"Awal sampai." Kata Mikael sinis setelah keluar dari kereta myvi milik Airisz.
Bertukar ketat wajah Adam yang menyandar di hadapan keretanya sambil tersenyum bahagia melihat kereta yang baru sampai di hadapannya itu.
"Ap..apahal kau yang datang ?""Kau ingat bini aku nak jumpa kau dekat tempat gelap macam ni." Kata Mikael. Matanya memandang Adam atas bawah. Tubuhnya di sandar di pintu pemandu.
"Kau nak apa ? Suka hati je guna telefon Airisz siap mesej aku." Soal Adam dingin.
Mikael ketawa kecil.
"She's my wife. Suka hati akulah nak guna telefon dia."Adam menggenggam tangannya kuat.
"Buang masa jelah jumpa kau ni. Baik aku balik." Dia mula mengorak langkah untuk masuk ke dalam keretanya."Eh bro rilek aa. Takkan takut kot nak berdepan dengan SUAMI Airisz nih." Kata Mikael dengan senyuman mengejek. Saja ditekankan perkataan suami itu.
Geram Adam mendengar ayat Mikael ,
"Manfaatkan lah title suami kepada Airisz tu. Sampai satu masa aku pula yang galas title tu." Kata Adam sambil ketawa jahat."Ugh ? Berangan ? Tinggi cita - cita kau." Mikael memeluk tubuh memandang manusia kuat berangan di hadapannya.
"Kau nak apa sebenarnya ?" Suara Adam mula naik satu oktaf.
"Aku just nak pesan." Mikael datang dekat ke arah Adam dan menepuk bahu Adam.
"Better kau jangan hantar gambar and video sampah macam tu kat bini aku lagi." Sambung Mikael."Apahal ? kau takut rumah tangga kau kucar kacir ?" Soal Adam dengan jelingan dan senyuman sinis.
"Tak , aku risau Allah tarik nyawa kau tapi kau tak sempat nak taubat sebab nak rosakkan masjid yang orang bina. "
"Huh. Kisah apa aku." Adam menolak tubuh Mikael kasar jauh darinya .
Mikael menahan sabar.
"Aku cakap dengan kau baik - baik ! Kau nak main kasar ?" Matanya tepat memandang Adam. Kalau dalam kartun dah keluar gambar api dah kat mata dia , telinga pun berasap.Adam ketawa jahat.
"Tak bestlah tak main kasar bro."Mikael menarik kolar baju Adam.
Adam cuba menjauhkan dirinya tetapi dia tidak begitu kuat untuk melawan Mikael.
"Takdelah penyabar mana kau ni. Aku baru bagi ayat sikit dah melenting. Kau ingat Airisz suka orang yang macam kau ni ?" Kata Adam dengan senyuman sinis. Dengan kata - kata jelah pun dia boleh lawan sekarang."Lepastu kau ingat Airisz suka perangai kau yang tak matang ni ?" Balas Mikael sambil mencengkam kolar baju lelaki itu lebih kuat.
Adam menolak Mikael sekuat hatinya sehingga Mikael terlepas cengkaman itu lalu terdorong ke belakang sedikit. Kemudian Adam menumbuk Mikael.
Mikael yang hilang sabar mencengkam semula kolar baju Adam dengan pantas. Kemudian memberikan tumbukan padu berkali - kali. Sabarnya sudah hilang.
"Huh , nak ajak main kasar tapi diri sendiri lembik !" Kata Mikael dengan pandangan mengejek apabila Adam sudah terbaring di atas jalan.
"Aku akan buat korang bercerai !" Adam meludah darah yang mengalir di bibirnya dan cuba untuk bangun. Tak mahu kalah.
Sekali lagi Mikael menumbuk lelaki itu.
"It won't happen !"Adam mengerang kesakitan.
"Dah lah Mikael , you have waste your time enough. Airisz tak sepatutnya dengan orang macam kau , kau tak layak. Biar dia bersama dengan orang yang selayaknya , let me take a good care of her." ujar si Adam sambil menahan sakit.
