-3♡

31 7 0
                                    

"Kau nak apa lagi, Ilhoon?! Aku dah bagikan duit perlindungan dekat kau." marah Hana. Dia cuba lari dari namja bernama Jung Ilhoon itu tetapi Ilhoon telah menggenggam erat tangannya.

"Kau pikir duit ni cukup ke?! Mana lagi baki yang lain?!" soal Ilhoon lalu merampas sling bag Hana.

Hana cuba merampas balik sling bag miliknya tetapi dia ditolak kasar oleh Ilhoon. Hana terjatuh menyembah bumi. Dia mengambil sebuah batu bata lalu mencampakkannya pada kaki Ilhoon.

"Argh!!Sakitlah, bodoh!" aduh Ilhoon yang sudah terduduk merengek kesakitan. Hana pantas mengambil semula sling bag nya.

Penat-penat dia bekerja, takkan senang-senang sahaja dia serahkan duitnya pada namja tak guna itu.

Jung Ilhoon merupakan bekas teman lelaki Min Hana. Ilhoon dan Hana putus hubungan kerana Hana dapat tahu yang Ilhoon merupakan anggota sebuah kongsi gelap. Tetapi Ilhoon tidak pernah melepaskan Hana malah dia mengutip duit dari Hana setiap hari. Kononnya ingin melindungi Hana dari bahaya tetapi bohong semua itu.

Setiap hari Hana dipukul, ditampar semata-mata untuk duit. Hana bekerja di sebuah cafe untuk memberi wang pada Ilhoon. Ilhoon menggunakan semua duit yang didapati dari Hana untuk berjudi.

Ilhoon pantas mencengkam rambut Hana tatkala gadis itu baru sahaja bangun untuk melarikan diri.

"Ilhoon, tolonglah lepaskan aku! Aku nak balik, Ilhoon. Tolonglah." rintih Hana. dia memegang tangan Ilhoon yang mencengkam kuat rambutnya. Terasa bagaikan rambutnya akan tercabut dari kepalanya.

"Kau dengar sini eh! Esok aku nak 20000 won, kalau kau tak bayar, kau taulah nasib kau!" jerit Ilhoon lalu menampar pipi Hana. Kuat.

BBANG!

Ilhoon terjatuh menyembah bumi. Tangan dan kakinya sudah tidak bergerak menandakan dirinya sudah pengsan. Hana terduduk di satu sudut gelap. Terkejut melihat Ilhoon tiba-tiba pengsan dihadapannya.

Matanya melilau mencari manusia yang telah membantu menyelamatkan nyawanya. Tiba-tiba dia ternampak kelibat seorang namja dari jauh. Namja itu memandangnya kosong. Hana tidak dapat melihat wajah namja itu kerana lorong itu gelap dan namja itu memakai mask pada mukanya.

"Sia

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Sia...siapa awak?" soal Hana teresak-esak menahan kesakitannya.

Kim Taehyung.

Dia hanya diam tanpa bersuara. Tangan dimasukkan ke dalam poket seluar lalu Taehyunh beredar dari situ dengan menaiki motornya.

Hana hanya memerhati dari jauh. Sebaik sahaja bayangannya Taehyung mulai hilang, dia bangun lalu pantas berlari untuk pulang ke rumahnya.

♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡
♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡

Taehyung meletakkan kunci motornya di dalam rak kecil. Dia memandang Taena yang sudah tertidur di atas sofa. Sedang dia asyik memandang Taena, dia teringat yang Taena ingin memakan ramen bulgogi tadi. Dahinya ditepuk. "Aduh macam mana boleh lupa?' desis hati Taehyung.

#1 the truth untold [ C ]Where stories live. Discover now