Bab 32

1.4K 42 10
                                    

As your wish, new chapter.

Keluar sahaja Airisz dari dewan kuliah , matanya terus melilau mencari kereta suaminya. Setelah matanya memandang kawasan berdekatan dengan dewan, terlihat kereta pegeot milik Mikael. Airisz tersenyum nipis namun senyumannya bertukar pudar apabila terdengar beberapa orang mengutuknya.

"Eh dia lah kan yang kahwin basah tu?"

"Eee, pakai tudung je lebih tapi maruah tak reti jaga. Baik buka je tudung tu."

"Tak sangka aku dia tu. Muka je baik, sopan."

Biasalah, gosip yang hangat sebegini rupa walaupun tukang menjaja cerita hanya menjaja di dalam kelas sudah pasti yang kurang suka dengan Airisz menggunakan peluang yang ada untuk menjaja juga. Malas Airisz ingin menyakitkan telinganya lagi. Pantas Airisz bergerak ke arah kereta suaminya dan mengetuk cermin tingkap memandangkan Mikael mengunci pintu.

Mikael yang sedang menunggu Airisz tersenyum. Pantas dia menekan butang kunci penumpang.

Airisz membuka pintu dan pantas menyelinap masuk ke dalam kereta. Tidak sempat Mikael mahu berkata apa-apa, Airsiz terus memeluk Mikael erat. Seerat-eratnya.

Mikael kaku. Sejak bila isterinya pandai peluk-peluk ni?
"Sweetheart, are you okay?" soal Mikael, lembut disertai dahi yang berkerut. Penuh tanda tanya.

Airisz menggeleng dan mula teresak-esak.

Mikael membalas pelukan Airisz sambil menepuk-nepuk belakang isterinya itu, memberi kekuatan.
"Hey, what's wrong?"

Airisz menggeleng lagi. Esakannya semakin kuat. Air mata yang di tahan dari dalam dewan kuliah tadi di keluarkan semahunya.

"Answer me. What's wrong? Kenapa nangis tiba-tiba ni, hm?" lembut suara Mikael menyoal walaupun dahinya berkerut.

"Ssaya tak ku..kuat. Semua pandang serong kat saya. Saya malu Mika malu! Tolong saya." balas Airisz tersedu-sedu. Kepalanya yang tadi di bahu, sudah bertukar berada di dada bidang Mikael.

Bertambah kerutan di dahi Mikael. Tak pernah-pernah Airisz semanja ini dengannya. Pasti isterinya itu betul-betul tak tahan.
"Tell me, siapa yang cakap macam tu? Apa punca manusia-manusia tu cakap macam tu?"

Airisz masih menggeleng dan mengeratkan lagi pelukannya.

"Shh, I'm here. Your husband is here." Mikael menepuk dan menggosok perlahan belakang Airisz. Otaknya ligat berfikir punca air mata isterinya.

Tersedu-sedu Airisz dalam pelukan Mikael. Segala malu segan, di tolak tepi.

Setelah beberapa minit,
"Sweetheart...tell me what happened?" sekali lagi Mikael menyoal. Mengharapkan kali ini di jawab. 

Airisz hanya menutup mukanya di dada Mikael.

Mikael menarik perlahan kepala Airisz supaya memandang ke arahnya,
"Heyy, tell me? Saya taknak awak nangis sekali lagi bila saya tanya awak masa awak dah berhenti menangis nanti. Tell me now, please?" Tepat mata Mikael memandang mata Airisz dengan pandangan yang lembut. Padanya lebih baik Airisz menangis sekali sahaja sampai tenang.

Airisz diam seketika, kemudian
"A..a..dam. Dia bagi..tahu budak kelas yang sa..ya dah terlan.."

Belum sempat Airisz menghabiskan ayatnya , pantas Mikael membalas
"Shh, it's okay. I know now. I will take care of this." Jelas Mikael mengertap rahangnya apabila suaranya yang tadi lembut menyoal bertukar tegas. Tak perlu isterinya menghabiskan ayat, dia sudah tahu permainan lelaki pendek akal itu. Tidak cukup kena belasah, buat hal lagi manusia tu.

Airisz memandang bawah.
"Saya malu..Mika..."

Mikael menarik semula Airisz ke dalam pelukannya.
"Apalah masalah jantan tu?! Tak cukup ke kena belasah?" suaranya naik satu oktaf.

Mr.CEO Itu Suami AkuWhere stories live. Discover now