1 bab dulu boleh ? Ke takpe ? Janji pasni update byk2 tautau😘sorry eh buat korang tertunggu - tunggu , busy hm.
Cikpuandatinjoyahjenah HOTZ
Airisz :
koranggg lagi 5minit aku sampai. Tunggu aku kat cafe.Amira :
kitorang dalam kete kat depan cafe ni.Airisz :
Okayy , jumpa nanti joyah joyah kuu.Najlaa :
Cepat sikit Puan Airisz ! Kelas lagi 15 minit.Airisz :
Sod ba ro jebon.Sampai sahaja di kawasan cafe kolej , Mikael berhenti di belakang kereta Mini Cooper milik anak Dato' Khairuddin. Siapa lagi kalau bukan Najlaa. Orang yang paling taknak orang lain tahu keluarganya orang berada. Dia bawa keretanya tu pun sebab di paksa oleh daddynya kerana daddynya merajuk apabila Najlaa tidak mahu membawa kereta yang di belinya.
"Balik pukul berapa ? Saya ambil." Soal Mikael.
"Saya ada dua kelas harini. Kelas lagi satu habis pukul 1 tapii kalau saya suruh Najlaa and Amira hantar saya pukul 6 boleh ?" Airisz membuat muka simpati.
"Susahkan dorang je. Takpe saya ambil awak. Nanti hantar location" balas Mikael. Takpelah , dia nak ada masa dengan kawan dia lah tu. Aku tak boleh kongkong.
"Tapi nanti susahkan awak pulak terpaksa balik kerja terus ambil saya." Airisz mencari alasan. Sebenarnya dia malu , nanti mesti kena sakat dengan 2 makcik joyah tu. Lepas keluar kereta ni pun mesti ada je nak sakat.
"Tanggungjawab saya , Airisz."
"Hm yelah" Airisz menghulurkan tangannya.
"Ni dah kenapa hulur tangan ? Tangan awak lenguh ke ? Nak kena urut ? Nanti saya tanya mama suruh bawak awak pegi spa" kata Mikael bingung.
"Ish awak ni. Saya nak salam la" cemberut wajah Airisz.
"Ohh hehe sorry" Mikael menyatukan tangan mereka.
Airisz mencium tangan Mikael. Walaupun kekok , aku kena salam juga. Dulu salam ummi abah , sekarang kena salam dia. Dia suami kau risz , kau kena hormat dia.
Mikael tersenyum. Airisz tetap hormat dia sebagai suami walaupun belum terima hakikat sepenuhnya.
"Take care , bye." Sempat Mikael menggosok ubun kepala Airisz yang bertudung."Bye" balas Airisz tanpa senyuman dan terus menggalas beg keluar daripada kereta itu. Kekokkkkkk ! Dia gosok tadi , teringat angah. Angahhhh !!! Adik rinduuu😭
Airisz bergerak ke tepi berdekatan kereta Najlaa. Ingin melihat Mikael berlalu pergi meninggalkan asap berkepoi - kepoi.
"Ehh PUAN Airisz kita dah keluar kereta. Buat apa dalam kereta tadi ?" Ujar Najlaa sambil tersenyum - senyum.
Amira ketawa sambil menutup pintu kereta.
"Jebonn , Puan tu cover sikit oii. Lari orang2 yang crush kat aku kalau dengar" Airisz tersenyum kecil.
YOU ARE READING
Mr.CEO Itu Suami Aku
Romancepertemuan seorang lelaki dan seorang perempuan di sebuah restoran telah meninggal kan kenangan yang buruk bagi mereka berdua.Namun takdir yang menemukan mereka berdua membuatkan mereka perlu untuk kekal bersama tanpa rela tetapi masing - masing meny...