-1♡

91 7 10
                                    

Taehyung memandang kosong uniform sekolah yang disediakan di hadapan pintu. Semestinya adik dia yang sediakan semua itu. Kim Tae Na.

Taehyung mengambil telefon bimbitnya lalu dia mengscroll gambar-gambar di dalam gallery nya. Dia tersenyum. Terlihat jelas muka gadis yang menjadi pemilik hatinya.

"Oppa! Cepatlah. Lama dah Taena tunggu ni!" laung Taena dari bawah. Taehyung menggosok belakang tengkuknya. Haish, asyik sangat tengok muka gadis pujaan itu sampai terlupa dia perlu ke sekolah.

Taehyung menuju ke cermin seusai dia memakai uniform sekolah. Ditenungnya parut besar yang berada di wajah belah kanannya. Parut itu diperolehnya apabila dia berusia tujuh tahun. Kemalangan yang melibatkan sebuah bas ekspress dan dua buah kereta telah mencipta sejarah hitam buatnya.

Appa Taehyung meninggal di kawasan kejadian. Omma nya pula koma selama sebulan dan Taena pula patah tangan dan mengambil masa tiga bulan untuk sembuh. Malangnya bagi Taehyung, wajahnya tiada ubat yang dapat digunakan untuk sembuh.

Sudah bertahun lamanya Taehyung menyimpan parut besar itu. Namun, tiada sesiapa yang perasan akan parutnya kerana Taehyung acap kali memakai mask jika mahu keluar dari rumah.

"Muka buruk macam aku ni takkan dapat perempuan secantik dia." kata Taehyung sendirian. Dia mengambil beg sandang serta mask berwarna hitam lalu berjalan menuruni anak tangga.

"Oppa nak makan ke? Kalau tak nak, kita gerak jelah terus." soal Taena sambil menyarungkan stoking pada kakinya.

"Takpe oppa taknak makan. Dah, jomlah." ajak Taehyung lalu mengambil helmet kelabu miliknya.

Taehyung menghidupkan enjin motor lalu Taena pun membonceng di belakangnya. Omma Taehyung pula sudah pergi ke pasar untuk bekerja. Ya, omma Taehyung merupakan penjual sayur-sayuran di pasar besar Seoul.

Setibanya di School Of Performing Art (SOPA), Taehyung memarkirkan motornya di dalam kawasan sekolah lalu dikunci tayar motor itu. Taena pantas menuju ke kelasnya di tingkat tiga sebaik sahaja Taehyung mengambil helmet dari tangan gadis itu.

Setelah Taehyung memastikan helmet dan motor nya dikunci, dia berjalan menuju ke loker untuk mengambil buku-buku mata pelajaran sebentar lagi.

"Taehyung!"

Laung satu suara. Taehyung tidak menoleh kerana dia tahu siapa empunya suara itu. Tak lain tak bukan, kawan karibnya di sekolah, Park Jimin.

"Weh kau siap tak kerja sains?" soal Jimin yang turut membuka lokernya. Loker Taehyung dan Jimin berselebahan sahaja.
Taehyung menggeleng.

"Ada dua soalan aku tak siap." jawab Taehyung dengan perlahan. Taehyung seorang yang pendiam manakala Jimin pula seorang yang mulut murai. Sebab itulah mereka boleh jadi sahabat karib.

"Samalah! Ahh weh, aku nak pergi stor sukan jap, kalau aku lambat masuk kelas kau tolong bagitau Mr Song tau." ujar Jimin lalu berlari menuju ke stor sukan. Entah apa yang dia nak buat di sana.

Taehyung menutup lokernya lalu berjalan menuju ke kelasnya di tingkat kedua. Sedang dia berjalan menaiki tangga, matanya tertancap pada seorang gadis. Gadis yang berjaya mencuri hatinya. Selama dia bersekolah di situ, hanya gadis itu yang bertakhta di hati Taehyung.

Matanya dikelip perlahan. Senyuman mula terukir.

"Aku nak sangat jujur dengan kau yang aku suka kau. Tapi.. aku hodoh. Aku jahat. Aku tak sesuai untuk perempuan cantik dan baik macam kau.' desis hati Taehyung.
Dia mengeluh kecil. Matanya masih lagi melekat pada gadis yang sedang berbual dengan rakan-rakannya itu. Gadis itu berdiri bersebelahan dengan pokok bunga sakura. Senyuman Taehyung semakin lebar.

#1 the truth untold [ C ]Where stories live. Discover now