Taehyung pantas masuk ke dalam biliknya dengan lengan yang masih berlumuran darah. Taena yang berada di ruang tamu langsung tidak diendahkan. Taena memandang Taehyung pelik. Kenapa tangan dia berdarah?
Taehyung pantas menolak daun pintunya lalu dikunci. Dia tersandar di belakang pintu sambil menahan sakit. Dia membuka hoodie nya lalu memeriksa luka itu di cermin. Luka itu agak mendalam kerana dia ditikam dua kali.
"Oppa! Taena ada bawa first aid kit ni. Bukalah pintu." ujar Taena sambil mengetuk-ngetuk daun pintu itu. Taehyung terdiam. Dia baru teringat akan Taena. Haduhh parahlah kalau Taena tahu!
"Kenapa Taena bawa first aid kit? Oppa tak sakit pun lah." kata Taehyung cuba menafikan kesakitannya. Taena mengeluh kecil.
"Oppa fikir Taena ni buta ke? Taena nampaklah tangan oppa berdarah-darah tadi. Oppa bergaduh ke? Bukaklah pintu ni biar Taena balut." balas Taena. Sekali lagi dia mengetuk daun pintu Taehyung.
Taehyung mengeluh kecil. Patut atau tidak dia buka pintu? Taehyung mula terasa bisa dari kesan tikaman itu.
Daun pintu dibuka. Kelihatan Taena sedang berdiri di hadapan pintu dengan first aid kit pada tangannya. Taena membulatkan matanya tatkala dia ternampak tangan Taehyung yang penuh dengan darah dan terdapat kesan luka yang agak dalam.
Taehyung terduduk di atas birai katilnya. Taena sekali lagi mengeluh sebelum dia duduk di atas kerusi yang berhadapan dengan katil Taehyung.
"Apa dah jadi ni, oppa? Oppa gaduh dengan siapa?" soal Taena lembut. Dia tidak mahu Taehyung stress mendengar soalan-soalannya.
Taehyung hanya diam membisu. Dia langsung tidak menggerakkan mulutnya untuk bercakap. Taehyung rasa yang Taena tidak perlu tahu akan kebenaran semua ini. Taena seorang gadis yang innocent. Dia tidak perlu tahu tentang diri Taehyung yang penuh dengan kegelapan.
"Meh la sini Taena tolong basuh dan balut." ujar Taena setelah dia sedar yang Taehyung tidak akan menjawab soalannya langsung. Taehyung menghulurkan lengannya pada Taena untuk dibasuh lukanya, disapu ubat dan dibalut.
Walau sakit, Taehyung langsung tidak mengeluarkan sebarang suara. Fikirannya jauh termenung ke tempat lain. Dia teringat akan Jaewon. "Mungkin Jaewon ialah yang terbaik untuk Hana.' desis hati Taehyung.
"Oppa, Taena sayang oppa tau. Tolong jangan cederakan diri oppa macam ni. Taena pun turut sakit bila tengok oppa sakit. Sudah-sudahlah oppa berkorban untuk orang lain. Oppa jagalah diri oppa dulu baru jaga orang lain." ujar Taena sambil membalut lengan Taehyung.
Taehyung tersentak mendengar kata-kata dari Taena. Sungguh mendalam. Taehyung memandang kosong wajah Taena. "Oppa tak janji, Taena.' desis hati Taehyung.
Taena mengemas alat bantuan kecemasan sebelum dia berlalu keluar dari bilik Taehyung.
Taehyung berjalan ke arah beranda. Dibukanya sliding door lalu dia duduk di atas kerusi yang tersedia di beranda. Angin malam itu meniup helaian rambut Taehyung. Taehyung memandang balutan pada tangannya. Bagaimana dia mahu ke sekolah esok? Tidakkah Hana akan mengesyak dirinya? Taehyung meramas kasar rambutnya.
"Arghh!!"
♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡
♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡"Tae, kenapa tangan kau?" soal Jimin sebaik sahaja dia tiba di lokernya. Dari jauh lagi dia sudah nampak tangan Taehyung yang berbalut itu. Pantas Taehyung memasukkan tangannya ke dalam poket seluar.
"Takde apa." balas Taehyung acuh tak acuh. Dia mengeluarkan sebuah buku teks add math dan beberapa buku latihan memandangkan mereka akan belajar add math dari pagi sampai waktu rehat.
"Kau gaduh dengan siapa lagi?" soal Jimin sambil menyandarkan badannya pada loker. Matanya agak kuyup melihat situasi Taehyung sebegitu.
Taehyung memandang Jimin. Mata mereka bertautan sebelum Taehyung mengorak langkah meninggalkan Jimin. Jimin pantas mengejar Taehyung.
"Kim Taehyung!" jerit Jimin tetapi langsung tidak diendahkan oleh Taehyung.
Jimin memberhentikan lariannya. Buat penat je kejar orang yang akan lari bagai tak cukup tanah itu.Taehyung terhenti tatkala dia tiba dihadapan pintu kelas. Kelihatan Hana sedang berbual-bual dengan rakan sekelasnya termasuk Wendy dan Yuna. Taehyung cuba memasukkan tangannya ke dalam poket agar Hana tidak perasan.
"Taehyung."
Sekali lagi langkah Taehyung terhenti. Jantungnya berdegup laju. Ini merupakan kali pertama Hana memanggil namanya. Taehyung langsung tidak memandang Hana. Takut dirinya tidak kuat untuk menatap gadis itu.
"Kenapa dengan tangan kau?" soal Hana. Matanya tidak lari dari memandang tangan Taehyung yang berbalut. Taehyung hanya diam seribu bahasa lalu dia menuju ke arah tempat duduknya.
Hana hanya memerhati dari tempatnya. Melihat tangan Taehyung yang berbalut itu mengingatkannya pada kejadian malam semalam. Hana melarikan pandangannya ke luar tingkap. Tak mungkin itu Taehyung.
"Bangun! Selamat pagi Mr Koo!"
Ucap Felix selaku ketua kelas 6A1. Pelajar yang lain turut mengucapkan selamat pada Mr Koo, guru mata pelajaran add math mereka.
Setelah kesemua pelajar duduk, Taehyung dan Jimin terus mengeluarkan buku latihan semalam.
Taehyung dapat menangkap Hana yang secara tiba-tiba mengangkat tangannya. Taehyung dapat mengagak bahawa Hana tertinggal buku latihannya. Mr Koo yang sedang menulis di papan putih masih tidak perasan akan Hana yang sedang mengangkat tangan.
Taehyung berdehem kecil lalu bangun menuju ke meja Hana dengan buku latihan pada tangannya. Jimin hanya memerhati dengan mulut yang ternganga.
Taehyung meletakkan buku latihannya di atas meja Hana. Hana terkebil-kebil memandang kelakuan Taehyung. Taehyung bagi buku latihan dia dekat aku?
"Kim Taehyung, kenapa awak bangun?" soal Mr Koo yang baru perasan akan Taehyung yang sedang berdiri di hadapan Hana.
"Saya tertinggal buku latihan cikgu." jawab Taehyung sambil menundukkan wajahnya. Hana dan Jimin terkejut mendengar jawapan dari Taehyung. Masing-masing mengangakan mulut mereka.
"Kenapa tinggal?! Pergi berdiri luar kelas!" arah Mr Koo sambil mencampak pemadam papan putih mengena muka Taehyung. Taehyung mengambil pemadam yang jatuh itu lalu diletakkan di atas meja Hana sebelum dia berlalu ke luar kelas.
Dia menutup pintu kelas lalu dia menyandarkan dirinya pada dinding. Min Hana merupakan pelajar terbaik sekolah itu jadi jika Hana berdiri di luar kelas, sia-sia sahaja reputasi nya jatuh. Taehyung pula hanyalah pelajar biasa jadi jika dia berdiri di luar kelas sekalipun, tiada pelajar atau guru yang akan kisah. Sebab itu dia membuat keputusan untuk menjaga nama baik Hana dengan memberikan buku latihannya pada Hana.
Sedang dia sibuk berangan, dia ternampak Jaewon sedang menumbuk seorang pelajar junior sekolah mereka. Perlahan-lahan Taehyung cuba mendekati kedua-dua namja itu tetapi langkahnya terhalang tatkala pelajar-pelajar kelas 6A3 lalu dihadapannya untuk ke padang sekolah.
Sebaik sahaja pelajar-pelajar 6A3 berlalu pergi, Taehyung cuba mencari semula kelibat Jaewon. Tiada. Dia hilang dari pandangan.
To Be Continued❤
YOU ARE READING
#1 the truth untold [ C ]
Fanfiction" You Know That I Can't. Show You Me, Give You Me. Once Again I Put On A Mask So You Won't See How Devastating I Am Underneath. But I Still Want You. " " Now I'm Torn Apart. Will You Fade? I'm So Afraid. That You Will Leave Me Once More In The Very...