"Arghh!"
Taehyung terduduk di tengah-tengah gelanggang tatkala Wonwoo melempar bola keranjang itu tepat mengena tangan Taehyung.
Taehyung menggenggam tangannya kuat. Darah mula mengalir membasahi tanah. Jimin pantas menyerahkan kain pada Taehyung lalu membantu namja itu mengubat tangannya.
"Aku dah kata kau tak payah main. Kau degil." bisik Jimin sambil membalut tangan Taehyung. Taehyung menjeling Jimin. Nak tolong biar ikhlas lah, jebon!
Wonwoo tersenyum sinis ke arah Taehyung. Sebenarnya Wonwoo dan Mingyu diarahkan untuk mencederakan Taehyung. Sebab itulah Wonwoo sedaya upaya cuba mengenakan bola itu pada tangan Taehyung.
"Aku akan balas balik.' desis hati Taehyung. Dia memandang Wonwoo dan Mingyu dengan pandangan tajam. Wonwoo dan Mingyu membuat tepukan high five.
"Kita mula balik!" jerit Seokjin sambil menepuk-nepukkan tangannya. Taehyung dan Jimin pantas bangun dari duduk mereka lalu menuju ke tengah-tengah gelanggang.
Kali ini kumpulan Red Dragon yang mulakan dulu. Kumpulan Red Dragon merupakan kumpulan yang diketuai Kim Seokjin manakala kumpulan Black Whales pula diketuai oleh Jeon Wonwoo.
"Taehyung fokus!" laung Park Bo Gum lalu menyerahkan bola itu pada Taehyung. Taehyung pantas mengambil bola itu lalu cuba menjaringkan gol. Dann...
GOL!!
Taehyung bersorak kegirangan. Jimin dan Jungkook berlari ke arah Taehyung sambil mendepakan tangan mereka kerana ingin memeluk Taehyung.
"Hebat lah hyung, baru first round dah gol." puji Jungkook sambil menepuk-nepuk belakang Taehyung. Taehyung tersenyum lebar disebalik mask. Sungguh dia bangga dengan dirinya.
"Baru gol satu tak payah nak celebrate sangat." sindir Mingyu. Sekali lagi dia membuat tanda 'loser' di dahinya. Taehyung hanya memandang kosong.
"Mentah." kata Taehyung.
Whistle di bunyikan lalu sekali lagi perlawanan bermula di pusingan kedua. Wonwoo yang mendapat bola itu pantas menyerahkannya pada Jeonghan.
Jeonghan mengambil bola itu lalu menuju ke arah gol pihak lawan. Tiba-tiba Jungkook mencelah dan akhirnya dia dapat merampas bola dari tangan Jeonghan.
"Yah!" marah Jeonghan. Dia cuba merampas kembali bolanya tetapi gagal. Jungkook menjelirkan lidahnya pada Jeonghan lalu dia cuba untuk menjaringkan gol.
GOL!
Jungkook bersorak kegirangan tatkala dia berjaya mendapatkan lima mata kerana dia menjaringkan gol dari jarak jauh. "Daebak!" puji Jimin sambil membuat thumbs up. Jungkook tersenyum lalu membuat dab.
"Tiga gol lagi dan kita menang. Jangan putus asa!" ujar Seokjin dengan senyuman. Cuba menaikkan semangat kesukanan teammates nya.
Mingyu menuju ke arah Bogum yang sedang memegang bola. "Bagi aku bola tu." pinta Mingyu dengan pandangan tajam. Bogum mengerutkan keningnya lalu menyerahkan bola itu pada Mingyu.
"Take 5!" ujar Wonwoo lalu dia berlari ke arah stor bersama Mingyu.
Mereka menutup pintu stor itu lalu dikuncinya. Wonwoo menghulurkan sebuah pisau lipat yang kecil pada Mingyu. Mingyu mengambilnya dengan sengihan di wajah. Dia memasukkan hujung pisau itu ke dalam bola keranjang dan membiarkan bahagian yang tajam itu terjulur keluar.
"Kau ambil bola ni dan bila kita start, kau terus campak kat tangan Taehyung." arah Mingyu. Wonwoo mengangguk sambil membuat thumbs up.
Setelah lima minit berlalu, perlawanan pusingan ketiga pun bermula. Whistle dibunyikan lalu Wonwoo terus mencampakkan bola itu mengena tangan Taehyung.

YOU ARE READING
#1 the truth untold [ C ]
Fanfiction" You Know That I Can't. Show You Me, Give You Me. Once Again I Put On A Mask So You Won't See How Devastating I Am Underneath. But I Still Want You. " " Now I'm Torn Apart. Will You Fade? I'm So Afraid. That You Will Leave Me Once More In The Very...