-17♡

15 5 0
                                    

"Jimin, Taehyung mana? Tadi dia dengan awak kan?" soal Emilia. Matanya melilau mencari batang hidung Taehyung.

Jimin mengeluh kecil lalu menggelengkan kepalanya. "Tae masuk dalam balik. Dia dan Jaewon nak cari Hana." balas Jimin lalu terduduk. Dia merapatkan kedua-dua belah kakinya lalu menyembankan wajahnya.

Emilia sedikit terdiam. Entah mengapa hatinya sakit mendengar balasan dari Jimin. Hana? Penting sangatkah Hana tu sampai Taehyung dan Jaewon sanggup masuk ke dalam semula untuk mencari dia? Emilia memegang dadanya. Sakit.

"Emi, neo gwaenchana?" soal Wen Xiao tatkala perasan akan wajah Emilia yang tiba-tiba berubah reaksi. Emilia memandang Wen Xiao disebelahnya dan mengangguk perlahan.

Emilia memandang segenap bangunan yang sudah hampir 60% terbakar itu. Dia menggenggam kedua-dua belah tangannya. Dia memandang sekelilingnya. Setakat ini tiada sesiapa yang memandangnya. Emilia mengambil kesempatan itu dan terus berlari ke arah bangunan itu.

"Emilia!"

Jimin terkejut melihat Emilia yang berluru berlari ke arah bangunan itu. Emilia menoleh ke belakang. Kelihatan Jimin memanggilnya untuk kembali ke padang sebelum cikgu-cikgu perasan akan kehilangannya.

Emilia menggeleng perlahan. "Saya nak cari Taehyung!" jerit Emilia lalu terus berlari masuk ke dalam bangunan itu.

Jimin menggelengkan kepalanya. "Heol."

♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡
♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡

Taehyung dan Jaewon mula berpecah untuk mencari Hana. Taehyung mencari Hana di block A manakala Jaewon pula di block B.

Sedang Taehyung mencari, tiba-tiba sebatang kayu berapi jatuh dari atas. Kaki Taehyung tersepit dicelah kayu itu.

"Arghhhhh!!"

Jerit Taehyung. Sakit. Cuba dia gagahkan diri untuk menolak kayu berapi itu ke tepi menggunakan kaki kirinya kerana kaki kanannya sudah tersepit.

Akhirnya dia berjaya, Taehyung terus meniup dan menepuk-nepuk api kecil yang berada pada seluar nya. Dia bangkit semula lalu teruskan pencariannya.

"Ehem."

Taehyung terhenti tatkala terdengar seseorang berdehem. Lantas dia menoleh ke belakang. Tiada sesiapa. Dia menggelengkan kepalanya. Andaian sahaja kut.

●●●●●●

Hana cuba menolak pintu makmal komputer itu tetapi tidak berjaya. Seakan-akan ada sesuatu yang menghalang pintu itu dari luar. Hana menekup mulut dan hidungnya. Asap dari bara api semakin lama semakin banyak.

Hana terduduk bersandar pada sebuah meja yang berhampiran dengan pintu itu. Dia sudah kekurangan oksigen untul bernafas membuatkan dia mengalami kesukaran untuk bangun.

"To-tolong! Tolong!" jerit Hana. Matanya mulai kabur. Nafasnya menjadi sesak.

Akhirnya Hana tumpas. Dia pengsan di makmal komputer itu tetapi dia masih bernyawa.

●●●●●●

"Argh!"

Emilia terhinjut ke belakang tatkala terdapat sebuah kayu besar yang berapi jatuh dihadapannya. Dia mengusap perlahan dadanya. Takut. Tapi dia harus mencari Taehyung.

#1 the truth untold [ C ]Where stories live. Discover now