Part 3

3.7K 386 17
                                    

Sakinah?

Nain merenung lama skrin telefonnya. Fokus pada nama yang terkandung dalam isi mesej dari Saila.

Sa.

Ki.

Nah.

Satu persatu patah kata nama tersebut diulang dalam kepala. Macam pernah dengar. Riak wajah Nain berubah-ubah seiring dengan perjalanan memorinya. Berkerut dahi, tercebir mulut, terkemut hidung. Baringnya di atas sofa pun sudah tidak selesa. Sekejap mengiring, sekejap menelentang.

Dia baru saja pulang dari janji temu lunch bersama Rania, salah seorang dari cabin crew yang sudah dikenali lama sejak dia menjadi co-pilot dulu. Kebiasaannya, wanita itu yang akan dicari jika dia sudah bosan menghadap celoteh wanita lain di dalam senarai kenalannya. Lebih mudah keluar bersama Rania yang sedar kedudukannya di dalam senarai kepentingan hidup Nain, daripada keluar bersama Darina yang terus mengangkat diri sendiri sebagai teman exclusive Nain hanya dengan satu lunch sahaja. Dua wanita yang sama luarannya. Punya paras wajah dan potongan badan seperti ratu cantik, tetapi hati mereka berbeza seperti langit dan bumi.

Syurga Dunia.

Itu istilah yang ibu Nain berikan pada semua keindahan dunia yang membuatkan Nain lupa pada segala. Awal semasa dia memilih profesion itu, Mariam menentang keras. Bukan pekerjaan juruterbang itu yang menjadi masalah, tetapi sikap Nain yang membuatkan si ibu merasa si anak sedang memilih jalan yang salah.

Anak keduanya yang terkenal dengan sikap lewa itu tidak boleh termasuk ke dalam dunia penuh godaan begitu. Salah melangkah, buruk padahnya!

"Come on Ma ... kalau Nain yang buat, semuanya buruk. Tak elok. Tapi kalau Rie, semuanya elok. Sesuai. Apa ni Ma?"

Terdiam.

Ibunya terus terdiam.

Nain pula, dalam diam menyimpan ketawa.  Puas hati dapat menembak si ibu dengan perkara yang paling dia tahu, sensitif bila sampai ke pendengaran Mariam.

"Ma sayang anak Ma sama rata. Tak ada yang lebih, tak ada yang kurang."

"Oh ya? Dah tu kenapa Ma pilih Rie dulu? Kenapa Ma tinggalkan Nain dengan Pa?" Tak semena-mena marah Nain terusik. Walaupun sudah berpuluh kali dijelaskan keadaan di antara ibu dan bapanya ketika itu, dia tetap berdegil tidak mahu menerima hakikat. Sentiasa menganggap Mariam lebih memilih si abang kerana kasih untuk Nain tidak sekuat sayang kepada Qairie.

"Ya ... Ma yang salah. Ma tak patut tinggal Nain dengan Pa dulu. Ma minta maaf."

Nain menjauhkan wajah bila tangan si ibu tergawang mahu menyentuh pipinya. Tahu hatinya akan terus cair hanya dengan satu sentuhan dari Mariam. Dia tidak mahu kalah!

"Nain tak peduli. Nain tetap akan jadi pilot!"

Seketika, ada rasa terkilan singgah di hati. Tidakkah keluarganya tahu, menjadi seorang juruterbang adalah cita-citanya sejak dari kecil lagi? Setiap kali ternampak kapal terbang sayup kecil di dada langit, Nain tidak pernah gagal menjadi pemerhati setia. Apa saja aktivitinya akan dihentikan  hanya untuk melihat burung besi tesebut sehingga hilang dari pandangan mata.

Siapa saja yang tahu tentang anganan kecilnya itu? Tiada Mariam untuk mendengar celoteh terujanya. Tiada juga abang untuk dia berkongsi cerita. Yang ada cuma Zul Fahmi, Si Papa yang lebih suka melayan seperti Nain adalah anak kecil. Hanya perlu disogok dengan segala jenis gajet untuk menjadi pengganti masa berkualiti mereka.

Apa sebenarnya kunci untuk sebuah kebahagiaan pada pandangan ibu dan bapanya? Adakah cukup ha...

"Key!" Tiba-tiba Nain menjerit kuat. Lantang suaranya kedengaran di dalam rumah bertingkat dua itu.

Nain's Key (✔)Where stories live. Discover now