Bab 26

6.5K 216 19
                                        

"emm sya nak tidur dgn tok abah and tok mi boyyeh ?" Alisya melaga - lagakan jari bersama muka simpati.

"Tak payah buat muka comel sangat lah. Ofc boleh." Airisz mencubit pipi Alisya sambil tersenyum.

"Yeayyy ! Tak payah tidur sorang - sorang." Alisya terkinja - kinja di tengah - tengah ruang tamu itu. Terhalang orang di dalam rumah itu mahu menonton televisyen. 

Encik Azman dan Puan Fatimah hanya menggeleng kepala bersama senyuman melihat telatah cucunya.

"Sya tak suka ke bilik yang daddy hias tu ?" Soal Mikael dengan wajah yang saja di buat serius. Saja ingin tengok reaksi anak kecil itu.

"Ehh cuka laa. Sya caje je nak tidur dgn my grandparents." Alisya naik ke atas riba Mikael dan mencium pipi lelaki itu. Takut merajuk.

Mikael tersenyum.

"Tapi kan , sya pelik tau. Tok abah tokmi , tokpa tokma takde pun letak bantal kat tengah katil. Why mami dedi buat macam tu ? Emm" Soal Alisya dengan dahinya berkerut sambil tangan diletak bawah dagu.

Mikael dan Airisz serentak memandang antara satu sama lain. Habislahh kena bebellll.

"Err." Mikael menggosok tengkuknya. Tak tahu nak kelentong apa.

Puan Fatimah memandang tajam ke arah Airisz.

Airisz melarikan matanya ke arah televisyen. Masak weii !
"Tu mami nak lawan - lawan bantal dengan dedi lah syaa"

"Ohhh.." belum sempat alisya menyambung

"Bila sya nampak ?" Soal Puan Fatimah.

"Kalau sya tak ti..." Mikael menutup mulut Alisya sambil menggeleng.

"Apa dedi nii ?" Alisya menolak tangan Mikael.
"Kalau sya tak tidur dgn mami dedi , sya nak mandi pagi2 mesti nampak. Tapi kalau sya demam ke kalau tidur bilik mami dedi takdelah. Sya tidur tengah hehe." Panjang lebar Alisya bercerita.

Mikael menggaru - garu kepalanya yang tidak gatal.

Encik Azman yang tadi diam tak mahu masuk campur bersuara
"Sya , jom tidur. Dah lewat ni"

"Okay genite mami genite dedi. Sya tunggu tokmi dalam bilik okeyy" Alisya bangun dari riba Mikael dan mencium pipi mummy dan daddynya dengan muka yang ceria.

Encik Azman mengangkat tubuh kecil itu untuk di bawa naik ke dalam bilik tetamu rumah itu.

Hilang saja kelibat mereka ,

Mikael pura - pura menguap
"Ngantuk lah pula." Dan mengorak langkah naik ke tingkat atas. Sorry wifey !

Airisz menjegilkan biji matanya pada Mikael. Mikael hanya tersengih serba salah.
"Dahaga lah pula" belum sempat Airisz bangun ,

"Tak payah nak dahaga pula tiba - tiba ya. Duduk dik" tajam Puan Fatimah memandang Airisz.

Airisz duduk semula. Ish Mika boleh pula larii. Aduuu.

"Betul ke apa yang cucu umi cakapkan tu ?"

"Err.. em ya" Airisz hanya menunduk.

"Umi taktahulah nak cakap macam mana. Umi ingat korang dah elok. Suka hatilah. Cuma ingat , kalau si Naira dan Rahman tahu. Mereka pun kecewa." Puan Fatimah berlalu naik ke tingkat atas.

Airisz menggaru kepalanya. Umi kecewa betul ni. Kalau tak mesti bebel panjang. Tapiii , aku tengah slow - slow terima Mika kottt. Bukannya tak cuba. Hmm.
Airisz menutup semua lampu ruang bawah dan naik ke bilik mereka.

Puan Fatimah naik ke atas katil ,
"Mah tak tahulah bang nak cakap apa dah."

"Takpelah , yang penting Airisz dah boleh terima mereka berdua pun dah cukup elok. Perlahan - lahan tak apa." Pujuk Encik Azman sambil menepuk Alisya.

...Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang