Part 11

3.5K 400 51
                                    

"Sakinah?" Lelaki itu menjenguk sedikit ke arah belakang Nain. Tidak menjawab soalan yang diberi.

"Saya." Terdengar suara Kinah menyahut dari belakang Nain. Dia membuka silaan kaki. Menjulurkan kaki untuk menyarung selipar.

"Tepi sikit Nain." Perlahan suaranya mengarah. 

Nain berpusing semula menghadap Kinah. Mula terasa bodoh. Apa yang dia lakukan di tengah-tengah dua manusia itu? Sekejap berpusing ke sana, sekejap berpusing ke sini.

"Is that your friend?"

"Kind of.

Mata mereka bertembung lama. 

"He's special." Nain membuat keputusan sendiri. Yakin. Lihat saja pada cara Kinah, dia terus tahu ada sesuatu pernah terjadi di antara lelaki itu dan wanita yang sedang duduk di hadapannya.

"Not anymore."

"Damn ..." Makin ribut Nain rasakan. Tersekat dalam sengketa antara dua kekasih. Pun begitu, tak dapat juga dipaksa kaki untuk melangkah pergi.

"Go away, Nain."

Nain buat tuli. Tak suka diarah. Tambah lagi jika yang mengarah itu adalah Kinah.

Kinah menjeling tajam. Tak faham bahasa agaknya. Takkanlah mahu Kinah mengeja kata menghalau!

"Za telefon. Beritahu Sakinah stuck dekat atas ni." Lelaki yang dari tadi memerhati kembali bersuara.

Kinah diam seketika.

Nain masih sama, cuma memandang reaksi di wajah Kinah. 

"And?" Kinah berdiri juga walaupun Nain tidak beranjak. Dengan mudah mengelak ke tepi untuk melepasi batang tubuh Nain. Sudahlah kalau tak mahu pergi. Ada dia peduli?

"Err... Jul nak tolong repair. Kalau tak elok juga, Sakinah turun dulu naik motor Jul. Panggilkan Mir naik atas."

"Kenapa tak bawa Mir terus tadi? Kan dah jadi dua kerja pula nanti."  Terus Kinah mengkritik plan Tajul yang dirasakan tidak logik. Terpengaruh dengan rasa marah bila memikirkan si adik yang selamba menjadikan Tajul sebagai tempat meminta tolong. Za memang sengaja! 

"Tak terfikir pula." Mudah saja Tajul memberi alasan. Taak mahu mengaku yang memang dia terkinja bila mendengar ada peluang untuk bertemu Kinah. Mana tahu, ada halangan lain rupanya sedang menanti di atas bukit Seri Hijau itu. 

Nain yang terkunci mulutnya menonton, perlahan-lahan mengerling Kinah. Menanti kata-kata pedas lain yang akan terhambur keluar. Tapi hampa. Kinah diam.  Eh, terkawal pula bicara Kinah di hadapan lelaki yang menggelar dirinya Jul itu. Jul? Jul apa? Zulkifli? 

Memikirkan pangkal nama yang mungkin menyerupai namanya, rasa jengkel mula menular dalam hati. Hilang rasa istimewanya bila dalam hidup Kinah ada lelaki lain yang punya nama sama dengan nama Nain. 

"Nain." Didorong rasa ingin tahu, Nain menghulurkan tangan ke arah lelaki itu. "Zul Qarnain." Perlu juga disebut nama penuh. Kalau cuma diberi nama pendek begitu, nanti yang bakal dibalas pun pastilah nama pendek. 

"Tajul." Tajul menyambut. Suara berubah. Lebih jelas dan kedengaran yakin. 

Ahh .... baru Nain dapat menangkap. Namanya Tajul, tapi dipanggil Jul.

"Mekanik?" 

"Tak."

"Then ..." Telunjuk Nain menegak ke belakang. Ke arah enjin van. Bertanya, kalau bukan mekanik, untuk apa lelaki itu datang dan menawarkan diri untuk membantu? 

Nain's Key (✔)Where stories live. Discover now