisz terima semua ni"
"Mama sayang bkn aunty. Mama faham , tapi jangan terlampau fikir ya. Nanti jadi benda lain pula" Datin Naira memujuk Airisz yang baru bertukar bergelar menantunya 2hari.
"Mama doakan ya" ujar Airisz sambil memeluk ibu mertuanya.
"Semestinya , Airisz jangan keluar ya dari family kita. Mama tinggal seorang je menantu mama. Arwah suami kakak Mika dah tinggalkan mama" Datin Naira membalas pelukan erat Airisz.
"Inn sha Allah mama" Airisz menahan air matanya. Penat dah nangis !
"Amboii kat sini rupanya kau orang , punya lah ummi cari kat luar rumah" kata Puan Fatimah. Taknak drama air mata terjadi lagi.
Mereka melepaskan pelukan ,
"Saja nak bermanja dengan menantu baru aku ni hehe" ujar Datin Naira.Puan Fatimah dan Airisz hanya tersenyum kecil.
"Ehh Mika mana Airisz ?" Soal Puan Fatimah.
"Errr , taktahu." Balas Airisz bersahaja.
"Lah tak tahu pulak" saja Puan Fatimah menyoal.
"Takpe slow-slow" Datin Naira mengorak senyuman.
Airisz hanya menunduk memandang jemarinya.
__________________________________"Tok ma , tok mi !" Jerit Alisya dalam dukungan Mikael.
"Iya sya sayang" serentak Datin Naira dan Puan Fatimah menyahut.
"Where mami ?" Soal Alisya setelah turun dari dukungan dedinya.
"Mummy dekat dalam bilik" jawab Datin Naira sambil membetulkan rambut Alisya yang diikat ponytail , serabai akibat bergomol dengan Mikael. Saja Datin Naira bertandang ke sini membawa Alisya. Harap Airisz dapat terima Alisya dan Mikael dalam hidupnya. Memang berat untuk terima perkara ini secara tiba-tiba tetapi dia pasti Airisz mampu.
"Oleh sya meet mami ?" Alisya membuat muka kesian.
"Err..." Datin Naira dan Puan Fatimah tidak tahu mahu membalas apa. Takut Airisz tidak mahu jumpa Alisya. Dah lah emosi tidak stabil.
"Jom , come ikut daddy" Mikael mengangkat Alisya semula ke dalam dukungannya dan bergerak ke bilik Airisz.
Alisya tersengih sambil menepuk tangan. Tokma dan Tokmi nya hanya menggeleng kepala dan berharap anak kecil itu tidak dimarahi Airisz.
Sudah 2 hari sejak insiden itu , bilik itu jadi bilik Airisz dan Mikael. Walaupun mereka masih tidak terima hakikat , cakap bila perlu. Airisz tetap memberi Mikael tidur sekatil dengannya tetapi benteng di tengah adalah wajib.
Sampai sahaja dihadapan bilik mereka , Mikael mengetuk pintu dan membukanya perlahan - lahan. Airisz sedang meluangkan masa bersama kucingnya si uteh.
Airisz memandang ke arah pintu dan terhenti usapan di badan uteh melihat Alisya berjalan terkedek - kedek ke arahnya.
"Mami ? I miss you" ujar Alisya sambil menggenggam tangan Airisz.
Airisz tersenyum melihat muka monyok Alisya.
"Mummy miss you too sayang. Meh hug" dia mendepakan tangannya.Alisya terkekek suka.
Mikael menghembus nafas lega apabila Airisz tidak memarahi Alisya.
"Sorry sya , mummy busy nak jumpa sya" tidak kekok Airisz membahasakan dirinya 'mummy' walaupun hanya sekali dia berjumpa dengan budak kecil itu. Ketika dia keluar berjogging bersama angah dan kawan2nya tempoh hari.
