Bab 2

10.7K 233 10
                                    

Mikael masuk ke dalam dewan kuliah dengan penuh tenang seperti kemunculannya amat dialu-alukan. Sempat dia menghadiahkan senyuman kepada mereka yang berada disitu.

"Ehh Mika, asal datang ni?" soal Harraz bersama kerutan di dahi, hairan dengan kemunculan kawan baiknya itu. Tidak pernah-pernah rajin bertandang sehingga ke dewan kuliah, kebiasaannya hanya dibiliknya saja. 

"Sorry kacau korang, err bro aku ada something nak bagitau ni tu datang sini." pantas Mikael menjawab sambil berjabat tangan dan melagakan bahunya sedikit pada Harraz.

Najlaa dan Airisz terpaku melihat kekacakan lelaki di hadapan mereka ini namun tidaklah terlalu jelas sehingga membuatkan Mikael tidak selesa.
'tak cukup diri sendiri hensem, kawan pun kena hensem ke Sir ni.' kata Airisz di dalam hati.

Baru sahaja Harraz mahu bersuara,
"Err...Sir dah siap, nah." Amira menghulurkan semula iphone13 milik Harraz dan bersedia untuk beredar. Tidak mahu lama-lama di situ. Kekok.

"Terima kasih ya Amira, nanti apa2 saya maklum semua kat awak." ujar Harraz dengan senyuman sambil menyambut telefon bimbitnya itu.

"Okay." balas Amira ringkas bersama senyuman yang tidak begitu ikhlas. Tiada hati untuk berlama disitu, pantas tangannya mengajak dua sahabat baiknya keluar.

***

Keluar sahaja dari dewan kuliah, cukup 4 langkah dari pintu dewan kuliah itu pantas Amira meluahkan rasa yang dari tadi ditahannya.

"Weh korangg, macam mana ni aku dah la tak biasa dengan lelaki aduh. Sir Harraz tu hensem je lebih tapi otak takde asal nak pilih aku jugak?" selamba Amira mengutuk. Dia memang tidak dapat bertenang sekarang ni. 

"Ehh kau Mira, suka hati je cakap Sir gitu tak eloklah. Kira bagus la tu mana tau dia boleh ubah diri kau kan ?" pujuk Najlaa sambil tersengih kecil. 

Airisz di sebelah hanya mengangguk.

"Eee aku tak biasa la weh. Aku harap student lain tak marah aku, mana tau dorang terus nak bermusuh dengan aku sebab aku jadi benda tu je kan. Karang timbul aku dengan Sir Harraz ada hubungan, euww tanak aku lecturer sendiri." kata Amira sambil mengharapkan pendapat dari kawannya. Sungguh dia taknak menyerabutkan otaknya dengan perakara yang sebegitu. Orang kata benda kalau boleh elak, kita kena cuba elak.

"Eleh, tiba2 one day korang love each other ayokk. Kalau kau taknak jadi mcm tu baik jangan geli-geli." usik Airisz.  

Amira di sebelah muka dah merah menahan geram. 

" Okay2 tak tak.Rilek Mira, takde apa tu. Kalau dorang nak musuh ke apa ke lantak dorang la yang penting kau tak salah, kitorang berdua sentiasa support kau okey ? Actually, even Sir Harraz tu memang hensem tapi aku takdela minat sangat pun dengan dia entah la, rasa biasa2 je. Mungkin student lain macam aku jugak ? Kita mana tau kan." Airisz cuba memujuk. Faham sangat perangai sahabatnya yang seorang ini. Amira memang begitu kalau dengan lelaki, susah untuk dia bercakap. Sedangkan, ada seorang pelajar lelaki ingin mengorat dia pada semester lepas pun dia tidak melayan mahupun mengeluarkan suara. Sudahnya? Amira di cop bisu. Haha.

"Lagipun, susah nak jaga mulut manusia ni. Boleh gila, tahu? If they want to, then they will. No doubt!" sambung Airisz lagi.

"Betul tu Mira, rilek okay takdenya Sir Harraz tu nak makan kau pun. Kau buat je apa yang dia suruh. Kalau kau segan ke apa ke ajak je, kitorang akan cuba cari masa untuk teman kau. Itulah guna kitorang." tambah Najlaa pula. 

Amira hanya mengangguk dan menarik nafas panjang. Serta cuba untuk bertenang, cuba menerima tanggungjawab yang bakal digalas perlahan-lahan.
"Okaylah, as long as korang ada. Aku tahu aku kuat."

Mr.CEO Itu Suami AkuWhere stories live. Discover now