Dua hari kemudian, wajah kelat Nain sekali lagi menjadi penunggu setia di depan pintu pagar B tempat kerja Saila. Tempoh hari dia sendiri sudah tekad tidak mahu lagi datang ke situ. Kinah berjaya membuat dia jadi malas mahu mengganggu hidup si abang.
Tapi mungkin juga mood ini singgah kerana tidurnya semalam tidak cukup. Otak muddled. Tidurnya jam 2 pagi, tapi jam 6 sudah terjaga disentak sesuatu. Terasa seperti ada sesuatu menghentak dada, membuatkan nafasnya tercekat dan dia terus terjaga. Terpinga sekejap dibuatnya. Dipandang sekitar bilik untuk mencari punca mengapa tidurnya terganggu.
Tak perlu dicari lama pun, jawapannya sudah sampai ke telinga. Bunyi doa yang dibaca dari masjid yang berdekatan dengan rumahnya kedengaran sayup. Perlahan, tetapi jelas dan tajam bunyinya sampai ke telinga. Mungkin kerana suasana pagi yang masih sunyi.
Ya, Nain tahu ....
Nain tahu dia sudah dua hari tertinggal subuh.
Ter?
Rasanya istilah itu tidak sesuai untuk digunakan. Kerana Nain memang sengaja menutup alarm. Pulang jam 2 pagi, masih sempat lagi dia terfikir untuk mengubah setting tersebut. Layakkah untuk dia berkata dia TERlajak tidur kalau dia memang lebih awal sudah berniat begitu?
Bunyi pintu pagar B terbuka mengembalikan semula Nain ke dunia nyata. Dari jauh lagi sudah ternampak gerombolan pekerja di situ berjalan untuk keluar rehat.
Hari ini Saila sendiri yang mengajak Nain keluar makan tengahari bersama. Tak pernah lagi rasanya isteri Qairie aka bekas calon isteri Nain itu mempelawa keluar. Selalunya Nain saja yang tebal muka mengajak.
Nain tahu Saila sentiasa dihurung rasa bersalah setiap kali menerima ajakannya. Tapi dia butakan mata. Selagi Qairie tidak mahu memberi sebarang tindak balas, selagi itu Nain tidak akan putus asa memprovok. Mengganggu si abang memang sudah termaktub di dalam kamus hidup Nain. Tidak boleh dipadam lagi. Sudah sebati.
Tok! Tok!
Tingkap sebelah tempat duduk penumpang diketuk dari luar. Bergegas Nain menekan butang unlock sebelum bersedia dengan senyum manis di wajah. Khas untuk Saila. Tapi bunyi pintu belakang yang dibuka membuatkan senyumnya kiat separuh. Ada dua orang?
Toleh ke belakang, senyuman Nain terus terpadam.
"Hai." Selamba Kinah menegur sebelum memperkemaskan duduk. Wajah terkulat Nain dipandang sepintas lalu sahaja. Tidak berniat mahu memberi penjelasan tentang kehadirannya di situ. Saila yang pandai-pandai mengajak, jadi biar Saila saja yang menjadi tukang beritahu.
"Saya ajak Kinah sekali. Tak apa kan?" Melihatkan perubahan mendadak di wajah Nain, Saila terus tahu yang dia tidak silap memilih. Tekaannya tentang Kinah mampu membuatkan Nain bereaksi lain dari biasa terbukti benar. Dia yakin Nain tidak akan menolak. Sikap gentleman lelaki itu tidak pernah lagi tercalar reputasinya selama ini.
"The more the merrier." Dalam senyum Nain memberi persetujuan. Sedang hatinya sudah menggerutu. Makin bertambah geram bila matanya bertembung dengan mata 'pura-pura tidak faham' Kinah dari dalam cermin pandang belakang.
Kinah membuang pandang ke luar tingkap. Tidak berminat mahu berbual. Hah! Berbual dengan Nain? Langit runtuh pun rasanya lelaki itu tidak akan mahu menjadi lawan berbualnya.
Kinah bukannya busybody. Tak pernah terdetik pun yang dia akan kembali bertentang empat mata dengan Nain. Tapi dia tidak sampai hati mahu menolak ajakan Saila tadi. Beria teman sekerjanya itu merayu mengajak Kinah sebagai peneman. Katanya jika dia seorang, si suami pasti akan membebel.
"Sekali ni saja. Tolong ya Kinah?"
"Kalau wujud 'sekali', lepas ni mesti akan ada juga yang 'kedua kali'." Kering saja Kinah memberi pendapat. Bukannya tidak kasihan dengan si teman. Tapi hakikat adalah hakikat. Tak akan berubah hanya dengan satu pujuk rayu dan janji palsu.
YOU ARE READING
Nain's Key (✔)
عاطفيةSalah satu cabang cerita yang berakarkan Mr.Rie punya Ms.Stress. Kena baca MRpMS dulu sebelum baca yang ini. Tak berkait sangat, tapi perlu baca juga untuk lebih jelas. Excerpt dari cerita : "Kau nak cakap aku ni lelaki jahat?" Nain tuding ke dada s...