Part 13

2.8K 374 50
                                    

Kinah diam bermain dengan straw minuman. Dari awal tadi pun, dia langsung tak bersuara. Dibiarkan saja Saila dan Nain bertikam lidah berdua.

Hal keluarga mereka, apa perlunya Kinah masuk campur? Ini pun diringankan juga kaki mengikut kalau bukan kerana Saila merayu dan Kinah sendiri teringat kata-kata Nain di dalam mesej semalam.

Haih ... masalah orang, tapi Kinah pula yang sakit kepala memikir. Dia baru hendak menggeleng kepala bilamana Nain dan Saila tiba-tiba menoleh ke arahnya. Matanya terkejip-kejip memandang dua beradik ipar itu. Kenapa mereka serentak memandang ke arah Kinah?

"Kenapa Kinah?" 

Soalan Saila membuat kerdipan mata Kinah terhenti.

"Ke ... napa apa?"

"Why the sigh?" Nain menjadi tukang sambung soalan Saila. Kuat dan jelas bunyi Kinah mengeluh tadi sampaikan perbualan dia dan Saila terhenti.

Kinah berdeham sekali sebelum membetulkan duduk yang nampak seperti tak bertulang belakang, tunduk melengkung di kerusi.

"Tak ada apa."

"No, no. Do share. Kenapa kau mengeluh?" Perhatian Nain berubah 360 darjah. Dah penat berlawan cakap dengan Saila. Kakak iparnya nan seorang ni, agak susah nak ditekan. Lembut dan naif Saila membuatkan Nain frust sendiri. Sudahnya, perbualan mereka tak akan bertemu titik penutup. Dari tadi pun, Saila asyik mengulang pujuk mengajak dia balik berjumpa Mama. Tak ada point lain nak disebut.

"Fikirkan Saila yang tak tahu erti give up. Dan fikirkan awak yang keras kepala. Sampai bila pun masalah takkan selesai."

"Oh?" Nain ketawa mendengus. Bukannya dia tak tahu Kinah memang jenisnya terlalu berterus terang. Tapi berkali-kali ditembak pun, dia tak pernah dapat mengawal diri daripada rasa terkejut dengan kata-kata yang keluar dari mulut Kinah.

"Aku keras kepala?" Nain mengubah posisi duduk. Tadinya berhadapan dengan Saila. Sekarang dia mahu bertentang dengan Kinah pula.

"Tak betul ke apa yang saya cakap tu?"

"Betul, betul." Nain mengangguk-angguk. Membenarkan apa saja kata Kinah. Lain dari membidas, dia tahu dengan cara begitu pun dia boleh membuatkan darah Kinah naik menggelegak.

Saila sudah menongkat dagu melihat pasangan yang di matanya sangat sepadan itu berbalas kata. Adik suaminya itu mungkin tidak sedar apa yang berlaku setiap kali dia bertemu Kinah. Tapi Saila nampak. Jelas, terang dan nyata. 

Nain nampak 'hidup'. Alive. Kinah yang tidak pernah takut menyuarakan kenyataan membuatkan Nain kebelakangan ini tanpa sedar selalu ditarik untuk kembali ke daerah kelahirannya ini.

"Lain dari keras kepala, apa lagi perangai yang kau nampak dalam diri aku ni?"

Kina diam bertentang mata dengan Nain. Diam itu bukan kerana dia tidak ada jawapan. Tapi kerana dia mahu mencari dahulu sejauh mana Nain ikhlas bertanya. 

"Perasan bagus."

"Emmm ..." Nain mengangguk. Jemari naik mengurut dagu. Gaya berfikir.

"Tak takut buat perkara yang terang-terang salah."

"Wahh ... hebatnya Ustazah Kinah." Nain tinggikan nada. Konon teruja.

"In denial."

Senyuman Nain mati. In denial?

"Tentang apa?"

Kinah tarik nafas dalam. Mula menyesal. Dia tak patut buka mulut. Hal Nain, apa kena mengena dengan hidup Kinah? Mata Kinah melihat ke bawah meja bila terasa sisi pahanya dicuit Saila. Itu tanda amaran atau tanda menyokong?

"Waktu lunch kami dah nak habis. Minta diri dulu." Kinah bangun mendadak. Tak ada cara lain lagi untuk dia mengelak. Ikutkan hati, memang dia hendak berterus terang. Tapi memikirkan ada Saila memasang telinga, dibatalkan semua niat tadi. Tak mahu nanti Saila pulang mengulang butir bicaranya pada Qairie.

"Key." Tajam dan keras suara Nain menyeru. Tangannya bergerak ke depan seperti mahu menangkap lengan Kinah yang baru saja meninggalkan permukaan meja.

"Nain." Suara Kinah bernada amaran. Mata melihat tangan Nain di atas meja sebelum tajam memandang lelaki itu. 

"Kau yang mula dulu." Tangan Nain terkepal. Disalurkan rasa tak puas hati pada genggaman tangan sendiri.

"Awak yang mula tanya." Kinah tak akan mengaku salah. Nain patut tahu setakat mana langit boleh digapai dan sedalam mana bumi boleh digali. Jangan fikir Kinah akan menghidang jawapan untuk setiap soalan yang dilontar. 

"Explain sampai habis. Aku nak tahu." Kepalan tangan Nain kembali longgar. Telunjuknya menjalar ke depan. Pergelangan tangan yang elok tertutup dengan uniform kerja itu menjadi sasaran mata. Nain mula bengang. Dia tak suka pada persoalan yang tergantung. Kinah tak boleh melarikan diri semudah itu saja!

"Tak perlu explain apa-apa pun. Itu point utama, itu juga isi huraiannya." Tangan kiri Kinah naik memegang lengan kanan sendiri. Lihat pada pergerakan mata dan tangan Nain pun dia sudah tahu apa yang lelaki itu hnedak lakukan. Semudah itu saja nak bersentuh dengan bukan mahram? Nain memang suka mengambil mudah soal dosa pahala. Tak hairanlah kenapa Nain semudah itu juga tidak peduli pada rayuan keluarga sendiri.

"Sampai bila awak nak mak awak merayu awak balik?" Akal Kinah akhirnya kalah dalam pergelutan dengan emosi. Kalau boleh Kinah mahu Nain segera sedar dan berubah. Selagi tak selesai, selagi itu lah Saila tak akan penat mengulang sebut masalah yang sama pada Kinah. Tak pernah ada sesiapa mahu berterus terang membidas Nain. Sampai bila Nain nak dibiarkan hidup relax dalam dunia 'selamat' ciptaan diri dia sendiri?

"Kau siapa nak tegur aku?" Cuping telinga Nain mula memerah. Tanda ada marah sedang menjalar naik ke kepala. 

"Awak paksa saya datang temankan Saila, sekarang awak tanya siapa saya?" Hampir saja Kinah mendengus, tapi ditahan. Dia tahu situasi ketika itu tegangnya sudah seperti benang yang ditarik meregang. Sentuhkan sedikit saja mata pisau, pasti akan ada logik yang terputus dari akal.

"Kau bukan siapa-siapa pun dalam life aku. Cuma passerby yang buat aku rasa berminat nak tahu. Jangan sebab aku mesej kau sekeping dua macam tu and bagi kau peluang buka mulut, kau rasa kau special sangat."

Suasana hening seketika. Kinah masih tidak melarikan pandangan dari tikaman mata Nain. 

Saila di sebelah sudah terhenti bernafas. Kelu seribu bahasa. Kinah yang dicerca, tapi mata Saila yang bergenang. Sampai hati Nain!

Tanpa suara Saila menarik Kinah keluar dari restoran tersebut. Dikesat air mata yang hampir menitik. Kerasnya hati Nain. Mungkin benar kata Kinah, Saila sudah boleh berhenti mencuba. Tak perlu membuka peluang untuk Nain menyakitkan hati keluarga mereka lagi.

Sampai ke kereta, langkah Kinah terhenti. Dia menoleh kembali ke arah restoran.

"Tunggu saya dalam kereta." Tak menunggu balasan, Kinah berpatah semula. Baru melintas jalan, Nain sudah berdiri di luar pintu. Memandang Kinah tanpa bergerak.

Bila Kinah naik ke kaki lima kedai, baru Nain kembali bergerak. Langkah mereka sama-sama terhenti bila sudah berhadapan.

.......................

Cukup 999 patah kata (^_^)

Nain, Nain, Nain. It will always be about Nain ....













Nain's Key (✔)Where stories live. Discover now