Part 28

3K 277 28
                                    

Nain melihat dari jauh dua buah khemah yang terpasang di seberang jalan.

Kerja gila.

Nain sedang buat kerja gila.

Dengan baik hati menjadi peneman Qairie ke kenduri kahwin Kinah.

Saila masih dalam pantang. Tidak dapat ke mana-mana bersama si kecil Melissa. Jadi Qairie dihantar sebagai wakil. Nain juga mengikut. Tekad hendak membuat a proper closure dengan Kinah. Bab hidupnya yang dipenuhi dengan nama Kinah perlu ditutup. Tidak boleh dibiarkan tergantung tanpa kata akhir. Dia mahu dirinya yang dilihat kali terakhir oleh Kinah adalah dirinya yang kuat dan tidak terkesan dengan emosi.

"Ready?" Qairie yang menunggu di luar pintu kereta terus menepuk bahu Nain sebaik saja adiknya keluar dari kereta. Mereka datang berasingan kereta. Nain ada tempat lain hendak dituju selepas itu. 

Qairie tahu sebenarnya Nain hendak pergi mengubat lukanya keseorangan, tapi tidak perlu rasanya dia menyucuk. Diiakan saja alasan Nain hendak menaiki kereta sendiri.

Tidak menjawab soalan Qairie, Nain terus membuka langkah. Dekat, dekat dan semakin dekat dengan khemah berkanvas warna hijau putih di hadapan rumah Kinah. Dari jauh lagi dia sudah dapat melihat pasangan pengantin dengan pakaian sedondon berwarna coklat lembut. Pakaian Kinah tidak sarat. Nampak simple saja dengan tudung bawal yang langsung tidak digayakan. Sama saja seperti Kinah yang selalu ditemui.

"Encik Rie, Nain." Nampak saja atasannya di celahan tetamu, Kinah terus mampir menegur.

"Jemput makan." Tidak kekok Kinah menjadi pemandu arah. Mengiring mereka ke meja yang menghidangkan makanan. Sempat dia memperkenalkan suaminya kepada mereka berdua.

"Encik Rie, kenalkan suami saya, Tajul. Abang, ni bos saya, Encik Rie. Nain abang dah kenal kan?"

"Tahniah." Itu saja yang Nain dapat ucapkan ketika bersalam dengan Tajul. Hati mendongkol geram. Cemburu dengan lelaki yang bernama Tajul itu.

"Terima kasih." Manis saja Tajul tersenyum. Kemudian dia ikut sama mempelawa mereka untuk makan.

Diam-diam saja Nain makan bersama Qairie. Sepatah pun dia tidak bersuara sehinggalah makanan habis dijamah.

"Nah, dessert." Kinah muncul semula dengan dua mangkuk bubur gandum di tangan.

Mata mereka bertatapan seketika bila Nain mendongak. Kinah hulur senyum tipis seraya menarik kerusi untuk duduk. Tak manis juga dia seorang duduk dengan dua lelaki itu. Tapi disebabkan dia ternampak Tajul sudah menapak datang, terus dia memberi kelonggaran pada diri untuk duduk menemankan Nain dan Qairie.

Entah kenapa seperti ada pakatan dalam diam bila Tajul dan Qairie sama-sama menjarakkan diri dari Nain dan Kinah sebaik saja Tajul menarik kerusinya sedikit jauh. Meja panjang yang kosong di kiri dan kanan memberi ruang untuk mereka merenggangkan jarak duduk. Tidak terlalu jauh, tetapi tidak juga rapat. Cukup-cukup saja ruang untuk perbualan mereka tidak didengari.

"Saila dengan baby macam mana? Sihat?" Kinah cuba memulakan perbualan.

"Suami dia ada. Tanyalah sendiri." Gaya Nain seperti budak yang merungut tidak puas hati. Merempan bila apa yang dimahu tidak berjaya dimiliki.

"Awak? Sihat ke? Atau saya kena tanya Encik Rie juga pasal adik dia?"

Makin cemberut wajah Nain yang sedang menghirup bubur gandumnya. Kinah sengaja memerli!

"Saya assume kita mungkin takkan jumpa lagi lepas ni melainkan terserempak atau betul-betul ada hal yang mendesak, kan?" Kinah kembali menyoal selepas mangkuk di depan Nain kosong.

Nain's Key (✔)Where stories live. Discover now