"Sorry Airisz , our party malam ni tak jadi sebab kena tolong Sir Harraz tu. Lepas siap semua kitorang datang rumah kau." Pujuk Amira sambil menggosok lengan Airisz.
"Eh takpe yang penting kau bahagia dengan Harraz HAHA." Balas Airisz dengan tawa jahat.
"Buat penat aku pujuk lah kau ni." Kata Amira dengan muka geram. Apalah nasib aku ?
Airisz hanya mengukir senyuman.
"Aku pula kena temankan Mira. Mana boleh bagi dia pergi tolong Sir Harraz sorang - sorang. Aku kena kacau daun juga sebelum setan merasuki dorang." Kata Najlaa pula.
"Eh eh kau ? Kau fikir lagu tengah viral bunyi gagak tu ?" Soal Amira.
Najlaa mengangguk sambil ketawa kecil. Airisz juga ketawa sama mengenang lagu tiktok yang entah apa-apa. Gagak pun boleh jadi penyokong latar lagu.
"Apa - apa pun , Happy Birthdayyyy Airisz tayanggggg ! Semoga panjang umur , murah rezeki , sihat selalu. Andd paling pentinggg bahagia with your husband and Alisya !" Ucap Najlaa dan Amira serentak.
Airisz tersenyum ,
"Thankyouu sayanggg korang."Maka , terjadi lah group hug di dalam kereta. Airisz di tempat pemandu , Najlaa di sebelah pemandu dan Amira di belakang.
"Sorry lah , tahun ni hadiah kau takde. Kitorang masing - masing lupa simpan duit untuk hadiah kau." Kata Najlaa sambil tersengih.
Amira mengangguk ,
"Sorry eh ? Kau kan dah dapat suami tahun ni. Tulah hadiah kau daripada Allah. Haa gittew."Airisz mencebik apabila dengar ayat Amira,
"Dia wish birthday aku pun tak.""Oh yeke ? Takkan taktahu ? Takpe kau anggaplah dia dah tua dia lupa." Ujar Amira.
Airisz dan Najlaa tergelak dengar ayat Amira.
"Sorry eh takde hadiah ?" Kata Najlaa lagi.
"Yaaa , ala korang ingat ni pun aku dah bersyukur. Yang penting tahun depan hadiah double. Hahah takdelah." Balas Airisz dengan sisa tawa.
"Amboi hahaha." Ujar Najlaa dan Amira serentak.
Airisz tersengih.
"Okaylah kitorang masuk rumah dulu nak mandi kang nak pergi kolej balik." Pinta Najlaa.
Najlaa dan Amira keluar dari perut kereta milik Airisz.
"Thanks hantarkan. Hati - hati drive. Bye." Pesan Amira sambil melambai - lambai.
"Take care !" Najlaa juga melambai ke arah Airisz.
Airisz mengangguk dan melambai seketika kemudian mula menukar gear untuk mulakan perjalanan mengambil Alisya di rumah mertuanya.
______________________________________Sedang Airisz fokus dengan pemanduannya , tiba - tiba telefonnya berbunyi menandakan ada pemanggil.
Airisz meraba mengambil telefonnya sementara matanya masih fokus pada jalan. Airisz memandang sekilas nama pemanggil jelas tertulis 'mama' iaitu ibu mertuanya. Airisz menekan butang hijau dan butang loud speaker ,
"Hello Assalamualaikum ma." Ujar Airisz sambil meletak telefonnya di atas dashboard kereta. Jadi , tidak lah menganggu fokusnya untuk memandu.
"Waalaikumusalam. Airisz tengah drive ke ?" Soal Datin Naira di hujung talian.
"Ha ah tengah drive nak pergi rumah mama lah ni. Kenapa ?"
YOU ARE READING
Mr.CEO Itu Suami Aku
Romancepertemuan seorang lelaki dan seorang perempuan di sebuah restoran telah meninggal kan kenangan yang buruk bagi mereka berdua.Namun takdir yang menemukan mereka berdua membuatkan mereka perlu untuk kekal bersama tanpa rela tetapi masing - masing meny...