Part 25

2.7K 384 78
                                    

Kita selit sikit pasal Tajul. Dia baik guys. Much much better than Nain. 

..................

"Sudi juga Sakinah jumpa saya." Tajul tersenyum senang. Ada rasa hangat menjalar di dada. Gembira dan bersyukur Kinah akhirnya mahu cuba membuka hati. 

"Apa lagi pilihan yang saya ada? Awak push sampai sampai saya dah tak jumpa jalan keluar." Sekali saja Kinah dapat bertentang mata dengan Tajul. Belum pun sempat sebarang rasa menapak, dia sudah melarikan mata. Kekuatan yang ada habis bertempiaran lari bila melihat mata yang penuh dengan harapan itu.

"Sakinah betul-betul dah benci saya? Betul-betul tak ada langsung walau secubit rasa untuk saya?"

Diam.

"Atau Sakinah masih tak dapat buang rasa marah tentang hal dulu?"

"Saya tak marah sesiapa. Siapa kita untuk marah dengan takdir? " Laju Kinah menafi. Benar, dia memang tidak marah. Dia cuma kesal. Sedikit kecewa dengan jalan takdir yang tidak memihak pada mereka.

"Kalau tak marah, kenapa menolak setiap kali saya ajak berjumpa? Bincang tentang hal ni seperti dua orang dewasa?"

"Saya rasa tak berbaloi. Tak ada apa lagi yang boleh dibincang. Tak ada kata sepakat yang boleh dicapai."

"Siapa kata tak ada kata sepakat boleh dicapai?"

"Sejarah lama." Tajam Kinah menyelar. Sama tajam dengan mata yang menyorot wajah Tajul. 

Mata Tajul terkejip-kejip seketika. Diam mencari ayat terbaik untuk dipersembahkan pada Kinah.

"Parents saya dah bagi izin." Perkara ini yang dulu menghalang, jadi perkara ini juga yang akan diberi sebagai pembuka kata mereka hari ini.

"Betul-betul bagi, atau awak paksa?" Bukannya Kinah tak tahu. Ada juga beberapa kali dia terdengar Zarina bercakap tentang Tajul yang berkeras tidak mahu membuka hati untuk sesiapa. Dipujuk dan disogok dengan bermacam cara, lelaki itu tetap teguh dengan keputusannya. Tidak mahu dijodohkan dengan sesiapa kecuali Sakinah, anak arwah Pak Cik Harun. Melainkan Sakinah dulu yang berpaling, baru dia akan cuba membuka hati. Itupun kalau hati mahu mendengar kata.

"Saya tak paksa. Saya tahu kalau saya terlampau memaksa, ke depan nanti semua tu cuma akan menanam perasaan benci dalam hati semua orang."

"Awak buat macam ni pun dah boleh menanam rasa tak senang, Tajul. Awak diam-diam memberontak. Degil awak buatkan orang tua awak terpaksa ikut apa yang awak nak."

Wajah Tajul berubah. Dia tertunduk merenung lantai sebelum kembali memanggung kepala. Riak wajahnya berubah sendu. Nampak sarat dengan rasa yang tak dapat diluah keluar. Tiada sesiapa yang boleh faham melainkan Kinah seorang.

"Saya tak boleh paksa hati saya untuk sukakan orang lain. Sakinah boleh? Boleh lupakan apa yang kita sama-sama harapkan dulu?"

Kinah tergeleng kesal.

"Kita merancang saja, Tajul. Yang tentukan semua tu akan terjadi atau tak, bukan kita."

"Betul. Saya tahu. Tapi tak bermakna saya tak boleh terus berdoa dan berusaha setakat daya yang termampu. Salah ke saya berusaha, Sakinah? Saya berusaha untuk kebahagiaan saya sendiri. Salah ke Sakinah?" Satu persatu Tajul menutur kata. Biar jelas dan tidak disalah tafsir oleh di pendengar.

Terdiam Kinah dibuatnya. Tidak tahu di celah mana lagi hendak diselitkan salah.

"Memang apa yang saya buat nampak seolah-olah saya memaksa semua orang untuk setuju dengan kehendak saya. Tapi cuma saya seorang saja yang tahu, kalau saya tak terus menekan, Sakinah mungkin takkan bagi muka langsung pada saya. Sakinah akan ambil apa saja peluang yang ada untuk terus elakkan diri. Betul kan tekaan saya? Sakinah akan larikan diri selagi ada ruang kan?"

Nain's Key (✔)Where stories live. Discover now