+ Kau mengelak jumpa aku kan?
Mengeluh keras Kinah dibuatnya selepas membaca mesej Nain. Tebiat! Silap makan agaknya adik Qairie ni.
+ Aku call tak angkat. Aku mesej tak balas. Aku nak belanja makan pun, kau tolak. Itu bukan tanda-tanda kau nak mengelak ke?
Tak! Kuat Kinah menjerit dalam hati. Dulu suka sangat menuduh Kinah bersangka. Tapi rupa-rupanya sikap bersangka buruk Nain lebih teruk dari Kinah.
+ Sampai bila nak biar aku sembang sorang2 macam ni?
Sampai bila-bila! Hesy! Geram sungguh Kinah dibuatnya. Apa lagi yang Nain mahu dari Kinah? Mulalah Kinah nak rasa menyesal terlibat dengan hal Saila.
+ Next Tuesday aku datang lagi. Kita keluar lunch. Aku tunggu depan pagar dengan welcome board. Khas untuk Key.
Kali ini Kinah tak tunggu lama. Terus dibalas mesej Nain. Nain ingat tempat Kinah bekerja tu airport? Welcome board bagai. Macamlah keluar dari gate B tu serupa melangkah keluar dari arrival gate.
- Berhenti mesej sebelum saya block nombor awak
Nain di sebelah sana sudah ketawa senang. Kinah balas juga akhirnya! Ditekan berkali-kali, baru nak meletup.
+ Bila aku ikhlas nak berbaik, kau pula menyombong.
Itu adalah ayat penyata. Bukan soalan. Jadi Kinah rasa tak perlu untuk dia balas mesej tu.
+ Key, kita kawan kan? Takkanlah kau layan kawan macam ni.
Sejak bila pula Kinah setuju nak berkawan? Seingat Kinah, dia menolak keras usul Nain hendak berkawan dulu. Kinah tahu dia tak boleh berkawan dengan lelaki seperti Nain. Jadi sebelum masalah lain timbul, lebih mudah kalau dia menolak terlebih dulu.
"Telefon awak kerap berbunyi lately ni." Teman sebilik Kinah tiba-tiba menegur.
"Ganggu awak ya? Saya minta maaf." Kinah mengaku memang telefonnya kerap berbunyi kebelakangan ni. Tapi dia tak menukar mode telefon kepada mode silent. Walaupun bukan jenis yang selalu memegang telefon, Kinah tetap mahu tahu jika ada mesej atau panggilan masuk. Kalau ditukar mode, bimbang dia terus tak peduli dan tak alert.
"Tak ganggu pun. Cuma pelik." Si teman tersenyum. Memberi tanda yang dia bukan bertanya kerana tak suka.
"Awak ada masalah ke? Nak share? I'm a good listener."
Kinah menggeleng.
"Tak ada masalah besar pun. Hal hidup. Biasa lah."
Si teman mengangguk faham. Tak pernah ada manusia yang bebas dari belenggu masalah. Bezanya cuma tahu atau tidak cara untuk menghadkan sejauh mana semua masalah itu mempengaruhi kehidupan seharian.
"Tak pernah saya tengok awak affected sampai macam ni." Selama ni si teman bilik cuma kenal Kinah yang calm and collected. Sangat composed.
Susah nak lihat Kinah terganggu dengan masalah. Kali ni pun, Kinah masih nampak biasa. Yang membuatkan si teman perasan pun kerana diam Kinah tidak seperti selalu. Dalam sehari, nak dengar sepatah pun susah. Mata selalu fokus dengan dahi berkerut. Gaya sedang berfikir tentang sesuatu yang masih tak ketemu jawapannya.
"Kalau tiba-tiba ada orang ajak awak kahwin, awak rasa awak dah prepare ke nak berumahtangga?"
Nyaris tersedak biskut yang sedang dikunyah teman sebilik Kinah. Dia yang beria meminta Kinah berkongsi. Mana tahu luahan Kinah keluarnya seberat lori 10 tan!
YOU ARE READING
Nain's Key (✔)
RomanceSalah satu cabang cerita yang berakarkan Mr.Rie punya Ms.Stress. Kena baca MRpMS dulu sebelum baca yang ini. Tak berkait sangat, tapi perlu baca juga untuk lebih jelas. Excerpt dari cerita : "Kau nak cakap aku ni lelaki jahat?" Nain tuding ke dada s...