Kring!!
Loceng berbunyi menandakan waktu rehat sudah tiba. Taehyung meluru masuk ke kelasnya melalui pintu belakang. Sedang dia hendak mengemas mejanya, dia ternampak buku latihannya dan sehelai sticky note berwarna kuning di atas mejanya. Taehyung menyimpan buku latihannya lalu mengambil sticky note itu.
"Thank you.
Aku tahu kau akan lari
dari aku kalau aku
panggil kau depan-depan.
So aku tulis dekat sticky note ini.
Thank you again,
Kim Taehyung."Taehyung tersenyum disebalik mask. Walaupun hanya mendapat sticky note, mengetahui bahawa Hana sedar akan kewujudannya sudah cukup membuatkan dia gembira. Taehyung mengambil sticky note itu lalu disimpannya ke dalam poket seluar.
Dia berjalan menuju ke tandas untuk menukar baju sukan memandangkan sebentar lagi merupakan subjek PE. Taehyung membuka mask dimuka nya lalu diletakkan di atas rak kasut sementara dia ke lokernya untuk mengambil baju PE.
Apabila Taehyung kembali ke rak kasut, dia perasan bahawa mask nya sudah tiada di situ. Wajahnya menunjukkan riak gementar. Matanya sedikit terbeliak. Pantas Taehyung menekup wajahnya tatkala sekumpulan lelaki memasuki tandas dengan gelak tawa.
"Kau nak sorok apa lagi, Kim Taehyung?" soal satu suara garau.
Taehyung tergamam. Tidak mungkin. Bagaimana Jung Ilhoon boleh masuk ke sekolah ini sedangkan dia sudah habis belajar? Dan pelawat tidak dibenarkan sesuka hati masuk ke sekolah ini tanpa mendapatkan pas lawatan.
"Kau tak payah terkejut sangatlah. Aku ni gangster, aku akan dapat apa yang aku nak. Sekarang..."
Ilhoon menghampiri Taehyung lalu mengcekam rambutnya.
"... Aku nak kau mati!"
Ilhoon menghempukkan kepala Taehyung mengena dinding. Taehyung memegang bahagian belakang kepalanya. Darah.
"Bak kayu tu." pinta Ilhoon pada salah seorang rakannya. Seorang namja yang bernama Kim Mingyu itu menghulurkan sebatang kayu pada Ilhoon. Mingyu merupakan pelajar School Of Performing Art dan dia merupakan classmate Jungkook.
"Aku kata jangan kacau aku!" jerit Ilhoon lalu memukul kepala Taehyung menggunakan kayu itu sekali lagi. Taehyung tersandar pada dinding. Matanya mulai memerah.
"Aku kata aku takkan mati!" jerit Taehyung lalu menyepak perut Ilhoon sehingga namja itu terjatuh ke belakang. Belum sempat Ilhoon hendak bangun, Taehyung terlebih dahulu mencengkam kolar baju Ilhoon.
Dia mengangkat Ilhoon lalu disandarkan pada dinding. Tangannya sebelah lagi mencekik leher Ilhoon. Ilhoon terkapai-kapai mahu melepaskan diri.
"Aku dah kata.. aku ni raksasa. Aku takkan mati di tangan orang yang bodoh macam kau!" Taehyung melepaskan tumbukan pada pipi Ilhoon.
Mingyu dan seorang lagi rakannya, Wonwoo pantas membantu Ilhoon untuk bangun. Mingyu dan Wonwoo ini tidak pandai berlawan jadi mereka tidak tahu mahu berbuat apa apabila Ilhoon dibelasah oleh Taehyung.
"Sekali lagi kau kacau Hana, lunyai muka kau aku kerjakan! Mana mask aku? Kau yang ambilkan?!" tengking Taehyung lalu dia mencengkam kolar baju Wonwoo.
Terkapai-kapai namja itu mengeluarkan mask berwarna putih dari poket blazer nya lalu diserahkan pada Taehyung. Setelah Taehyung mengambil mask itu, dia melepaskan kolar baju Wonwoo.
"Kau angkat mayat hidup ni keluar dari sekolah ni. Sekarang!" herdik Taehyung.
Mingyu dan Wonwoo cepat-cepat memapah Ilhoon lalu membawanya keluar mengikut pintu belakang tandas. Kalau ikut pintu depan, takut kantoi pula dengan pelajar lain.
Taehyung melepaskan keluhan kecil. Dia melabuhkan punggung pada sebuah kerusi panjang. Penat. Dia menyentuh bahagian kepalanya yang terasa pedih akibat dipukul tadi. Hm. Darah lagi.
"Tae, kau okay tak?" soal Jimin. Sebenarnya Jimin nampak apa yang berlaku tadi tetapi dia terlalu takut untuk mencelah. Taehyung hanya membalas soalan Jimin dengan anggukkan. Jimin mengeluarkan first aid kit dari dalam loker miliknya lalu mengelap kesan darah pada kepala Taehyung.
Setelah itu, dia mencuci luka itu, sapukan ubat kemudian dibalutnya bahagian luka itu. Taehyung memakai mask pada mukanya tatkala terdengar suara beberapa orang namja yang melangkah masuk.
Pelajar-pelajar junior.
"Tae, kau tak payah lah sukan sekejap lagi. Kau baliklah." ujar Jimin sambil mengemas ubat-ubatan tadi.
"Tak nak." balas Taehyung acuh tak acuh. Dia kemudian bangkit menuju ke salah satu tandas untuk menukar baju sukan.
Jimin melepaskan keluhan. Degil betul!
♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡
♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡Taehyung dan Jimin mengambil tempat mereka lalu beratur di belakang Felix. Mereka terpaksa beratur di belakang kerana lambat ke padang sehinggakan Encik Lee sudah sampai dahulu.
"Kim Taehyung! Park Jimin!" panggil Encik Lee sambil mencekak pinggang.
"Nae!" balas mereka serentak.
"Sebab kamu berdua lambat lima minit, saya denda kamu buat tekan tubi 20 kali, sekarang!" arah Encik Lee.
Taehyung dan Jimin akur lalu mereka meniarap di tengah padang yang panas untuk membuat tekan tubi.
"Yuna, Hana, tengok kepala Taehyung. Berbalut." kata Wendy sambil jarinya menunjukkan ke arah Taehyung. Yuna dan Hana memandang serentak pada Taehyung. Ya, berbalut dan terdapat beberapa tompokkan darah.
"Rasanya pagi tadi tangan dia aje yang berbalut. Ni kenapa tetiba ada package kepala sekali?" soal Wendy lagi. Jari telunjuknya diletakkan di bawah dagu seolah-olah sedang berfikir.
"Molla. Nanti aku try tanya Jimin." balas Yuna sambil membuat thumbs up pada Wendy. Wendy menganggukkan kepalanya.
Hana memerhati poket seluar Taehyung. Ada loket. Sedang Taehyung membuat tekan tubi kali terakhir, loket itu jatuh ke tanah tanpa disedarinya. Hana hanya memandang kosong loket itu.
"Okay, sekarang lari satu padang ni lima pusingan. Mula dengan pelajar lelaki." arah Encik Lee lalu meniup whistle.
Sementara pelajar lelaki sedang berlari, Hana mengambil kesempatan ini untuk menuju ke arah di mana loket itu jatuh tadi. Loket itu diambilnya lalu ditatap seketika. Cantik.
"Hana, apa tu?" soal Yuna yang mula menghampiri Hana. Pantas Hana menyorokkan loket itu ke dalam poket seluarnya. Senyuman dia ukirkan di bibirnya. "Takde apa." balas Hana dengan senyuman.
To Be Continued❤

YOU ARE READING
#1 the truth untold [ C ]
Fanfiction" You Know That I Can't. Show You Me, Give You Me. Once Again I Put On A Mask So You Won't See How Devastating I Am Underneath. But I Still Want You. " " Now I'm Torn Apart. Will You Fade? I'm So Afraid. That You Will Leave Me Once More In The Very...