The inevitable has happened.
Perkara yang dijadikan point untuk menggertak Nain akhirnya berlaku.
+ Mama warded. Heart attack. Tolonglah balik Nain... Mama asyik sebut nama awak
Nain ketika itu sedang melepak dengan Rania di Starbuck selepas touchdown. Sengaja bermalas-malasan sebelum balik. Terus dia tersedak Espresso yang sedang dihirup semasa membaca mesej dari Saila.
"Hei, what's wrong?" Rania yang prihatin laju bertanya. Tangan naik menepuk belakang bahu Nain. Tapi tangannya kemudian tinggal terawang di udara saja apabila Nain tiba-tiba bangun berdiri.
"I have to go. Sorry Ran." Sekelip mata saja Nain sudah hilang. Laju melangkah tanpa menoleh lagi. Dia dan Rania tak pernah berkongsi hal peribadi. Perbualan mereka cuma sebatas teman saja selama ini. Jadi tak perlu rasanya dia menjelaskan tentang mesej yang baru diterima tadi.
Masuk dalam kereta, Nain terus menelefon Saila.
"How is she?" Dia menerjah tak sabar sebaik talian bersambung.
"Nain ...." Itu saja yang berjaya keluar dari bibir Saila sebelum isteri abangnya itu menangis.
Jantung Nain berdetak kencang. Kenapa Saila menangis?
"Stop crying! Mama macam mana? Mana Qairie?" Tangan Nain terkepal-kepal menahan rasa. Tak keruan menunggu maklumat.
Diterjah begitu, baru Saila berusaha mengawal tangisnya.
"Dah banyak hari mama rasa tak sihat. Semalam mama cakap dia rasa sakit dada sangat. Hari ni saya bawa pergi check-up. Doktor cakap mama sebenarnya dah kena heart attack, tapi mama bernasib baik sebab tak ada komplikasi lain. Doktor tahan mama untuk monitor and further check up."
Nain menghela nafas dalam. Mata terpejam beberapa saat. Hampir menitis air matanya apabila diserang gugup begitu.
Takut!
Baru sekarang Nain dapat mendalami apa yang Kinah cuba sampaikan berminggu lalu.
"Awak pernah tak terfikir apa nak buat kalau hari yang awak decide nak jumpa mak awak tu tiba-tiba jatuh pada hari yang sama dengan hari Allah tarik nyawa mak awak?"
"Nain ..." Suara Saila kembali bergetar. Tanda ada tangis sedang bergayut di hujung mata.
"Ini wake up call untuk kita semua. Untuk saya, untuk awak, untuk abang Rie. Sebelum jadi perkara yang lebih teruk, awak kena balik. Berbaiklah dengan abang awak. Sekurang-kurangnya untuk senangkan hati mama. Tolonglah Nain ... saya janji saya akan cuba pujuk abang awak."
Nain diam. Dahi sudah menampan stereng kereta. Ini bukannya wake up call untuk mereka semua. Ini adalah wake up call untuk Nain sahaja.
Khas untuk Zul Qarnain! Istimewa untuk anak yang lupa diri dan tak kenal erti takut pada kekuasaan Tuhan. Melewati masa seolah-olah hidup ini tiada mati. Bertahun tidak bertemu Mariam, dia menyangka wanita yang melahirkannya itu juga immortal. Tidak sakit juga tidak boleh mati.
"Balik Nain." Suara di corong telefon tiba-tiba berubah. Garau kasar. Milik lelaki. "Untuk mama, abang janji abang tak akan ungkit hal lama. Balik. Untuk mama."
Tut!
Dikawal perasaan, Nain tanpa berfikir panjang memutuskan talian. Setelah bertahun, Qairie kembali membahasakan diri sebagai abang. Tiada lagi aku dan kau. Hanya bila perkara sebesar ini terjadi, baru mereka semua sanggup tunduk menyembah bumi.
YOU ARE READING
Nain's Key (✔)
RomanceSalah satu cabang cerita yang berakarkan Mr.Rie punya Ms.Stress. Kena baca MRpMS dulu sebelum baca yang ini. Tak berkait sangat, tapi perlu baca juga untuk lebih jelas. Excerpt dari cerita : "Kau nak cakap aku ni lelaki jahat?" Nain tuding ke dada s...