-18♡

17 6 0
                                    

Hana perlahan-lahan membuka kelopak matanya. Dia memandang sekelilingnya. Cerah sahaja. Dia melihat pula pakaiannya. Sah dia berada di hospital sekarang. Hana mengeluh kecil.

"Hana?"

Panggil satu suara. Hana memandang belah kanannya. Senyumannya mula terukir. Jaewon.

Jaewon perlahan-lahan menghampiri Hana dengan balutan di tangannya akibat melecur. Hana memandang ke arah tangan Jaewon yang berbalut itu.

"Sekolah kita macam mana?" soal Hana dengan suara yang serak akibat tekaknya kering.

Jaewon mengambil kerusi lalu duduk bersebelahan dengan katil Hana. "Kita akan bersekolah di sekolah lain as tumpangan. Sementara tu polis akan siasat apa punca kebakaran tu." balas Jaewon.

Jaewon tahu kebakaran itu berpunca dari abangnya tetapi dia tidak sanggup mahu lihat abangnya terlingkup dalam penjara. Sebab itu dia hanya mendiamkan diri.

"Siapa yang selamatkan saya?" soal Hana.

Jaewon terdiam. Dia buntu. Takkan lah dia mahu jawab Taehyung sedangkan Taehyung tidak mahu Hana tahu tentang perkara itu. Dan takkan pula dia nak jawab dirinya sedangkan ramai saksi nampak dia hanya memapah Emilia keluar.

"Erm.. Adalah." balas Jaewon dengan sengihan.

Hana terdiam. Dia dapat rasakan sesuatu yang pelik berlaku. Kenapa tak boleh tahu siapa yang selamatkan nyawa dia?

"Jaewon, awak tahu kan siapa punca sekolah kita terbakar?" soal Hana lembut. Dipegangnya jari jemari mulus milik Jaewon.

Jaewon tersentak mendengar soalan dari Hana. Ya, dia tahu. Tapi, Hana pun tahu ke? Jaewon hanya diam membisu. Hana melepaskan keluhan kecil. Dia tahu mengapa Jaewon tidak menjawab soalannya.

"Yang kurung saya dalam makmal tu, Ilhoon. Saya tahu dia dalang semua ni. Dia dah makin berani, Jaewon. Sampai bila kita nak diamkan diri?" soal Hana lagi.

Jaewon tersentak. Dia melihat balutan di tangannya. Balutan itu kerana Ilhoon. Kesakitan yang dia dan rakan-rakannya alami ialah kerana Ilhoon. Abang kandung dia sendiri. Dulu Ilhoon bukannya macam tu. Ilhoon dulu seorang yang penyayang, baik hati dan pemurah.

Tetapi disebabkan pengaruh rakan sebaya, Ilhoon terjebak dalam geng kongsi gelap. Ilhoon juga telah menghasut rakan sekelas Jungkook iaitu Wonwoo dan Mingyu untuk masuk geng mereka. Semua masalah berpunca dari Ilhoon.

"Apa pun yang Ilhoon buat. Seteruk mana pun perangai Ilhoon, dia tetap hyung saya. Kalau awaklah, awak sanggup ke tengok oppa awak masuk lokap?" soal Jaewon pula.

Hana diam membisu. Dia mengalihkan pandangannya ke luar tingkap. Nafas ditarik lalu dihembus perlahan. "Saya tahu. Yang selamatkan saya tu.. Taehyung kan?"

Jaewon tergamam. Macam mana Hana boleh tahu?

"Saya separuh sedar masa tu. Dan saya pun dengar apa yang awak dan Ilhoon cakapkan."

Hana menghentikan kata-katanya. Dia menoleh ke arah Jaewon. Muka namja itu kelihatan agak resah. "Taehyung suka saya?"

♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡
♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡

Taehyung terduduk di hadapan pokok sakura yang ditanamnya beberapa hari yang lepas. Pokok bunga itu mekar dan subur sangat. Taehyung melihat pula ke arah kakinya yang berbalut akibat terhempap dengan kayu berapi semalam.

"Tae-ah, buat apa?" soal satu suara tua dari belakangnya. Puan Kim sedang menghampiri Taehyung dengan membawa sedulang air Tae dengan secawan biskut.

#1 the truth untold [ C ]Where stories live. Discover now