-2♡

44 6 0
                                    

Taehyung mengambil kunci motornya lalu menuju ke luar rumah. Dia berhasrat untuk lepak di mamak bersama-sama dengan Jimin, Seokjin dan Jungkook.

Sebagaimana yang kamu semua tahu, Park Jimin merupakan rakan karib Taehyung sejak mereka di bangku sekolah rendah. Kim Seokjin pula merupakan abang saudara kepada Taehyung. Oleh itu, mereka rapat walaupun Seokjin suka membebel bagaikan mak nenek. Jeon Jungkook pula merupakan jiran kepada Jimin jadi Taehyung dan Jungkook mula berkenalan rapat sejak awal tahun lepas.

"Oppa, nak ke mana?" soal Taena yang sedang duduk di sofa sambil menonton televisyen. Matanya langsung tidak memandang wajah Taehyung.

"Oppa nak keluar jumpa Jimin, Jungkook dengan Seokjin hyung." balas Taehyung sambil memakai mask.

"Ohh.. Kirim salam lah dekat Jungkook. Ehek ehek." kata Taena sambil tergelak kecil.

Taehyung mengambil bantal lalu membalingkannya pada Taena. Gadis itu menjeling Taehyung tidak puas hati.

"Taena tak payah sibuk nak bercintan cintun lagi. Taena belajar je pandai-pandaj dulu supaya Taena dapat tampung diri sendiri. Sampai bila nak harapkan omma dengan oppa? Kalau kitorang mati camne?" ujar Taehyung lalu menyekeh kepala Taena.

Taena mendengus geram. Yalah tahulah Taena tu selalu tidur di kelas, sempat pula kau nak mengejek ya, Kim Taehyung.

"Oppa belikan ramen bulgogi nanti boleh?" pinta Taena sambil membuat wajah comelnya. Taehyung mengangguk tanda boleh lalu dia terus menghidupkan enjin motornya.

♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡
♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡

Taehyung mengambil tempat disebelah Seokjin lalu memesan secawan air milo. Seokjin memerhati Taehyung hingga namja itu berasa tidak senang duduk.

"Kenapa hyung pandang Tae macam tu?" soal Taehyung sambil menggosok-gosok tengkuknya.

Seokjin mengeluh kecil lalu memandang pula Jimin dihadapannya. Kunci kereta digenggamnya diketuk-ketuk di atas meja itu. Bagaikan sedang memikirkan sesuatu.

"Kenapa Tae insecure sangat dengan muka Tae? Hyung tau Tae takut dengan parut tu tapi sampai bila Tae nak sembunyikan diri?" soal Seokjin.

Pandangan matanya dilarikan pada Taehyung kembali. Taehyung hanya mendiamkan dirinya lalu perlahan-lahan mask itu dibuka. Dia membalas pandangan Seokjin.

"Hyung, parut ni bukan setakat memburukkan wajah saya tapi juga bagi saya sejarah hitam. Bukan satu tapi banyak." ujar Taehyung sambil menunjukkan ke arah parutnya.

Seokjin menyirup air lemon jus nya lalu fokus kembali pada Taehyung. Keningnya dikerutkan.

"Sejarah appa awak meninggal? Lupakanlah Tae, semua tu dah lama berlalu." ujar Seokjin.

Taehyung menggelengkan kepalanya laju. Bukan! Bukan itu sahaja yang dia cuba lupakan. Banyak lagi. Banyak!

"Apa dia Tae? Kau tak pernah cerita pun dekat aku." soal Jimin. Dia mula tertarik ingin mendengar cerita Taehyung.

Taehyung memejamkan matanya. Cuba mengingati kembali sejarah hitam yang terpahat di ingantannya.

FLASHBACK

"Oppa, Taena takut." ujar gadis kecil bernama Taena itu. Dipeluknya badan Taehyung yang saiznya hanya lebih kurang dengan badan Taena. Waktu itu Taehyung baru berumur 12 tahun manakala Taena pula 9 tahun.

#1 the truth untold [ C ]Where stories live. Discover now