Bab 10

7.6K 184 2
                                    

Airisz dan 3 orang kawannya turun ke bawah selepas siap membersihkan diri. Mereka terus pergi ke dapur untuk menolong umminya di dapur.

"Ummi , air dah siap ? Meh adik buat"

"Belum , pergilah buat. Amira dan Najlaa korang pergilah ke depan tak perlulah tolong ummi ada 2 orang assistant dah ni" kata Puan Fatimah sambil memuncungkan mulutnya ke arah Fatin dan Airisz.

Amira dan Najlaa tetap menolong dengan menyusun pinggan dan cawan di atas meja makan.

Puan Fatimah menggeleng kepala.

Manakala Airisz membuat Air milo dan kopi.

10minit kemudian setelah sarapan siap , mereka makan bersama sama. Semua ahli keluarga Airisz ada. Amira dan Najlaa juga turut serta di meja makan itu.

"Nak tau tak , tadi aisy kentut waktu tengah mandi dalam tab mandi dia" ujar Aiman sambil ketawa.

Aisy yang tidak faham apa orang cakap hanya bermain dengan kerusi yang dikhaskan untuknya yang mempunyai mainan.

Bergema gelak tawa di ruang makan itu. Airisz dan 2 org sahabatnya itu bertambah gelak apabila teringat saat bom meletup dari Najlaa. Nak aje Airisz cerita tetapi dia taknak pula Najlaa malu.

"Yekee eii cucu atok nii mesti belajar dengan ayahkan"ujar Encik Azman.

"Eyy baik sikit eh" ujar Aiman sambil ketawa.

Sedang semua menikmati makanan , Encik Azman menyoal Airil yang berkerja sebagai pilot. "Eh angah , hari ni kamu takde flight ke"

"Takde abah , harini cuti sementara semua ada kat sini. Lagipun rindu adik gila tu dengan aisy"balas Airil bersahaja.

"Eklemek kalau rindu adik , bawak la pegi makan ke ini tak duduk rumah" ujar Airisz. Memang dia dh lama tak spend time dengan Airil.

"Jom pergi jogging nak ? Skali dengan mira and Laa" ajak Airil. Apabila ada masa ni ,dia nak menggunakannya dengan sebaik mungkin.

"Hek elemak orang ajak pegi makan dia ajak bakar lemak pulak" ujar Airisz sengaja buat - buat menolak pelawaan abangnya. Airisz tak kesah pun sebenarnya.

"Nak ke tak ? Taknak takpe angah tak kesah"balas Airil.

"Yelah yelah , jogging pun jogging la" kata Airisz sambil mencebik.

Airil menghamburkan tawanya begitu juga aiman. Manakala ummi dan abahnya hanya menggelengkan kepala.
__________________________________

"Ummi , mana angah ni kitorang dah siap dah ni. Melayu betul kata pukul 5 gerak ni dah 5:05 minit dah ni"bebel Airisz.

Belum sempat Puan Fatimah ingin menjawab.

"Ha kutuk angah ehh , dah jom"ujar Airil yang turun dari tingkat 2 sambil mengambil kunci keretanya.

Airil tersengih sambil menjelirkan lidahnya.

"Elok2 ni , balik sebelum maghrib" pesan Puan Fatimah.

"Yaa ummi" jawab Airisz dan Airil serentak.

15minit kemudian , mereka sampai di destinasi. Tempat yang mereka pergi memang sesuai untuk berjogging , ada juga taman permainan di situ.

Setelah siap memanaskan badan , mereka mula sesi berjogging bersama sama walaupun hakikatnya nanti lebih banyak berjalan .

Sedang Airisz berlari anak tiba tiba ,
"Adik , berhenti kejap" ujar Airil sambil berpura pura kepenatan dan berjalan ke arah Airisz begitu juga kawan baik adiknya. Dia sudah membuat rancangan bersama Amira dan Najlaa ketika Airisz berada di hadapan yang tidak begitu jauh tadi.

Mr.CEO Itu Suami AkuWhere stories live. Discover now